Makanan bernitrogen. Seronok bila makanan yang kita ambil keluar asap dari mulut. Seolah berada di tempat sejuk pula. Kanak-kanaklah orang yang paling teruja untuk menikmati makanan seperti ini.

Namun, di sebalik keseronokan menikmati makanan bernitrogen ini, ada kesan buruknya yang perlu kita tahu. Mungkin ada sesetengah kedai yang masih lagi menjual makanan seperti ini.

Inilah yang berlaku dan menjadi pertikaian di negara jiran yang mana cukup popular dengan makanan bernitrogen ini telah mendakwa boleh menyebabkan masalah kesihatan, lebih-lebih lagi pada kanak-kanak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bahaya Risiko Tercekik, KKM Beri Amaran KONJAK JELI Tak Sesuai Anak Bawah Umur 3 Tahun!

Makan Tiram Mentah Bukan Sebab ‘Kebal’ Tapi Risiko Keracunan Makanan, Lagi Bahaya!

Makanan Bernitrogen Boleh Mengakibatkan Kebakaran Perut

Dalam kes yang berlaku di Indonesia, beberapa kanak-kanak mengalami perut melecur selepas mengambil makanan ringan jalanan yang mengandungi nitrogen cecair yang popular dipanggil ‘chiki ngebul’.

IKLAN

Lazimnya, ia dikenali sebagai ‘nafas naga’ di Indonesia kerana ia mengeluarkan asap bila masukkan makanan itu ke dalam mulut.

‘Chiki ngebul’ adalah pelbagai jenis gula-gula berwarna pelangi yang disalut dengan awan awan kabud nitrogen cecair. Dikatakan, pakar kesihatan turut memberi amaran bahawa jika snek dimakan sebelum nitrogen cecair telah sejat, ia menyebabkan risiko melecur dan usus berlubang.

Setakat ini, lebih 20 kanak-kanak telah didiagnosis dengan melecur perut selepas didakwa merakam diri mereka sendiri memakan chiki ngebul sebagai sebahagian daripada trend TikTok yang berbahaya.

Ekoran daripada itu, Timbalan Gabenor Jawa Barat telah mengharamkan penjualan snek cecair nitrogen selepas lebih 12 kanak-kanak dilaporkan mengalami luka kebakaran usus akibat pengambilan chiki ngebul.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa tempatan dan pegawai sekolah untuk memeriksa bahan-bahan yang digunakan oleh peniaga jalanan dan memastikan ia selamat untuk kanak-kanak.

IKLAN

Chiki Ngebul Menyebabkan Kebakaran Usus

Dr. Dicky Budiman, doktor Indonesia dan penyelidik keselamatan kesihatan global di Universiti Griffith mengesahkan potensi nitrogen cecair boleh menyebabkan luka bakar dan penembusan usus

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Indonesia, mengatakan bahawa kulit melecur dan kesukaran bernafas yang teruk ada kaitan dengan penggunaan nitrogen cecair.

Mingguan Wanita : Rasanya snek bernitrogen ini tidaklah terlalu viral di Malaysia, Cuma kita sebagai mak ayah kena berhati-hati. Tak perlulah nak ambil makanan yang boleh membahayakan kesihatan anak-anak.

Sumber: Oddity Central

IKLAN

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI