Tidak disangka sama sekali, ingatkan tanda lahir yang ada pada badan bayi itu akan hilang dan tidak membesar. Rupanya itu adalah ketumbuhan dan penyakit yang belum ada penawarnya.

Inilah derita yang dialami oleh Siti Aisyah bila mengingatkan benjolan pada bibirnya itu tanda lahir dan bila makin membesar akan hilang dengan sendirinya adalah ketumbuhan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Tidak Pernah Malu, Bawa Ke Mana Saja.” Walaupun Kekasih Miliki Ketumbuhan Di Wajah

Takdir Adik Arissa, Tumour Merebak Keluar Dari Orbit Mata & Rongga Hidung Ada Ketumbuhan

Tanda Lahir Rupanya Ketumbuhan

Dalam perkongsian Harian Metro, remaja perempuan yang tinggal di Machang, Kelantan telahmenanggung derita selama 14 tahun selepas disahkan menghidap ketumbuhan Hemangioma ketika berusia dua tahun pada bahagian bibirnya dan kini ia tersembur daripada isi mukanya.

Bapanya Mat Hassan Mohammed, 47 tahun, berkata, anaknya Siti Aishah Sofea Mat Hassan, 16 tahun, tidak boleh makan seperti biasa dan hanya menerima zat nutrisi daripada susu khas yang diberikan melalui saluran tiub yang dipasang di hidungnya.

Katanya, lebih menyedihkan pipi, lidah dan bibir anaknya itu juga membengkak serta membesar sehingga mengganggu saluran pernafasannya dan lehernya terpaksa ditebuk.

“Selain itu, ada ketikanya darah daripada mulutnya akan keluar secara tiba-tiba dan sukar untuk berhenti sehingga terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Pada masa sama, anak saya juga perlu mendapatkan suntikan ubat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) bagi mengecutkan bengkak, namun ia bergantung kepada keadaan kesihatannya.

Benjolan Tanda Lahir Rupanya Ketumbuhan, Kini Pipi, Lidah & Bibir Siti Aishah Tersembur Keluar

“Saya sedih melihat dia berkeadaan begitu, namun Siti Aishah Sofea tidak pernah sesekali mengeluh dengan ujian yang menimpa dirinya sebaliknya tetap tersenyum dan tabah menghadapinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Ketumbuhan Makin Membesar & Tiada Penawar

Menceritakan kembali keadaan anak sulung daripada dua beradik itu, Mat Hassan berkata, Siti Aishah Sofea mula dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak lahir apabila wujud benjolan tanda lahir pada bibirnya.

“Pada ketika itu doktor memberitahu ia bukan sesuatu yang membahayakan dan akan pulih dengan sendiri, namun selepas beberapa bulan, ia semakin besar dan lidahnya mula membengkak hingga keluar daripada mulut.

“Apabila anak semakin meningkat dewasa, ketumbuhan itu semakin membesar dan tidak ada penawar yang dapat menyembuhkannya,” katanya.

Katanya, walaupun keadaan anaknya tidak seperti orang lain, namun dia tetap hadir ke sekolah seperti kebiasaannya dan kami menghantarnya ke sekolah pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang.

Mat Hassan berkata, setiap bulan dia perlu membelanjakan RM1,500 hanya untuk membeli susu khas kepada anaknya yang berharga RM74 setin yang mampu bertahan untuk dua hari sahaja dan ia tidak termasuk keperluan lain.

“Ia sesuatu yang di luar kemampuan saya dan isteri, Syahida Mustaffa, 46 tahun, memandangkan saya hanya bekerja sebagai anggota bomba sukarela di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.

Benjolan Tanda Lahir Rupanya Ketumbuhan, Kini Pipi, Lidah & Bibir Siti Aishah Tersembur Keluar

“Anak saya perlu diberi minum susu enam kali sehari melalui saluran tiub yang dipasang di bahagian hidung, namun jika cuaca panas ia perlu diberikan lebih kerap,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Rakyat bernombor 22-024-201519-5 akaun bersama atas nama Siti Aishah Sofea Mat Hassan dan ibunya Syahida Mustaffa.

Mingguan Wanita : Dugaan buat Siti Aisyah. Moga dipermudahkan urusan Siti Aisyah dan keluarga, terus tabah.

Sumber: Harian Metro.

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI