Naluri Isteri Selalunya Tepat, Oh! Suami Boleh Tak Jangan Keras Kepala Sangat

Bila dah jadi pasangan suami isteri tu, ‘keakraban’ emosi antara suami mahupun isteri sememangnya dekat. Dan disebabkan perkaitan inilah, yang paling misterinya naluri isteri selalunya tepat.

Cuba perhatikan ada tak hal-hal sebegini jadi dalam hubungan anda suami isteri. Kalau pernah berlaku maka janganlah suami menidakkan tepatnya naluri seorang isteri.

Kalau Isteri Suruh Repair Atau Bawa Kereta Ke Bengkel.. Jangan Buat Tak Tahu

Pernah tak bila nak drive jalan-jalan ke satu-satu tempat, isteri duduk di sebelah sambil beritahu dekat suami yang dia rasa lain bila naik kereta. Macam tak sedap hati, minta suami bawa pergi bengkel.

Tapi encik abang kata, ok lagi ni boleh jalan. Sudahnya bila dah sampai satu-satu tempat tiba-tiba betul kereta tu meragam. Macam itu juga, bila isteri kata suruh isi minyak kereta. Tapi suami kata masih boleh jalan.

Tup-tup dekat depan sikit jalan dah jammed yak’mat. Sesaknya dengan minyak kereta yang dah tak berapa nak ada. Kau rasa? Tak berpeluh satu badan fikirkan. Mulalah mulut isteri membebel.. “Kenapalah awak tak dengar saya cakap tadi.” “Kalau dengarkan tak jadi macam ini.”

Memang stresskan, tapi biasanya memang naluri isteri bab-bab kereta ini betul dan ada benarnya. Jadi wahai suami, dengarlah. Kalau isteri kata suruh repair.. repairlah. Kalau tak ada duit, kongsikan hal itu dengan isteri.

IKLAN

Isteri yang hebat, dia akan jumpa jalan penyelesaian untuk suaminya. Percayalah.. mempercayai naluri isteri akan jadikan anda suami yang bahagia.

Kalau Isteri Kata Ada Yang Tak Kena Dengan ‘Seseorang’, Memang Betullah Tu

Bukan bermakna isteri cemburu buta. Cuma ada ketika suami tak sedar yang dia sedang berdepan dengan seseorang yang boleh diibaratkan ‘gunting dalam lipatan’. Fahamkan maksud ini. Nampak baik sangat depan suami, tapi di belakang bermuka-muka.

Suami tak sedar, tapi isteri boleh rasa. Baik seseorang itu wanita atau lelaki, ya isteri boleh rasa ketidak jujurannya itu. Cuma kadangkala cara isteri meluah nalurinya ada pelbagai jenis. Ada yang keras membantah ada yang berkias-kias.

IKLAN

Kadang suami tak faham. Jadi sebaiknya isteri, kalau rasa tak best tu. Boleh je kongsi perasaan dengan suami. Kalau suami kata itu cuma mainan perasaan. Buatlah kaji selidik, latar belakang dan tunjukkan hasilnya. Dorongan ini macam agak melampau, tapi demi keselamatan keluarga apa salahnya kan.

Tapi.. larangan keras ya isteri. Jangan pula dipost perasaan tak best tu dekat media sosial. Baik facebook, instagram, twitter dan sewaktu dengannya. Cukup cuma anda dan suami je yang tahu. Itu lebih baik.

Bukankah menjaga kerahsiaan hubungan suami isteri itu dituntut oleh agama.

Kalau Naluri Isteri Kata Tak Sedap Hati, Tanyakan Sungguh-sungguh Apa Penyebabnya

Kadang isteri tak ada jawapan pun. Cuma nalurinya saja yang berkata-kata dekat seluruh anggota tubuhnya. Maka suami, kenalah usahakan untuk mendamaikan hati isteri yang tak sedap hati itu.

IKLAN

Minta banyakkan berdoa dan berzikir dalam hati. Dan ada kalanya larangan isteri agar suami tak pergi ke satu-satu tempat, contoh tempat memancing atau mendaki ada hikmah di sebaliknya. Janganlah pula bergaduh besar kerana isteri melarang keras hobi anda itu.

Bukan selalu dia larangkan. Tapi kalau dah selalu larang itu namanya habit isteri.. yang nak suami temankan dia sepanjang masa. Eh!

Tiga contoh naluri ini sememangnya pernah mak-mak lalui kan. Baguslah kalau suami dapat baca ini. Sekurang-kurangnya dia akan faham dan sedar kembali, betapa pentingnya isteri sebagai penyeimbang kehidupannya.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI