Bekas pemain badminton kini jadi jurulatih di China kritik BAM, keluarkan kenyataan berbaur rasis. Isu kaum adalah isu paling sensitif untuk dibicarakan.

Mengikut Akta Perpaduan Negara, sesiapa yang mencetuskan suasana yang menggugat perpaduan boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Selain itu, mereka juga boleh disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Bagi kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan kesalahan menghasut siasat mengikut Subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Bekas Pemain Badminton Kini Jadi Jurulatih Di China Kritik BAM

Jika sebelum ini, atlet hoki kebangsaan Hanis Nadiah Onn menerima padah apabila digantung mewakili pasukan hoki kebangsaan termasuk  temasya Sukan Sea Kemboja 2023 kerana mengeluarkan kenyataan mengenai bau ketika konsert artis terkenal India, Ar Rahman.

BaCA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Saya Bukan Rasis & Ramai Kawan Bangsa Lain”, Atlet Hoki Negara Redha Hukuman Digantung

‘Mak Abah Tak Harap Saya Berjaya, Cukuplah DiTerima Masyarakat.’ Sukur Gembira Jadi Inspirasi

IKLAN

Terkini, isu rasis kembali apabila bekas pemain badminton negara, Guang Yik yang kini menjadi jurulatih di China dalam satu videonya mengeluarkan satu kenyataan berbaur rasis.

Katanya, prestasi pemain lemah, tidak ada pemain berjaya ke final  dan tidak menyerlah di bawah BAM  kerana  Pengurusan  Badminton Malaysia (BAM)  diterajui oleh orang Melayu.

Bahkan dirinya turut mengaitkan orang Melayu hanya tahu makan saja selain mengaitkan isu  solat lima kali sehari  yang menjadi punca kelemahan BAM. Bahkan lebih teruk dirinya mencadangkan agar pihak pengurusan BAM digantikan dengan orang Cina.

Keluarkan Kenyataan Berbaur Rasis

Hal ini didedahkan oleh seorang individu bernama Ah Boy Badminton di tweetnya @AhBoyBadminton yang telah menterjemahkan semua kenyataan dikeluarkan oleh Guang Yik dalam videonya.

IKLAN


Bahkan dirinya sendiri tidak bersetuju dengan kenyataan bekas pemain badminton ini kerana beranggapan dirinya cuma mahu membangkitkan isu yang tidak sihat.

“Eh bang, gunalah otak tu sebelum cakap.  Kita hidup dengan Malaysia. Ada kaum Cina, kaum Melayu, kaum India dan kaum lain. Kamu cakap kata-kata yang rasis lepas tu postkan di Tik Tok versi China tu. Ramai orang China yang tengok tu.

IKLAN

“Kamu nie memalukan nama baik negara kita. Kalau pandai sangat, baliklah ke sini jadi coach ke, jadi managment ke. Kamu tak layak, kamu duduk di sana, jadi coach kemudian cakap pasal badminton Malaysia. Hah, balik sini tunjuk bakat. Ah Boy memang marah sangat tengok video ini guys. Saya harap korang boleh viralkan video ini,” katanya yang langsung tidak bersetuju dengan tindakan bekas pemain negara itu.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bekas Pemain Badminton Kini Jadi Jurulatih Di China Kritik BAM, Keluarkan Kenyataan Berbaur Rasis

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI