Bersenam hanyalah 20 % faktor berat badan turun, paling penting ubah, kawal dan jaga tabiat makan kita setiap hari. Memang bukan mudah, tetapi perlahan-lahan cuba ubah gaya pemakanan.

Jika mak ayah mula kawal dan jaga tabiat makan lama-kelamaan akan terbiasa dan menjadi mudah. Paling seronok, bila berat badan turun mak ayah berasa lebih selesa untuk beribadat apabila tubuh badan bertambah sihat.

Kongsi Ustaz Khairul Anuar Basri, nikmat sihat memang nikmat yang menggembirakan.

Paling Penting Ubah, Kawal Tabiat Makan

Saya masih ingat masa pertama kali ditahan di wad Hospital Kuala Lumour (HKL) kerana suspected sakit jantung, tekanan darah saya ialah 146/92. Hari tu pulak tepat pada hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 16 tahun.

Mana tak panik. Semua orang panik. Wife saya terlebih lagi panik.
Masa tu berat badan saya hampir 90 kilogram (kg) kot. Dada selalu sesak nafas. Tidur berdengkur kuat.

Hari ni berat badan saya sekitar 76 kg saja. Tekanan darah pulak semakin baik. 118/75 saja.

Isnin ini rutin check up di Klinik Kesihatan Gombak. Tak sabar hendak tunggu apa kata doktor. Excited semacam rasanya.

Bersenam Hanyalah 20 % Faktor Berat Badan Turun

Nasihat saya kepada semua lelaki yang berat badan melimpah keluar, jom kita turunkan berat badan. Berat badan turun, dengan sendirinya kesihatan akan jadi tambah baik.

Kalau orang tanya apa petua saya, saya bagi yang mudah-mudah saja.

IKLAN

Bersenam Hanyalah 20% Faktor Berat Badan Turun, Paling Penting Ubah, Kawal Tabiat MakanTinggalkan gula dalam minuman. Potong terus. No excuse.
Terbaik ialah minum air kosong saja.

Bersenam Hanyalah 20% Faktor Berat Badan Turun, Paling Penting Ubah, Kawal Tabiat MakanAda 2 kesan bila kita tinggalkan tabiat suka minum air manis ni. Berat akan turun dan perut buncit akan hilang.

Bersenam Hanyalah 20% Faktor Berat Badan Turun, Paling Penting Ubah, Kawal Tabiat MakanBelajar puasa lama-lama. Takde kos. Belanja pun jimat. Siap dapat pahala lagi. Dapat maintain Isnin, Khamis dan 3 hari putih, itu dah dalam 11 hari setiap bulan kita berpuasa.

Bersenam Hanyalah 20% Faktor Berat Badan Turun, Paling Penting Ubah, Kawal Tabiat MakanSenaman, jogging, walk out, pergi gym dan seumpama dengannya hanyalah mewakili tidak lebih dari 20% faktor penurunan berat badan. 80% ialah ubah, kawal dan jaga tabiat makan yang betul.

Bersenam Hanyalah 20% Faktor Berat Badan Turun, Paling Penting Ubah, Kawal Tabiat MakanYang terakhir, selalu ingat ni. Nikmat makan hanya sementara. Tapi nikmat sihat selama-lamanya. Dengan tubuh yang sihat, macam-macam kerja dan ibadah kita boleh buat dengan lebih bermutu lagi.

Best kan?
#KAB
– Doakan buku saya “Ustaz Wajib Kurus” cepat siap dan terbit –

IKLAN

Baca Juga Di Sini:

Rahsia Siti Nurhaliza Turun Berat Badan 14kg Dalam Masa 15 Hari, Semuanya Kerana Aafiyah

TAK MAKAN NASI Belum Tentu Turun Berat Badan. Ikutlah Suku-Suku Separuh

Turun Berat Badan 24kg, Asmah Mahu Bantu Wanita Yang Ingin Kurus

11 Sebab Ibu Anak 2 Turun Berat Badan Sampai 15kg ‘Tanpa Berlapar’

IKLAN

Wanita Ini Kongsi 6 Langkah Mudah Turun Berat Badan, Yang Penting Tak Seksa & Tak Perlukan Banyak Masa

 

Mingguan Wanita : Jangan cipta banyak alasan dan terlalu drastik dalam mengamalkan diet. Ikut kemampuan diri dan jangan terlalu memaksa agar badan tidak terkejut menerima perubahan.

Sumber : Ustaz Khairul Anuar Basri

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI