Sungguh tak dapat dibayangkan apabila rumah dipenuhi dengan pelbagai haiwan eksotik terutamanya spesies reptilia. Namun jika dah minat dan suka, tiada yang mustahil malah boleh menjadi sumber rezeki pula.

Siapa sangka bermula dengan minat, sepasang suami isteri berjaya membiak lebih 10 jenis haiwan termasuk ular di rumah mereka di Taman Rusa di sini.

200 Ekor Haiwan Eksotik

Muhammad Helmi Izzuddin Yusof, 31, dan isterinya, Zulfarina Zulkifli, 30, kini selesa tinggal bersama lebih 200 ekor haiwan eksotik seperti ular, katak, cicak tokek harimau dan tarantula.

Menurut Muhammad Helmi, minat memelihara haiwan eksotik itu bermula semasa dia sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang di Selangor, 11 tahun lalu.

Minat Bela Spesies REPTILIA, Suami Isteri Tinggal Bersama Lebih 200 Ekor Haiwan EKSOTIK

Minat Bela Spesies Reptilia

Katanya, selain minat membela spesies reptilia, dia juga mahu memastikan haiwan itu dapat melalui proses pembiakan dengan sempurna.

IKLAN

“Saya turut menjual haiwan ini secara dalam talian dan kami mempunyai lesen Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memelihara haiwan eksotik ini.

Minat Bela Spesies REPTILIA, Suami Isteri Tinggal Bersama Lebih 200 Ekor Haiwan EKSOTIK

“Saya anggarkan koleksi haiwan eksotik yang berada di rumah kini mencecah RM50, 000,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Kos Perbelanjaan Tidak Tinggi

Muhammad Helmi berkata, bagi kos perbelanjaan pemakanan, peruntukan tidak begitu tinggi kerana haiwan berkenaan tidak makan terlalu banyak.

Katanya, sebagai contoh, ular hanya diberi makanan sekali seminggu.

“Bagi haiwan eksotik kita perlu belajar mengenai selok-belok penjagaan supaya kekal sihat dan dapat membesar dengan sempurna.

Minat Bela Spesies REPTILIA, Suami Isteri Tinggal Bersama Lebih 200 Ekor Haiwan EKSOTIK

IKLAN

“Paling penting kita harus menjaga kebersihan dan jangan biarkan kawasan kotor serta bersepah agar ahli keluarga kita sendiri berasa selesa,” ujarnya.

Minat Bela Spesies REPTILIA, Suami Isteri Tinggal Bersama Lebih 200 Ekor Haiwan EKSOTIK

Rancang Buka Premis Haiwan Eksotik

Sementara itu, Zulfarina berkata, dia turut membantu suami dengan mengambil tempahan dan mengumpul pesanan termasuk makanan ular yang dihasilkan oleh mereka sendiri sejak empat tahun lalu.

Katanya, dia bersyukur apabila perniagaan dari rumah bersama suami mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Kami bercadang ingin membuka sebuah premis menjual haiwan eksotik, makanan dan ubat-ubatannya.

Minat Bela Spesies REPTILIA, Suami Isteri Tinggal Bersama Lebih 200 Ekor Haiwan EKSOTIK

IKLAN

“Ketika ini sebarang tempahan termasuk maklumat boleh dibuat di media sosial Facebook kami, Raptor Riot Malaysia HQ,” katanya.

Mesti Baca:Wanita Pencinta Haiwan Ditahan Polis, Bela 100,000 LIPAS Dalam Rumah
Baca Lagi Di Sini:Cepat Tersentuh & Hiba Lihat Kucing Terbiar, Dimarahi Ayah “Sampai 80 Ekor Kucing ‘Menginap’ Di Rumah”
Artikel Menarik:‘Trend’ Bela Ayam Hibrid Seberat 50gram, Dijadikan Haiwan Peliharaan Di China!

Mingguan Wanita: Siapa sangka kan, daripada minat dan hobi suka-suka bela binatang eksotik ini, boleh dijadikan rezeki sumber pendapatan.

Sumber: Kosmo

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI