Foto: Sumber Instagram yatthamzah_suci 
Hati saya sebagai seorang ibu begitu tersentuh mendengar luahan dari pelakon cantik Yatt Hamzah. Ibu kepada empat orang anak ini berasa cukup sedih apabila anaknya yang baru berusia tiga bulan, Suci Hawa Zulaikha terjatuh untuk kali ketiga, beberapa hari lalu.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Yatt berasa sangat berterima kasih warganet terutama pengikutnya di Instagram yang berkongsi tips dan nasihat dalam memastikan keselamatan anaknya.

Bunyi Tangisan & Dia Sudah Terjatuh 

Malah menurutnya lagi, tujuannya berkongsi gambar dan penjelasan mengenai insiden yang menimpa anaknya itu adalah untuk dijadikan iktibar buat semua ibu bapa yang memilik anak kecil.
“Ya Allah! Baru 3 BULAN Dah 3 KALI JATUH” Harap Berhati-Hati Dalam Memastikan Keselamatan Anak Terjamin  “Ya Allah! Baru 3 BULAN Dah 3 KALI JATUH” Harap Berhati-Hati Dalam Memastikan Keselamatan Anak Terjamin

“Saya harap semua berhati-hati dalam memastikan keselamatan anak terjamin. Kejadian anak saya terjatuh disedari selepas solat Subuh. Ketika itu saya baring sebentar bersamanya di katil dan terlelap. Dalam sekelip mata, tiba-tiba saya terdengar bunyi tangisannya dan dia sudah terjatuh,” katanya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.

Jatuh Jua, Sudah Terkepung Dalam Kubu Bantal 

“Ya Allah! Baru 3 BULAN Dah 3 KALI JATUH” Harap Berhati-Hati Dalam Memastikan Keselamatan Anak Terjamin
Sumber Foto: Instagram  yatthamzah_suci 

Luahan yatthamzah_suci menerusi Instagram;

“MOHON BACA CAPTION NI SAMPAI HBS DAN FAHAMI SBLM KOMEN DAN KOMENLAH YG MURNI DAN BAHASA YG BAIK2..JGN GADUH2 DLM NI YA..NAK RAMADHAN NI..🙏😇🥰🤗

“(UTK PENGETAHUAN SEMUA KAMI ANAK BERANAK TIDUR BAWAH, HANYA LETAK BBY D ATAS JIKA NK SOLAT ATAU BUAT KERJA JIKA KAKAK2NYA SDG MAIN. DAN BONDA NI BUAT LIVE TGH MALAM MASA BABY DAH TIDUR DAN ANAK2 DIJAGA OLEH ABAHNYA. BONDA LIVE NGAJI AJAK ORANG TALAQQI BKN GOSIP TITOK ATAU BENDA YG BUKAN2..JEMPUT JOIN LIVE IG NGAJI BONDA SETIAP MALAM PKL.11.30 YA..😇❤)
DAN TIADA KENA MENGENA LIVE DG PERKARA YG JD PD BABY HAWA..😇HARAP MAKLUM)

IKLAN

“Bonda sedih sgt pagi tadi..😢 Baby Hawa jatuh lg kali ke-3. Bonda tak sihat lepas Dhuha td terlelap sekejap melawan pening kepala berdenyut2. Patut live ngaji mlm td pun xdone nak buat sbb jatuh sakit serentak hp pun problem.


“Sedar2 masa terlelap baru 5min, dengar bunyi berdentum jatuh serentak Hawa menangis kuat. ALLAHUAKBAR anak..Mesti sakit sgt tu..Sbb dia jatuh atas jubin luar dr carpet bulu tebal. Mcm manalah boleh jatuh sedangkan sudah terkepung dlm kubu bantal dan quilt..

“Ya Allah baru 3 bulan dah 3 kali jatuh. Kami tidur bawah dan ltk atas katil di blk skjp utk solat sbb risau kalau kakak2nya bgn dan terpijak dia. Baby cot dia pula dia nangis2 xnak sbb sempit kan x boleh berguling. Lepas ni xboleh dah ltk atas katil kalau tiada yg jaga. Padahal Bonda kt sebelah dia je terlelap sbb sakit kepala sgt. Berguling aje kerjanya walaupun msh bayi. Bila baring tidur di bawah kakak2nya pula berlari2 melompat atas kami. Adehlah cabaran anak2 kecil yg membahagiakan..😅🥰🤗🥰😘

IKLAN

“Mohon semua doakan baby Hawa x jatuh lg ya. Pagi tadi dia dpt lebam2 di bahagian kepala dan mukanya. Cepat2 tuam dan sapu dg minyak..Sebak Bonda tengok..x sampai hati. 😢😭

“Semoga anak Bonda kuat dan sihat selalu ya syg..Aameen..🤲❤”
“Ya Allah! Baru 3 BULAN Dah 3 KALI JATUH” Harap Berhati-Hati Dalam Memastikan Keselamatan Anak Terjamin

Kecaman Terima Dari Sudut Positif

Yatt Hamzah juga menambah sepanjang PKP mereka sekeluarga tidur di atas lantai. yang baralaskan tilam. Namun insiden yang berlaku merupakan di luar jangkaan. ‘

IKLAN

“Ada juga yang menulis kecaman terhadap saya di Instagram. Tapi, saya pandang dari sudut positif dan menerima pelbagai komen nasihat serta tip supaya saya membeli pagar katil untuk bayi saya,” ungkapnya.

“Ya Allah! Baru 3 BULAN Dah 3 KALI JATUH” Harap Berhati-Hati Dalam Memastikan Keselamatan Anak Terjamin
Yatt Hamzah sekeluarga. Fot: Sumber Instagram yatthamzah_suci 

PKP Dilanjutkan, Kita Ada Lebih Masa Untuk ‘Reset’ Dan ‘Reconnect’ Hubungan DenganNya

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI