JAKIM

Baru-baru ini viral di media sosial, apabila gambar produk kacang dan kuaci disebuah pasar raya dikatakan tidak halal.Ia menimbulkan keraguan dan kebimbangan buat orang ramai berkaitan penularan gambar tersebut.

Usah bimbang, berikut merupakan penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri berkaitan isu ini.

PENJELASAN BERKENAAN ISU TULAR PENANDAAN PRODUK TIDAK HALAL

Tular minggu ini berkenaan penandaan tidak halal pada produk kuaci dan kacang yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menimbulkan keresahan dan salah faham dalam kalangan pengguna.

Untuk makluman, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijelaskan oleh pihak JAKIM pada 09 Januari 2016:-

bit.ly/PenjelasanIsuLabelProduk

IKLAN

Perlu diketahui bahawa pihak pasaraya juga telah memberi penjelasan berkenaan insiden tersebut kepada pihak JAKIM melalui suratnya yang bertarikh 08 Januari 2016.

Antara lain isi kandungan surat tersebut ialah berkenaan permohonan maaf dari pihak pasaraya atas kesilapan pelabelan pada produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Berdasarkan semakan pihak kami jua, produk kacang keluaran Syarikat Ngan Yin Food Industries Sdn Bhd dan Pagoda Foods (Malaysia) Sdn Bhd serta produk kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.

Justeru, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu pihak yang berautoriti JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan status dan isu-isu halal yang tular di luar sana.

Semak Sini Untuk Ketahui Status Halal

Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal

IKLAN

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Harap maklum dan terima kasih.

IKLAN

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Semoga segala kekeliruan telah terlerai dan segala persoalan telah terjawab berkaitan isu ini. Mohon jadi lebih bijak, semak dahulu sesuatu berita sebelum sebarkan.

Semoga bermanfaat, sebarkan penjelasan ini agar lebih ramai yang tahu.

Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI