Hanya Allah yang tahu perasaan mak, ayah ini bila anak ditemui dalam keadaan selamat. (Kredit foto: myMetro)

Enam jam panik anak diculik, mak ayah menangis syukur anak ditemui selamat. Allahuakbar, syukur Alhamdulillah bila anak ditemui.

Biarpun hanya enam jam, sudah tentu mak ayah ini ini tidak senang mengenangkan nasib anak sulung mereka yang baru berusia tujuh tahun yang hilang diculik.

Enam Jam Panik Anak DiCulik

Sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka di Taman Teratai, Iskandar Puteri, Perak, pada petang semalam.

Namun, mangsa, Nur Damia Qaleesya bagaimanapun ditemui selamat di belakang barisan rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya, enam jam selepas dia dilaporkan hilang.

Jelas Mohd Khairul Nizam Shafii, 34, setiap petang anak sulungnya itu akan keluar bermain bersama rakan baiknya yang juga anak jiran mereka di hadapan rumah.

Katanya, sebelum kejadian anaknya itu sempat memaklumkan mahu bermain di rumah rakan baiknya yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka jam 4.30 petang semalam.

“Namun kira-kira jam 5 petang, anak kedua saya, Nur Rania Qaisarah, 5, pulang sambil menangis sebelum memaklumkan kakaknya menaiki kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali.

Mak Ayah Menangis Syukur

“Saya dan isteri, Nur Aida R Mohd Tahir, 34, panik sebelum bergegas mencari anak sulung di sekitar kawasan perumahan dan bertanya jiran, namun Damia gagal dikesan dan ditemui.

“Saya dan isteri terus bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bagi membuat laporan. Selepas enam jam saya membuat laporan, polis menghubungi saya memaklumkan anak sulung saya ditemui penduduk dan dihantar ke taman permainan berdekatan rumah saya, kira-kira jam 10.30 malam,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu kes kehilangan Nur Damia yang dipercayai diculik tular di media sosial sejak tengah malam tadi.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan mengenai kes penculikan kanak-kanak itu.

“Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, menurut Mohd Khairul Nizam, beliau amat bersyukur kerana anak sulungnya ditemui dalam keadaan selamat selepas mereka sekeluarga berada dalam keadaan trauma selama enam jam berikutan kehilangan Nur Damia.

Anak DiTemui Selamat

“Sebaik polis memaklumkan anak sulung sudah ditemui, saya dan isteri bergegas ke taman permainan terbabit untuk bertemu Damia.

“Saya dan isteri menangis sebelum memeluk erat Damia. Tuhan saja tahu perasaan saya dan isteri ketika itu. Tiada kata-kata lain selain ucapan syukur kerana Damia selamat walaupun dia dilihat memakai pakaian berbeza berbanding ketika keluar petang semalam.

“Keadaan di taman permainan ketika itu ada beberapa orang penduduk dan polis, mereka turut membaca doa selamat. Selepas itu saya dan Damia di bawa ke Balai Polis Iskandar Puteri untuk diambil keterangan dan kami dibenarkan pulang selepas itu menjelang tengah malam tadi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

‘Setiap 7hb Aisyah Akan Menangis, Minta Dukung Tak Nak Renggang’ Bayi Diculik Masih Trauma

Mangsa ‘Pakadwa Vivah’, Jurutera Diculik, Diacu Pistol & Dipaksa Kahwin!

“Lepas Kejadian Ini, Mama Serik! Sekarang Kena Kedekut Kalau Orang Nak Pegang Anak!”

IKLAN

Tular Berita Di Media Sosial

Sementara itu, Aliffi Abd Rahim, 28, individu yang menemui Nur Damia di belakang kedai makan di Taman Teratai, tidak menyangka gerak hatinya untuk makan di sebuah restoran yang baru dibuka di kawasan taman perumahan akhirnya dapat menyelamatkan kanak-kanak perempuan terbabit.

Katanya, sebelum pergi ke restoran terbabit bersama abangnya, Affandi 33, dia ada terbaca tular di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan diculik di Taman Teratai.

“Sewaktu saya lalu di laluan menuju ke restoran itu, keadaan agak sunyi namun tiba-tiba nampak kelibat seorang kanak-kanak perempuan di sebalik tembok di belakang deretan kedai di situ.

“Saya turun dari kereta dan melihat lebih dekat wajah kanak-kanak perempuan itu. Kelihatannya sama seperti gambar wajah kanak-kanak yang dilaporkan culik yang kisahnya tular di media sosial, yang juga jiran kami.

DiTemui Bingung

“Kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan bingung sebelum beritahu nama dia Damia. Saya kemudian cuba pujuk dengan beritahu akan bawa pulang bertemu ibu bapanya apabila dia berkata sedang menunggu seorang pakcik membelikannya aiskrim. Namun, dia akhirnya ikut saya dan abang untuk dihantar pulang ke rumah,” katanya.

Aliffi berkata, beliau menyerahkan Nur Damia kepada anggota polis yang membuat kawalan di sekitar kediaman ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum keterangannya turut diambil bagi membantu siasatan.

“Saya harap kejadian seumpama ini menjadi pengajaran dan tidak berulang,” katanya.

IKLAN

Mingguan Wanita : Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran buat mak ayah di luar sana agar sentiasa memastikan keselamatan anak-anak. Jangan terlepas pandang setiap kali membiarkan anak-anak bermain di luar rumah.

Sumber : myMetro

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI