Memang lebih seronok sebenarnya bila waktu petang santai makan-makan dan berehat bersama keluarga, ambil angin di gazebo.Jika ada ruang tanah dan kawasan di rumah boleh buat Gazebo sendiri.
Kreatif, kemas dan cantik hasil gazebo buatan Encik Abu Kasim Md Jani ini. Walaupun baru pertama kali buat, tiada pengalaman bertukang dan hanya jadikan ‘google’ sumber rujukan gazebo ini. Namun hasilnya memang terbaik dan berseni. Boleh cedok idea yang dikongsikan ini.
Berikut seperti yang dikongsikan;
First time buat gazebo. Tanya tukang macam mana nak buat. Tanya pak Google juga.Saya pun bukan ada background bertukang. Kena rajin cari dan guna sikit ilmu fizik.
Asalnya kawan bagi tiang 4 batang, nekad jer buat. Memang puas tanya orang, tengok gazebo orang, google. Beranikan diri je buat. Lepas tu tak ada lagi buat. Mungkin kali kedua cepat sikit. Dah tau mana silapnya
Gazebo Saiz 8×8, saya buat sorang je. Isteri tukang pegang mana yang patut. Rm3k+ juga modalnya.
Proses Penyediaan:
1. Penyediaan tapak.
2. Buat tapak. Tiang roman batu tu asalnya panjang, saya beli 2 batang dan potong dua.
3. Tegakkan tiang. Letak je tiang tapi pada batu bubuh puting besi 2 inci masuk ke tapak tiang supaya tiang tak bergerak. Paksi skru kiri dan kanan.
4. Posing sikit. Maklum la buat sorang-sorang je.
Potongan hujung rasuk saya sengaja terbalikkan sebab benda tu kat bawah. Tak nampak bunganya kalau lihat dari atas.
Ads
5. Ni bab yg ngeri sikit. Buat rangka bumbung pasang dekat bawah dulu. Sampai atas nanti pasang tongkat jangan bagi gerak.
6. Sapu minyak timbertone tapi saya campur sikit cat hitam bagi gelap lagi. Lantai dah siap. Skirting tu guna papan 1×6″. Beli papan di kedai hardware biasa lepas tu potong la buat design.
7. Papan manis ukir sendiri. Cari kat Google. Design paling mudah.
8. Pasang kipas dan lampu (upah kawan). Mula-mula memang tak ada siling. Bila dah siap baru teragak nak. Masa pun banyak sebab dah pencen. Tapi kerja renyahlah sikit pasang siling kemudian.
Ads
Kalau nak senang cat putih siling asbestos 2×4 tu. Letak sebelah atas baru paky dengan kayu gegulung nak buh genting.
9. Siap. Papan bunga kat sisi tu pun buat sendiri. Sebulan baru siap. Sekarang baru tahu mengapa orang buat gazebo tak buat bumbung nasi lemak. Sebab banyak pakai genting, rabung dan muncung itik kat hujung tu.
10. Terkini baru pasang tiles dan buat tangga, pun DIY juga. Banyak belajar dengan google. Sekarang dah upgrade sebelah tu. Pasang tangga dan tiles. Dah siap orang rumah request buat atap pulak. Alamak… Kerja dah terbalik. Patut buat atap dulu baru padang tiles. Pasang tiles pun belajar dari google.
Mingguan Wanita : Hebatnya boleh buat gazebo sendiri, belajar dengan google je. Walaupun tiada pengalaman dalam bertukang. Namun hasilnya memang sangat cantik dan kemas.
Masalah yang selalu dihadapi oleh pemakai barang kemas adalah bila pasang cangkuk cangkuk gelang emas, ia cepat patah dan rosak. Baru sekali dua pakai, terus patah. Ada masanya cara kita pasang cangkuk pun boleh tahan lasaknya.
Ada cara yang betul supaya cangkuk gelang emas yang kita pakai itu tidak mudah patah dan rosak. Ikuti perkognsian daripada kedai emas EM Gold tentang cara betul untuk pasang cangkuk gelang emas.
Lesung batu yang ada kesan-kesan kunyit yang melekat tebal memang agak payah untuk dihilangkan. Kesan kekuningan itu seakan sudah sebati. Menjadi masalah bila hendak tumbuk ramuan masakan lain seperti rencah untuk sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.
Lesung Batu Biasa Kesan Kunyit Melekat
Ada cara yang boleh dipraktikkan bagi menghilangkan kesan kunyit tebal yang melekat pada permukaan lesung batu. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.
Bahan yang diperlukan:
Pes cuci pinggan
Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. Jangan pilih pes cuci pinggan jenis terlalu keras. Nanti susah hendak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.
Ini Cara Nak Hilangkan
1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung.
2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut.
3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai.
4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyitnya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih.
5. Beginilah hasilnya. Nampak macam lesung batu baru.
Beberapa hari saja lagi, Aidilfitri bakal menjelang tiba. Bagi mak ayah, cuti sekolah yang sudah pun bermula memudahkan mereka mengatur cuti untuk pulang beraya. Bahkan ada yang sudah pun berada di kampung dengan mengambil cuti seminggu lebih awal, selaras dengan cuti persekolahan anak-anak.
Ada sebab tu. Apa lagi kalau tak sebab nak menggelakkan kesesakan lalu lintas bila semua orang berpusu-pusu balik kampung nanti. Saya turut merasai pengalaman pulang beraya dalam kesesakan bila tiba giliran beraya di sebelah keluarga saya di Terengganu.
Sebaik memasuki lebuh raya, sudah terasa bahang beraya. Silap percaturan, memang berdepan dengan kesesakan yang teruk. Pernah terpaksa berbuka berlapikkan tikar di tepi jalan di hentian rehat. Mana taknya, hentian rehat penuh sesak dan tempat duduk untuk makan pun dah penuh.
Nasib baik ‘stand by’ tikar, bolehlah piknik di tepi jalan. Seronok tau! Sebab itu, sangat penting untuk mengatur perjalanan.
Memandangkan saya tidak ada anak kecil, lagi mudah untuk saya, suami dan anak bujang untuk bertolak pada bila-bila masa yang kami mahu. Suami lebih suka bertolak sebelum subuh dan akan berhenti solat serta sahur di mana-mana perhentian atau stesen minyak.
Ketika itu biasanya jalan raya tidak begitu sesak. Tapi ikut nasib juga lah. Cuma tahun ini saya tak ‘merasa’ menempuh jem yang teruk kerana akan beraya di Selangor di sebelah suami.
Pelbagai Jenis Juadah
Hari raya seolah-olah tiada seri tanpa hidangan hari raya. Selain itu, sudah tentu kehadiran aneka jenis kuih raya mencuri tumpuan. Ada orang yang lebih suka biskut tradisi dan ada pula yang mengikut trend.
Tahun ini biskut bertemakan haiwan viral seperti biskut ulat bulu. Untuk saya? Tetap kuih tradisi seperti semperit dan biskut Arab. Terus terang, saya memang penggemar biskut raya. Kalau ke rumah saudara mara dan rakan taulan, meja kuih raya dahulu saya akan terjah, bukan meja hidangan utama.
Tapi saya tak suka yang berinti. Jadi tart takkan termasuk dalam senarai untuk saya cuba. Di rumah, saya tidaklah beli terlalu banyak kuih raya sebaliknya lebih gemar membeli aneka kerepek. Tapi biskut raya yang saya beli itu adalah yang saya suka. Jadi, saya yang akan habiskan di penghujung Syawal nanti jika masih berbaki. Suami dan anak?
Hmm..mereka tak pandang pun! Apa pun, dalam menyambut Ramadan nanti, berbelanjalah dengan bijak. Sampai selepas raya nanti ada yang tak cukup belanja. Duit raya pun beri sekadar mampu. Yang penting ikhlas dan kita ingin meraikan kanak-kanak yang datang beraya nanti. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. Jangan lupa puasa sunat Syawal ye!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...