“Bayi yang dibawa ke hospital cedera di kepala dan muka.” Seorang bapa cuba menipu anaknya ditendang lembu, padahal anaknya itu cedera disebabkan kecuaian dirinya.
Sebenarnya kejadian malang itu berpunca apabila sang bapa mengundur kereta dan terlanggar anaknya.
Bayi Cedera Di Kepala Dan Muka
Seorang bapa cuba menipu apabila mendakwa bayi perempuannya berusia setahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, cedera di kepala dan muka akibat ditendang lembu.
Namun, bayi warga negara Myanmar itu rupa-rupanya dilanggar lelaki berusia 27 tahun itu ketika mengundur kenderaan dipandunya, semalam.
Bapa Cuba Menipu
Kejadian dipercayai berlaku malam tadi di kediaman mereka di daerah Kubang Pasu dan petugas HSB pada 10.56 malam dimaklumkan bayi itu cedera akibat ditendang lembu ketika bermain di luar rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G Suresh Kumar berkata, bagaimanapun hasil siasatan yang dijalankan polis mendapati mangsa dipercayai dilanggar oleh bapanya ketika mengundur kereta di kediaman mereka.
Ads
Beliau berkata, bayi perempuan terbabit cedera di kepala dan muka melecet dan keadaan terkini mangsa dilaporkan stabil, tetapi masih di bawah pengawasan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSB.
“Susulan kejadian itu, satu kertas siasatan dibuka dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiaya, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian.
“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ads
Suresh Kumar berkata, siasatan juga dilakukan bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana suspek disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Katanya, bagi kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun dan sebat tidak kurang dari tiga sebatan.
“Bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan itu ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mingguan Wanita : Jika bapa ini tak bersalah, mungkin dia tidak akan cuba menipu. Semoga kejadian ini memberi pengajaran buat mak, ayah di luar sana dan sentiasa memantau keselamatan anak di rumah.
Ernie & Syamel dikurniakan puteri sulung. Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Ernie Zakri dan Syamel yang telahpun menimang cahaya mata.
Momen paling menggembirakan lagi buat mereka apabila bayi comel ini dilahirkan pada tarikh 22 Februari 2022 atau 22.2.22 yang juga angka yang cantik.
Ernie & Syamel Dikurniakan Puteri Sulung
Pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri itu telah melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 10.14 pagi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syamel dan Ernie menerusi akaun media sosial mereka.
Perkhabaran ringkas beserta tersebut dimuat naik beserta foto bayi mereka yang masih belum didedahkan wajahnya.
“Syukur alhamdulillah.
“Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi.
“Senang daddy ingat tarikh hari jadi,” tulis Syamel.
Semoga Ibu & Bayi Dalam Keadaan Baik
Malah Syamel juga mohon agar doakan Ernie dan anaknya diberikan kesihatan yang baik.
“Doakan kesihatan anak solehah kami dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” luahnya.
Menamakan Anak Pada Hari Ketujuh Kelahiran Ikut Sunnah Nabi
Syamel dan Ernie yang diijabkabul 26 Mac tahun lalu sebelum ini pernah menyatakan dirinya dan suami sudah mempunyai nama untuk bayi sulungdan akan menamakan pada hari ketujuh kelahirannya mengikut sunnah Nabi.
“Nama bayi kami sudah ada. Tetapi kami masih belum bersedia untuk mengumumkan.
“Insya-Allah, kami mengikut sunnah iaitu sebaiknya hari ketujuh baru kita menamakan anak.
“Doakan juga agar nama yang akan kami beri nanti menjadi nama yang baik buat cahaya mata kami,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Selain Ernie, tahniah juga buat Datuk Jamal Abdillah yang turut menimang cahaya mata pada tarikh 22.2.22
Empat hari lalu, selebriti dan usahawan Tya Arifin berkongsi fotonya memakai tudung disamping suami tercinta, Asyraf Khalid. Ramai yang senang dengan penampilan terkini Tya yang semakin terserlah kecantikannya.
Ramai followernya di instagram yang memuji malah mendoakan agar Tya kekal istiqamah dengan pilihannya untuk mengenakan hijab. Tya merupakan menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang mesra dengan gelaran Tokti.
Tya sendiri tak pasti sama ada mahu mengiyakan sama ada dirinya sudah bertudung atau sebaliknya.
“Hakikatnya, saya sedang mencuba dan membiasakan diri.” Akuinya yang sedar bukan mudah untuknya istiqamah. Namun sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik.
“Dalam hidup ini, apa yang pasti, kita sentiasa mahu menjadi insan yang lebih baik. Malah, dengan apa yang saya nikmati saat ini daripada Allah, saya fikir saya belum jadi hambanya yang baik.” kongsi ibu anak dua yang berasal dari Pelambang, Indonesia.
Percaturan Allah Itu Cantik – Tya Arifin
Usahawan jamu Mutyara ini bukan saja lemah lembut, malah sering saja berkongsi tip-tip penyusuan, keibubapaan dan keusahawanan di laman instagramnya.
Terdahulu, Tya pernah menghadiri uji bakat pementasan teater muzikal, Puteri Gunung Ledang (PGL). Namun tiada rezekinya di situ.
“Saya anggap bukan rezeki. Percaturan Allah itu cantik. Tuhan susun saya dengan benda lain.”
Fokus Tya kini mahu membantu menaikkan semangat dan memberi bimbingan kepada usahawan di bawah perniagaannya sendiri.
Terkini, Tya berkongsi perkembangan di instagramnya sedang menjalani pengambaran rancangan temu bual khas untuk Para Wanita seperti Public Figure, Artis dan Usahawan. Yang mana, input dari temubual itu adalah untuk berkongsi pengalaman, tip-tip dalam kehidupan peribadi dan kerjaya.
Ianya adalah sebuah rancangan disiarkan secara berepisod di saluran Youtube Tya Arifin.
MW : Mendoakan semoga Tya Arifin terus istiqamah dan sukses mencapai impiannya.
Pertama kali makan pisang muda goreng ini waktu berkunjung ke rumah kenalan. Waktu itu, ada sedikit kenduri untuk meraikan pemergian ahli keluarga kenalan yang mahu ke Makkah. Uniknya juadah ini sebab pisang yang digoreng kena betul-betul yang muda.
Ini resipi lama orang Jawa. “Pisang Muda Goreng” yang nak digoreng ini kena pilih yang betul-betul masak, barulah rasanya enak lemak-lemak macam ubi goreng.
Ini resipinya kalau mahu cuba. Memang ‘rare’ dan lain dari yang lain.Kadangkala yang simple tu sedapkan.
Resipi Pisang Muda Goreng Tepung
Bahan-bahan:
Sesisir pisang muda (pastikan betul-betul muda)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit garam dan tepung
Cara membuat:
1. Pisang dibuang kulit. Potong ikut suka. Jangan tebal sangat.
2. Kisar bawang merah dan putih. Gaulkan dengan sedikit garam dan tepung gandum.
3. Goreng dalam minyak yang panas.
Nota: Nak lebih enak cicah dengan sambal kicap.
Cara Membuat
Kisar, cili padi, sedikit bawang putih dan gula serta kicap.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...