Selain perubatan moden, jika mengalami masalah batuk boleh ikhtiar guna bahan-bahan semulajadi juga. Bukan apa peritnya bila batuk, sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk.Jika dah cuba macam-macam cara tak berkesan, boleh cuba petua alternatif dan ikhtiar semulajadi menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja untuk legakan batuk.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Roszimah Ismailini sebagai panduan;
Hari ni nak kongsi resepi untuk menhilangkan batuk. Alhamdullilah serasi bagi saya. Dah berbotol makan ubat batuk tapi tak hilang juga last-last ikhtiar guna bahan-bahan semulajadi. Alhamdullilah menjadi.
RESEPI AIR LEMON
Bahan-Bahan:
4 biji lemon
1 bungkus gula Batu tebu
1/2 sudu teh garam
2 bunga cengkih
3 sudu besar madu
Cara Membuat:
1.Basuh lemon dengan garam, kemudian basuh.
2.Potong lemon kepada 4 bahagian kemudian hiris nipis-nipis dan buang biji sekali.
3.Tumbuk gula Batu tebu, bagi dia pecahan kecil (tujuannya senang larut)
4.Ambil periuk kemudian masukkan gula batu, lemon, garam dan cengkih
5.Masak sehingga gula larut. Kemudian matikan api dan tambah madu.
6.Dah sejuk simpan dalam peti ais.
Ads
Kalau nak minum, ambil 1 sudu besar campur dengan secawan air suam. In Shaa Allah semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah batuk boleh cuba cara yang dikongsikan ini guna bahan semula jadi yang ada di dapur je. Semoga serasi dan batuk pun pulih.
Menarik sungguh idea tanam tomato ceri di balkoni kondominium tingkat 13, Puan May Vo Dyakonov ini. Pokoknya cantik merimbun, subur dan berbuah lebat, walaupun pada mulanya hanya campak-campak biji buah tomato ceri ni dalam pasu sahaja.
Mak-Mak boleh jadikan inspirasi terutamanya yang tinggal di kawasan bertingkat dan mempunyai ruang yang terhad.
Pokok tomato tanam di balkoni kondo tingkat 13. Tanam dari buahnya beli dari pasar untuk makan bijinya campak je dalam pasu. Kemudian tanam dalam kotak ais.
Masa buah dah masak semua penat makan, nasib manis macam apple.
Mingguan Wanita: Seronoknya, meriah sungguh pokok tomato ceri ni berbuah. Tanam di balkoni rumah je, pokok merimbun cantik, subur dan berbuah lebat. Nak makan tinggal petik je.
Tahniah buat anda yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Betapa gembiranya bila ‘dijemput’ ke rumah Allah dan tunaikan rukun Islam ke 5 ini.
Malah, bagi wanita yang masih subur dan alami kitaran haid, sudah tentu merisaukan mereka. Bombang tak dapat melakukan hari-hari penting untuk rukun dan wajib haji bagi melengkapkan ibadah haji dengan sempurna.
Cara yang paling selamat adalah dengan mengambil ubat tangguh haid untuk memastikan ibadah haji dapat dilakukan dengan sempurna. Namun, sebelum mengambilnya jemaah wanita kena tahu dan faham kesesuaiannya.
Inilah yang diterangkan oleh Nurul Amira Hj. Zunaidi Pegawai Farmasi, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tentang perkara ini.
Kitaran haid merujuk kepada perubahan berkala yang berlaku pada struktur rahim dan ovari disebabkan perubahan penghasilan hormon bagi tujuan reproduktif.
Jangka masa kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga ke hari pertama haid yang akan datang. Jangka masa kitaran ini berlaku di antara 25 hari sehingga 35 hari, dengan kebiasaannya selama 28 hari bagi setiap kitaran.
Dalam kitaran haid yang normal, terdapat dua hormon yang memainkan peranan penting iaitu hormon estrogen dan progesteron. Telur akan dikeluarkan dari folikel semasa fasa ovulasi untuk proses persenyawaan pada hari ke-14.
Paras progesteron dalam badan akan melonjak naik bagi memastikan dinding dalam rahim kekal menebal sebagai persediaan untuk persenyawaan dan penempelan embrio.
Seandainya persenyawaan tidak berlaku, paras progesteron akan menurun dan dinding dalam rahim akan mula meluruh dan dikeluarkan dari badan sebagai darah haid.
Bagi wanita yang akan menunaikan ibadah haji atau umrah, kedatangan haid semasa menunaikan ibadah di tanah suci adalah satu perkara yang ingin dielakkan.
Kitaran haid dapat dilambatkan dengan penggunaan pil hormon yang juga dikenali sebagai pil perancang, pil pencegah kehamilan atau pil kontraseptif.
Bagi individu wanita yang ingin mengelakkan kehamilan, pil pencegah kehamilan ini tersedia dalam pasaran dan boleh diambil melalui preskripsi doktor. Pil tersebut perlu diambil selama tempoh 21 hari atau 24 hari bergantung kepada bahan aktif dan jenama pil tersebut.
Bagi mereka yang mengambil pil kombinasi kontraseptif (combined oral contraceptive: COC) untuk mengelakkan kehamilan, pil ini perlu dimakan satu tablet setiap hari pada waktu yang sama sehingga 21 tablet atau 24 tablet habis dimakan semuanya.
Sepanjang 4 hari atau 7 hari seterusnya, pil tersebut tidak perlu diambil dan haid lazimnya akan bermula 2 hari hingga 3 hari selepas pil terakhir dimakan. Walau bagaimanapun, bagi individu wanita yang ingin melambatkan kedatangan haid, mereka boleh mengambil pil COC setiap hari secara berterusan tanpa perlu menghentikan pengambilan pil ini.
Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan pengambilan pil ini adalah tempoh kitaran haid dan tarikh penerbangan pulang ke tanah air.
Jika haid tidak teratur atau kiraan datang haid jatuh pada harihari penting ibadah haji atau umrah, jemaah dinasihatkan untuk mengambil pil COC sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berlepas ke tanah suci bagi memantau keserasian pil tersebut dan aturan kitaran haid yang baharu.
Terdapat juga pilihan pil progesteron yang boleh diambil 3 hari sebelum jangkaan haid tiba oleh jemaah yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Pil ini diambil 1 tablet 3 kali sehari pada waktu yang sama setiap hari dan berhenti setelah selesai ibadah haji atau umrah.
Pada asasnya, wanita yang sedang berada dalam keadaan haid boleh melaksanakan perbuatan-perbuatan haji atau umrah selain dari melakukan tawaf di Baitullah. Walau bagaimanapun, badan-badan autoriti agama Islam seperti General Authority of Islamic Affairs & Endowments (GAIAE) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan pendapat bahawa pengambilan ubat-ubatan untuk menahan atau mengatur kitaran haid adalah harus bagi mengelakkan timbul masalah terutamanya jika jemaah tidak dapat menyempurnakan rukun ibadah haji dan umrah.
Pengambilan pil pencegah kehamilan ini boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan seperti mual, sakit kepala, kembung perut dan pendarahan yang sedikit dan tidak menentu di awal pengambilan pil ini.
Apabila jemaah berhenti mengambil pil tangguh haid, darah haid yang akan keluar berkemungkinan menjadi lebih banyak dan kitaran haid menjadi lebih lama daripada kebiasaan disebabkan dinding rahim yang ditahan daripada luruh adalah lebih tebal.
Namun, bukan semua orang akan mengalami kesan sampingan ini. Pastikan jemaah berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat berkenaan pemilihan produk yang bersesuaian dan cara pengambilan yang tepat untuk memastikan ibadah haji dan umrah berjalan dengan lancar.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre; NPCC)
Mingguan Wanita : Apa pun jemaah wanita yang masih ada kitaran haid perlu merujuk kepada pihak tertentu untuk pastikan ibadah haji yang bakal dilakukan itu sempurna.
Sumber: Puan Nurul Amira binti Hj. Zunaidi Pegawai Farmasi UF48 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Memang berbaloi jika tanam pokok lemon, setangkai boleh dapat 10 biji buah. Menjadi elok, besar dan subur sungguh pokok lemon ni. Mak-mak yang suka bercucuk tanam elok sangat tanam pokok lemon di rumah, sebab buah lemon jika dibeli boleh tahan mahal juga harganya.
Alhamdulillah…rezeki luar biasa Allah bagi, setangkai lemon ada 10 biji kesemuanya.
Petua baja tanam kulit-kulit udang, tanam organ-organ ikan dan sekali sekala letak baja novatec premiumatau baja kopi(boleh beli dekat shopee). Kalau ada darah ikan pun saya siram, kalau ada air beras basuhan pertama pun saya siram (biarkan semalaman). Jangan putus asa dengan pokok, arwah mak ajar (Al-Fatihah).
Pokok Lemon kena siram banyak air semasa sedang berbuah, bagi mengelakkan buah lemon pahit dan jus/airnya kurang.
Dua beradik lemas di Sungai Beril, Paka sehari sebelum pulang beraya di Kelantan. Ibu mangsa kongsi detik pilu anak teruja sambut Aidiladha bersama keluarga.