Sebagai seorang anak, tentulah kita ingin membalas jasa dan berbakti pada mak ayah. Apa yang biasa kita nampak tentulah dari segi memberi duit untuk keperluan mereka.
Namun, tak semestinya nak berbakti pada mak ayah kena beri duit semata-mata. Mungkin sebelum berkahwin, kita belum ada tanggungjawab lagi kecuali mak ayah.
Tapi bila sudah berkahwin, tnaggungjawab dan nafkah kenalah didahulukan buat isteri dan anak-anak. Bukan bermakna langsung lupa tanggungjawab pada mak ayah, cuma ikutlah kemampuan.
Lagipun, mak ayah tidaklah meminta-minta dan tahu tanggungjawab anak lelaki pada keluarganya. Nak bagi apa sekalipun pada mak ayah, tiada halangan tapi cukupkan dulu untuk anak bini.
Naca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Lelakinya Gagal Bayar Nafkah Anak! Bapa Mertua Boleh DiSaman, Isteri Take Note!
Suami Kerap Tidak Cukup Duit, Periksa Balik Nafkah Isteri Termasuk Dalam Bajet Keluarga?
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Berbakti Pada Mak Ayah, Cukupkan Isteri Dan Anak Dulu
“Cukupkan isteri dgn anak2 dulu…”
Bila kita hulur duit kat orang tua, orang tua suruh cukupkan dulu isteri dengan anak-anak…katanya, isteri dengan anak-anak di bawah tanggungan dan tanggungjawab suami. Kalau suami tak cukupkan keperluan mereka, maka siapa lagi yang akan buat smua tu…
Orang tua kata, dia tak apa, boleh cari duit sendiri lagi…
Kalau anak-anak tak bagi pun dia boleh hidup sekadar apa yang dia ada. Dia lagi nak anak-anak dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah daripada tanggungjawab sebagai seorang anak.
Ikutlah Kemampuan
Ada lebih, baru bagi…tak ada lebih, tak payah bagi…
Itu konsep orang tua saya…ada jugak kawan-kawan yang kata sama macam ni…asal hulur saja duit, mesti tolak, suruh bagi lengkap anak bini dulu…
Kita pun kerja bukannya hebat sangat, dahsyat sangat…kita pun bukannya pakai alphard…tapi kita tetap nak cuba bagi cukup anak bini, nak cuba bagi cukup orang tua sendiri…
Isteri selalu pesan, bahagian dia tu, bagi saja pada orang tua.
Apa yangg ada dalam peti ais, apa yang ada dalam almari, dia makan, dia pakai. Kalau dah dah tak ada apa-apa dalam peti ais, almari, baru dia mintak untuk beli…
Saya cuba jugak untuk bagi walaupun cukup-cukup makan…
Ajaibnya, rezeki tu bertambah…Allah gandakan dalam pelbagai cara dan pelbagai keadaan. Syaratnya, cukupkan dulu isi rumah kita semampunya, simpan sedikit untuk bawa orang tua kita makan, beli makanan pada orang tua kita, penuhkan keperluan dapur mereka dan sebagainya…
Berbakti kepada orang tua ni, bukan hanya hulur duit semata-mata…ada banyak cara lagi…pilihlah cara yang macam mana pun mengikut kemampuan yang kita ada sahaja…
Jangan sampai terabai mereka yang di bawah tanggungan kita, jangan smpai diabai juga mereka yang perlu kita bertanggungjawab.
Mingguan Wanita : Betul sangat apa yang dikatakan ini. Jangan sampai terabai isteri dan anak dan jangan sampai diabai mak ayah yang perlu kita bertanggungjawab.
Sumber: Firdaus Shakirin
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI