Berapa ramai suami yang faham akan konsep ini ‘bateri isteri perlu dicas’. Isteri juga ada ketikanya akan ada rasa penat, letih lagi-lagi dalam menguruskan pekerjaannya seharian.
Alangkah beruntung, andai suami dapat faham sebagaimana BroOhsem, Akhtar Syamir ini faham akan keperluan isterinya.
Dengan memberikan ruang untuk isteri mendapatkan rehat secukupnya, sementara isteri rehat Bro Ohsem ambil alih kerja dan keperluan rumah untuk seketika. Nanti bila bateri isteri sudah penuh, dia akan buat kerja dengan tenang tanpa kelam kabut mahupun marah-marah.
Bateri Isteri Perlu Dicas
Perkara yang sengaja saya lakukan pagi-pagi.
Kalau isteri saya belum bangun, saya takkan bising. Saya akan tutupkan langsir supaya bilik jadi lebih gelap.
Saya akan keluar dengan senyap, buatkan sarapan untuk anak sebab diorang memang kaki bangun awal untuk porak perandakan rumah.
Ads
Ada masanya saya buat kerja di luar terus kalau ada meeting yang akan ganggu tidur dia. Anak-anak tak dibenarkan ganggu atau masuk bilik.
Dia hanya akan bangun bila dia rasa nak bangun. Bermakna masa tu ialah masa dia sudah puas tidur dan tenaganya di tahap yang maksimum.
Ada kalanya saya siapkan sarapan sekali untuk dia.
Isteri Pula Ambil Alih Urus Rumah Dan Anak-anak
Lepas selesai semua, saya dapat fokus kerja tanpa gangguan. Dia akan mula buat kerja rumah, uruskan anak, sampailah waktu makan tengahari.
Ads
Kalau dalam jam 3 tu saya mengantuk nak rehat sekejap pun tidak akan diganggu sebab anak-anak pun dah buat hal masing-masing dan dia pun dah selesai apa yang dia nak buat.
Jadi, saya dapat rehat dengan cukup dalam sejam dua sebelum sambung bekerja atau buat benda lain.
Begitulah rutin kami setiap hari. Bateri isteri perlu dicas. Isteri perlu rehat secukupnya. Suami pun sama. Bezanya ikut masa dan kesesuaian.
Ads
Nikmat Bila Bagi Masa Isteri Rehat Tanpa Gangguan
Jika korang tak boleh buat begini waktu pagi, buatlah waktu petang sikit. Bagi masa untuk rehat tanpa gangguan. Kesan dia, satu keluarga akan dapat.
Jangan kita harap isteri buat semua benda tapi kita tak cakna pasal masa rehat dia. Rehat yang tak cukup akan buat dia tertekan, penat, kecewa dan marah.
Kadang-kadang suami pelik kenapa isteri cepat marah. Cuba periksa sama ada dia dapat tidur yang cukup atau tidak.
Jom baca penulisan saya yang lain di t.me/broohsem .
Ternyata ujian dalam rumah tangga memang dahsyat, tak semua perempuan bernasib baik dan perkara ini bergantung kepada siapa suaminya.
Sekiranya dikurniakan suami yang baik, alhamdulillah. Jika sebaliknya, seorang perempuan atau isteri ini harus sabar dan tabah dalam melalui liku-liku rumah tangga.
Mahu atau tidak segalanya sudah di depan mata, terpaksa jalan terus dan melalui hari mendatang bersama suami.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.
Sabar dan tabah…
Orang perempuan yang hendak jadi isteri orang atau pun yang sudah jadi isteri, kena pegang kepada dua frasa ini sepanjang melayari alam perkahwinan…
Nak tak nak, suka atau tak suka, tetap kena sabar dan tetap kena tabah dengan apa yang mendatang…
Ujian di alam rumah tangga ini hebatdan dahsyat untuk orang perempuan…
Boleh dikatakan, tak semua perempuan bernasib baik dalam perkahwinan dan ianya bergantung kepada siapa yang jadi pasangannya…
Ada yang tanggung diri sendiri dan anak-anak walaupun ada suami… Malah ada yang hampir kesemua hal rumah, kerja rumah dibuatnya sendiri walaupun suami tak mati lagi…
Kalau dapat pasangan lain daripada apa yang diidamkan, maka sabar dan tabahlah sepanjang masih bersamanya…
Kekuatan orang perempuan ada pada dua perkara ini saja… walaupun orang luar nampak ianya hampir mustahil untuk diteruskan, dipertahankan, diselamatkan…
Tapi berbekalkan kesabaran dan ketabahan seorang perempuan yang bergelar isteri, adakalanya perangai yang macam syaitan pun mampu ditundukkan dan dibawa ke pangkal jalan…
Tiada jalan mudah atau jalan pintas bagi seorang isteri dalam alam perkahwinan selain sabar dan tabah akan apa yang ditentukan Allah SWT terhadapnya…
Berdoa, doa dan terus berdoa tanpa henti ketika sedang bersabar dengan tingkah laku dan perbuatan pasangan…
Bertabahlah dalam meneruskan langkah berbekalkan harapan dan mengharapkan kenyataan bahawa Allah tidak membebani hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya…
Semoga esok lebih baik daripada hari ini dan sentiasalah membahagiakan diri sendiri daripada meminta orang lain membahagiakan anda…
Mingguan Wanita : Jika mak-mak merasakan perkahwinan yang dibina tidak membahagiakan setelah berusaha bermacam cara, apa kata lepaskan saja. Jangan bebankan diri sendiri, ciptalah kebahagiaan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:
Tak dinafikan ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Ada yang diberhentikan kerja, dipotong gaji dan pendapatan juga turut terjejas. Jika memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, bebanannya lebih terasa apabila diberhentikan kerja. Apatah lagi harus menyara anak-anak dan isteri.
Namun demikian, disaat begini sokongan dan sikap timbangrasa daripada seorang isteri sangat diperlukan dalam memastikan suami tidak terus mengalah, sebaliknya terus berusaha mencari rezeki buat keluarga. Ini kerana rezeki itu datang dalam pelbagai cara yang penting terus berusaha dan berani mencuba.
Perkongsian daripada Puan Siti Rohani Khalit dan suaminya, Azmi Omar ini boleh dijadikan inspirasi. Siapa sangka suami yang diberhentikan kerja dahulunya seorang Juruteknik, boleh merendahkan ego belajar menjahit daripada isteri sendiri. Berani mencuba dan memulakan sesuatu yang baru demi mencari rezeki buat keluarga, malah dah boleh menjahit sendiri serta ada pendapatan sendiri.
Musim covid suami saya antara yang diberhentikan kerja. Bekerja sebagai Technician di kilang mozek. Walau dia tak mengeluh tapi sebagai isteri sedih juga la kan.
Saya tailor main-main, ada kedai sendiri, guru jahitan dan jual pola sikit-sikit. Ada pendapatan sendiri tapi masih ditanggung suami seratus peratus. Masa tu saya biarkan dia bermain perasaan hampir 2 bulan. Saya tak tanya pun further action lepas diberhentikan.Saya tak pernah tanya berapa “K” yang dia dapat untuk pampasan. Saya biar dia buat keputusan sendiri apa dia nak buat dengan duit tu.
Lepas 2 bulan saya rasa ‘layang-layang’ yang saya biarkan tu makin jauh. Saya kesian sebab dia mintak kerja kat mana-mana tapi takda rezeki maklum ramai lagi senasib diberhentikan kerja. Perlahan-lahan saya tarik tali ‘layang-layang’, saya cakap pada suami;
“B…hampir ratusan student saya yang saya ajar jahit, sama ada diorang berjaya jadi tailor @ tak, hampir separuh daripadanya jadi tailor dan ada pendapatan sendiri. Kalau orang lain boleh, kenapa abang tak boleh?”
Sedih tau. Saya biarkan suami saya terkial-kial pegang mesin industri. Dari bilik jahit, saya mengintai suami dari cermin. Struggle nya dia nak jahit bulatan pada perca.
Dua bulan dia dah boleh jahit simple-simple. Saya buka tempahan untuk alterations untuk suami. Saya pesan..
“B jangan malukan saya. Saya buka alterations khas untuk abang, so jahit betul-betul.”
Alhamdulillah…hasil boleh saving sikit dan bayar semua bill wajib.
Harini dia dah boleh potong kain, boleh jahit sendiri. MCO 3 kami tak boleh bukak kedai, pendapatan suami terjejas. Kami beli kain pelekat viral buat seluar readymade dan jual. Alhamdulillah tak banyak tapi ada.
Masa-masa macamni saya juga rasa tertekan tapi kalau saya tertekan siapa yang nak ‘tarik’ suami saya daripada hanyut. Saya kena lebih kuat. Saya percaya rezeki kita ada, cuma jangan mengalah. Sehingga kini..saya bangga dengan suami saya.
Mingguan Wanita :Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi cetusan inspirasi buat yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan. Paling penting, tidak berputus dan tidak mudah mengalah dalam mencari rezeki.Percayalah rezeki itu ada dimana-mana selagi mana kita berusaha. Tahniah buat pasangan suami isteri ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Ucapan terima kasih untuk segelas air itu hanyalah sekadar satu contoh untuk menghargai pemberian pasangan. Dan ini antara tip yang mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Ada banyak cara sebenarnya dalam mencari bahagia hidup berumah tangga. Baik suami mahupun isteri, keduanya perlu memberikan komitmen bersama, agar kasih sayang tidak hanya bertepuk di sebelah pihak.
Bagus sekali perkongsian Jaja Isa ini. Pesanan ibu dan mak mentua yang boleh diterima pakai untuk pasangan suami isteri melayari alam perkahwinan dengan aman dan tenang.
Dulu, arwah ibu selalu pesan. Esok-esok bila dah kahwin kena banyak-banyak bersabar. Kena dekatkan diri dan kuatkan kebergantungan dengan Allah. Perkahwinan adalah gudang pahala. Apa yang kita buat, semuanya dikira sedekah. Sebab itu syaitan akan usaha buat macam-macam, bisik yang bukan-bukan untuk porak perandakan rumah tangga kita.
Mak mentua pula pesan. Dalam rumah tangga kita kena banyak tolak ansur. Cintai pasangan tanpa syarat, diselimuti syukur. Serta sabar sebagai penguatnya.
Guru saya, Bonda Nor kata kalau merajuk, jangan lama-lama. Rugi! Bila dah kahwin, kita kena bersedia terima sikap pasangan yang adakala tak seperti yang kita inginkan. Kena sentiasa berlapang dada.
Alhamdulillah, untungkan dapat banyak nasihat daripada orang-orang berpengalaman. Yang dah merasa masam manis hidup berumah tangga.
Syukur, hari ini genap setahun usia perkahwinan kami. Setahun yang penuh warna. Banyak perkara yang saya belajar. Baru tahu, rupanya seronok kahwin. Haha.. Antara perkara penting yang saya belajar untuk kekal bahagia dalam rumah tangga.
1. Komunikasi. Yang ini sangat penting dalam melayari rumahtangga. Perlu adanya perbincangan dua hala. Kalau tak puas hati, tak suka apa yang pasangan buat atau apa sekalipun, duduk berbincang. Bukan diam membisu dengan harapan pasangan boleh baca apa yang terpendam dalam hati kita. Pasangan kita bukan ahli silap mata. Yang penting, jangan suka bersangka-sangka atau buat andaian sendiri.
2. Sentiasa tolong menolong. Tak kira suami atau isteri kena sama-sama ringan tulang. Bila isteri memasak, suami basuh pinggan. Isteri menyapu, suami mop lantai. Kan seronok buat semua perkara bersama. Bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Tambahan, bila suami berusaha membahagiakan isteri, isteri pula akan membahagiakan seisi rumah sepenuh hatinya.
3. Tolak ansur. Sebagai pasangan, dua-dua tak boleh keras kepala. Salah seorang kena beralah bila ada perbalahan atau krisis. Tak perlu tunjuk ego masing-masing. Rugi!
4. Kena sentiasa ucap terima kasih tanda kita menghargai pemberian, pengorbanan, keprihatinan atau bantuan yang diberikan pasangan. Tak kiralah sekecil apapun bantuan yang diberikan. Even ambilkan segelas air pun, ucaplah terima kasih. Kan berbunga hati pasangan kita.
5. Sentiasa minta maaf. Tak kisah suami yang salah atau isteri yang salah atau dua-dua tak salah. Minta maaflah selalu. Dr Fadhilah Kamsah pesan, nak eratkan lagi hubungan suami isteri, kena sama-sama saling bermaafan sebelum tidur. Maklumlah dalam seharian, kita tak sedar mungkin ada percakapan dan perbuatan kita yang mengores hati pasangan.
6. Sentiasa bergurau senda. Tak kisahlah nak main cakcak ke berlari dalam rumah ke. Apa saja yang boleh menghadirkan gelak ketawa pasangan, buatlah. Bukan ada yang tahu. Bila ada gurauan barulah happening. Lagi-lagi bila dapat pasangan yang seorang suka mengusik, yang seorang lagi mudah terhibur. Memang meriah rumah.
Lagi satu, suami saya sentiasa ingatkan, cinta bukan tentang perasaan saja tapi juga tentang komitmen. How 2 person commits to give their best, whatever it’s takes. Dalam rumahtangga kena sentiasa berebut-rebut buat kebaikan. Bukan mempertikaikan siapa yang paling banyak berkorban, siapa yang paling buat kerja etc.
Apa yang pasti, selepas berkahwin tiada lagi aku, yang ada hanyalah kita. Semoga Allah memelihara rumahtangga kita semua dengan mawaddah dan sakinah hingga akhir usia.
Selamat hari kita cinta hati
Mingguan Wanita : Perkahwinan bukan semata penyatuan dua hati, tetapi melunaskan setiap tanggungjawab yang bakal terpikul oleh keduanya.