Sekejap sahaja masa berlalu, rupanya sudah hampir 2 minggu penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza,39 telah menjalani tempoh berpantang.Berita gembira yang dikongsikan oleh ibu kepada Aafiyah ini, beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kilogram hanya dalam masa 15 hari.
Menerusi laman Instagram miliknya, rahsia penurunan berat badan yang cepat oleh isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini disebabkan banyak berjaga dan puterinya kuat menyusu.
“Alhamdullillah, Harini hari ke 15 ibu & Siti Aafiyah selepas bersalin Dato’ Dr. Vernon (doktor Aafiyah) & Datin Dr Suhaiza(Doktor Siti) gembira dengan perkembangan kami berdua.Ibu gembira sebab dah susut 14kg sebab berjaga & Aafiyah kuat minum susu ibu. Terima Kasih anak ibu tolong ibu.Alhamdullillah.”
Sementara itu,Duli Yang Maha Mulia Tengku Puan Pahang juga sudi mencemar duli menziarahi Siti Aafiyah, selain rakan selebriti daripada negara jiran, pendakwah Oki Setiana Dewi serta pereka fesyen Dato’ Jovian Mandagie dan isteri Datin Nina Ismail Sabri.
Tidak dapat dinafikan selain menjaga pemakanan, penyusuan susu ibu memang dapat membantu mak-mak menurunkan berat badan dengan cepat sewaktu dalam berpantang.Semoga Datuk Seri Siti Nurhaliza, dapat kembali langsing dan mencapai berat badan yang diimpikan.
Perasaan cemburu di sertai dengan rasa amarah yang melampau boleh mengakibatkan tindakan diluar batas. Apabila kepercayaan dan rasa cinta dikhianati didalam hubungan rumahtangga boleh mengundang padah. Nasib malang bagi wanita ini apabila mati ditangan suami sendiri.
Cemburu dipercayai menjadi motif utama seorang petani mengelar isterinya menggunakan pisau di rumah pasangan itu di Kampung Bedup Longgok, Serian, tengah hari semalam.Suspek berusia 38 tahun itu bagaimanapun cuba menyembunyikan perbuatannya dengan datang ke Balai Polis Serian pada 1.35 tengah hari dan memaklumkan isterinya berusia 33 tahun ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah.
Sumber berkata, siasatan lanjut polis di rumah pasangan itu bagaimanapun menemui beberapa unsur mencurigakan selain kenyataan yang diberikan suspek tidak konsisten.
Mempunyai Hubungan Sulit
Menurutnya, hasil siasatan lanjut tidak menolak kemungkinan suspek mengelar isterinya akibat cemburu kerana mangsa kononnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
“Polis tidak menolak kemungkinan cemburu sebagai motif utama kejadian selain keterangan yang diberikan suspek juga tidak konsisten dan terdapat unsur mencurigakan menyebabkan dia ditahan untuk siasatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian turut menemui sebilah pisau pemotong sayur di dapur yang dipercayai digunakan suspek untuk mengelar leher isterinya sehingga mati selain tiada sebarang kehilangan barang berharga yang boleh dikaitkan dengan kejadian samun,” katanya.
Difahamkan, anak perempuan pasangan itu kini dijaga jirannya buat sementara waktu sebelum polis mendapat perintah mahkamah dan menyerahkan kanak-kanak itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Kota Samarahan membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap suspek bermula hari ini sehingga 17 Februari depan.
Majistret Dayang Roseling Awang Mahdini membenarkan permohonan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ditemui Berlumuran Darah
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, mangsa ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumahnya.
Katanya, suami mangsa mendakwa menemui wanita itu dalam keadaan sedemikian selepas pulang daripada mengambil anak perempuan mereka berusia lapan tahun dari sekolah.
“Siasatan polis di tempat kejadian mendapati suri rumah warga Indonesia berusia 36 tahun itu mati akibat dikelar,” katanya.
Pantai Batu Buruk bukan tempat mandi, lelaki kongsi fenomena bahaya arus karau. Tragedi menimpa Zulkarnain Mohamed Zubir, 44 yang dibawa arus ombak ketika beriadah bersama isteri dan dua anak perempuannya di Pantai Batu Buruk, Terengganu pada Ahad sautu kejadian yang amat menyedihkan.
Pantai Batu Buruk Bukan Tempat Mandi
Ketika mandi manda, arus deras menariknya sebelum cubaan menyelamat cuba dilakukan isterinya, Nora Elina Abdul Khalit, 44 namun gagal. Dan lebih menyedihkan, selepas pencarian selama 30 jam, mayatnya ditemui berhampiran Pulau Gemia, Marang petang semalam kira-kira 16 kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang.
Dalam pada itu, rata-rata komen netizen yang tinggal berdekatan pantai memaklumkan amat jarang orang Terengganu mandi manda di Pantai Batu Buruk apatah lagi ketika ini musim monsoon belum selesai. Dan hanya orang luar dari Terengganu yang mengambil peluang mandi manda di pantai walau ombak agak besar.
Lelaki Kongsi Fenomena Bahaya Arus Karau
Dalam pada itu, ekoran tragedi ini seorang pengguna facebook, Sabri Mamat berkongsi kejadian yang menimpa arwah ini adalah disebabkan fenomena Arus Karau.
Fenomena ‘Arus Karau’ atau lebih dikenali ‘rip current‘ iaitu ditarik arus deras secara tiba-tiba mungkin masih baru baru kebanyakan orang hingga kurang mengambil tahu hal ini.
Dirinya, menyeru agar orang ramai mengambil peduli hal ini mengenai fenomena “Arus Karau” atau dipanggil “Rip Current”.
Katanya, hal ini dikongsikan oleh Profesor Madya Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir, Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), namun mungkin masyarakat kita kurang berikan perhatian.
“Jadi tuan-tuan kena tahu perkara ini, perhatikan baik-baik gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah.
“Rip current boleh dicam apabila ada ruang diapit ombak kiri dan kanan. Apabila melihat keadaan ini, jangan sesekali tuan-tuan mandi di kawasan berkenaan. Jika tidak, anda akan disentap dengan tarikan arus deras yang akan mengakibatkan anda menjadi panik secara tiba-tiba.
“Berdepan situasi ini anda hanya ada pilihan mengikut arus anda ditarik, jika dilawan pastinya anda akan kelelahan, tiada daya untuk anda selamatkan diri. Jadi anda mengikut arus seterusnya berusaha berenang ke tepi arus, slps itu barulah anda akan terkeluar daripada jalur “rip current”.
“Fenomena “Arus Karau” ini akan mengakibatkan anda ditarik jauh ke tengah lautan, paling pendek sejauh 30 kaki.
Pastikan tuan-tuan ambil perhatian perkara ini, buat para pelancong, kami rakyat Terengganu memang tidak mandi di pantai terbuka. Terutamanya di Pantai Batu Buruk.
“Memang tuan-tuan tidak akan jumpa orang Terengganu mandi beramai-ramai di sana. Sekarang sudah ada beberapa tempat tumpuan untuk mandi pantai seperti di Pantai Kekabu Marang, pihak Pejabat Daerah siapkan petugas keselematan lengkap dengan segala kemudahan jika terdapat kes orang lemas,” katanya berkongsi info ini.
Pelakon veteran era 80-an. “Diuji sakit dan pendapatan terjejas. Betty Banafe dedah Harun Hashim minta bantuan untuk bayar sewa rumah.
Ramai yang terjejas pendapatan sejak pandemik Covid-19 melanda, begitu juga dengan insan seni. Mereka juga tidak terkecuali diuji.
Diuji Sakit & Pendapatan Terjejas
Bagaikan jatuh ditimpa tangga, pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali kini berdepan ujian penyakit dan kesulitan untuk meneruskan hidup ketika pandemik COVID-19.
Menerusi postingnya di Instagram (IG), pelakon yang juga rakan seperjuangannya, Betty Banafe memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai Harun dan isteri dimasukkan di sebuah hospital di Subang, sejak beberapa hari lalu.
Harun Diserang Darah Tinggi
“Saya mendapat tahu Harun diserang penyakit darah tinggi, tiga hari lalu. Malah, keadaannya agak teruk apabila terpaksa ditidurkan.
“Bagaimanapun, berita terkini Harun sudah sedarkan diri. Keadaan lebih membimbangkan apabila isterinya pula diserang penyakit.
“Difahamkan, isterinya menghidap penyakit kanser otak dan perlu pembedahan segera,” katanya.
Betty Banafe Dedah Harun Hashim Minta Bayar Sewa Rumah
Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berkata, kali terakhir berjumpa Harun pada 25 Julai lalu.
“Saya terbabit dalam program infak artis bersama badan bukan kerajaan mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Harun antara penerima bantuan yang disalurkan. Ketika bertemu, saya lihat keadaan Harun sudah tidak sihat, malah matanya semakin kabur.
“Beliau menghadapi Glaukoma iaitu penyakit urat saraf mata yang boleh menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin sempit.
“Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan buta. Saya lihat matanya sudah bertukar warna. Perkara ini diakui Harun, cuma tidak berkemampuan mahu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Terjejas Pendapatan
Sejak pandemik melanda tahun lalu, pelakon yang sinonim dengan watak hero drama televisyen itu membantu isterinya berniaga di Batu Caves Centerpoint.
“Setahu saya, Harun berniaga pecal sejak kerja penggambaran tidak boleh dilakukan. Dia juga membuka cawangan kedua di Sentul dan berniaga dalam talian.
“Harun minat berniaga dan isterinya pula pandai memasak. Jadi, mereka berniaga makanan barat dan tempatan seperti pecal. Dahulu, isterinya pernah buka kedai makan di Shah Alam.
“Namun, terpaksa berhenti berniaga berikutan menjaga Harun yang pernah diuji sakit misteri pada 1993,” katanya.
Menghantar Mesej
Tambah Betty, perniagaan diusaha Harun dan isterinya terkesan kerana terbiasa menguruskan perniagaan secara fizikal berbanding dalam talian.
“Harun ada menghantar mesej di aplikasi WhatsApp minta bantuan membayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu.
“Namun, saya terlambat membalasnya kerana kesibukan kerja. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga kesihatan Harun Hashim dan isterinya beransur pulih. Bukan mudah menghadapi ujian kewangan dan kesihatan serentak, semoga mereka suami, isteri terus kuat. Insyallah.
Akaun Tik Tok Adira Suhaimi disekat, “inilah tempat saya cari rezeki selama ini. Baru ini nama Adira menjadi perhatian ramai termasuk dirinya nekad meminta...