Gambar Hiasan

Buat mak ayah yang sering membelikan anak-anak kecil dengan Konjak Jeli yang sedang viral di pasaran,semoga ambil perhatian dengan amaran terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) ini.

Risiko Tercekik

Kementerian Kesihatan (KKM) memantau produk jeli di pasaran tempatan secara berterusan termasuk produk konjak jeli yang mendatangkan risiko tercekik kepada kanak-kanak.

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Norrani Eksan berkata berdasarkan pemantauan dari 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli telah disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli.

“Enam sampel produk jeli telah dikesan tidak mematuhi Peraturan 139A dan telah dikenakan tindakan penarikan balik produk oleh KKM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Di Malaysia, produk konjak jeli dikawal di bawah Peraturan 139 (konfeksi sajian) yang menyatakan jeli dengan diameter melebihi 45 milimeter boleh mengandungi konjak dan Peraturan 139A (konfeksi jeli terkawal) iaitu jeli dengan diameter kurang atau sama dengan 45 milimeter tidak boleh mengandungi konjak.

Selain itu, label produk bagi kategori 139A hendaklah mengandungi pernyataan ‘Amaran: Boleh Menyebabkan Risiko Tercekik’ dan perkataan ‘Tidak Sesuai Bagi Kanak-kanak di bawah Umur Tiga Tahun’.

IKLAN

Pengertian Konjak

Konjak adalah sejenis tumbuhan mempunyai tinggi kandungan serat, dipanggil glukomannan atau disebut juga konnyaku, konjonac atau serbuk taro atau tepung keladi. Produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain.

Industri menggunakan bahan aditif makanan tersebut yang berfungsi sebagai bahan pemekat dalam penghasilan jeli dan mempunyai tekstur kenyal, sukar larut dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain.

Norrani berkata mengambil kira risiko yang wujud, penambahan konjak bagi produk jeli adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan dan kawalan ke atas produk itu dibuat dengan menetapkan saiz dan amaran pada label produk.

Beliau berkata KKM mengambil maklum isu yang tular melalui media sosial berkaitan produk konjak jeli yang didakwa berbahaya dan boleh memberi risiko kepada kanak-kanak.

IKLAN

“Isu ini telah menjadi perhatian sejak 2001 apabila terdapat laporan penjualan konjak jeli yang mempunyai risiko tercekik pada kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

Pantau Pengambilan

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Beliau juga menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM http://moh.spab.gov.my atau Facebook BKKM http://www.facebook.com/bkkmhq

Mesti Baca:Jelas Kandungan Ada PORK GELATIN Tapi Letak Logo Halal Jakim, Hati-Hati Beli Produk Soft Candy With Jam
Baca Lagi Di Sini:Ini Penjelasan JAKIM Berkaitan Produk Kuaci & Kacang Yang Viral Dikatakan TIDAK HALAL

IKLAN

Mingguan Wanita: Jadi pesanan buat mak ayah semoga lebih berhati-hati jika ingin berikan Konjac Jeli kepada anak kecil kerana ia boleh menyebabkan risiko tercekik. Bahayanya tekstur jeli ini lebih kenyal, sukar larut dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain.

Sumber: KKM, Astro Awani

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI