Baru dapat kereta 8 jam, gadis bingung enjin perodua Bezza 1.3 X terus rosak. Perkongsian seorang gadis di media sosialnya, @Nagakanni Subramaniam meraih perhatian di media sosial apabila mendakwa kereta perodua Bezza 1.3 X yang baru sehari diambil di pusat jualan Perodua Segamat mengalami kerosakan enjin.
Lebih memedihkan, kereta baru itu hanya sempat berada bersamanya sekitar 8 jam sahaja dan perbatuan menunjukkan hanya sekitar 46 km sahaja dan enjin keretanya langsung tidak boleh dihidupkan sebelum towing dipangggil. Selepas dua bulan menunggu penyiasatan dari pihak Perodua termasuk meminta ganti sebuah kereta baru, gadis ini Nagakanni berkongsi hal ini di media sosial facebooknya agar haknya terbela.
Baru Dapat Kereta 8 Jam
Berikut perkongsiannya :-
Beli Perodua Bezza 1.3 X, bayar bulan-bulan, tapi tak boleh guna kereta. Ini kisah saya tentang kereta Perodua Bezza yang saya beli. Beli 8 jam, terus rosak. Dah lebih 2 bulan, masih takde jawapan dan tak selesai. Lagi sedih, saya masih kena bayar bulan-bulan RM537 walaupun kereta masih rosak. Mohon rakan-rakan untuk share kisah ni supaya hak saya terbela.
Ini kronologinya.
17 Oktober 2023:-
Saya beli kereta Bezza 1.3 X dari Pusat Jualan Harapan Terang Motor Sdn Bhd Segamat pada pukul 11 pagi. 8 jam kemudian, pukul 7.40 malam, bila saya start enjin, kereta dah tak hidup.
Gadis Bingung Enjin Perodua Bezza 1.3 X Terus Rosak
18 Oktober 2023:-
Kereta saya di-tow ke Pusat Servis Perodua Segamat. Pomen di Pusat Servis bagitahu yang enjin kereta saya dah rosak.
Ads
18 Oktober 2023 (hari yang sama):
Saya telah request Perodua untuk ganti kereta baru. Saya diminta untuk menunggu keputusan dari HQ Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan.
9 November 2023:
En Sufian Customer Sales Executive dari HQ Perodua call saya. Dia kata, menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata material tersebut tak digunakan oleh Perodua. Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh 8 jam tu, apatah lagi nak usik enjin.
15 November 2023:
Ads
En Sufian kata saya kena buat loan baru dulu untuk kereta baru. Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu.
4 Disember 2023:
Salesperson dari Pusat Jualan Harapan Terang minta dokumen dari saya untuk membuat pinjaman kedua. Saya tolak permintaan tu sebab pinjaman pertama saya masih belum selesai.
8 Disember 2023:
Customer Service beritahu bahawa Final proposal belum dipersetujui, dan Perodua sedang selidik kesilapan dalaman. Atau kata lain, mereka belum boleh bagi black and white approval untuk tukar kereta saya dengan kereta baru.
Ads
02 Januari 2024( hari ini / semalam):
Masih belum ada apa-apa jawapan (secara black and white) daripada Perodua walaupun dah lebih 2 bulan. Tapi saya masih kena bayar loan setiap bulan. Saya harap sangat kawan-kawan Facebook dapat share posting ini supaya Perodua dapat selesaikan isu ini. Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya.
“Hari suami meninggal, baru tahu saya isteri kedua. Selama ini hari-hari suami ada di rumah kecuali dia selalu out station. Sampailah hari dia meninggal di rumah saya dan ada perempuan jatuh di tangga (iaitu isteri pertama) menangis-nangis.
Lihat video penuh di Youtube & Facebook Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pendakwaan lima remaja esok, peguam ibu Zara Qairina mohon tangguh. Pasukanpeguam yang mewakiliNoraidahLamat, ibukepadaAllahyarhamah Zara Qairina Mahathir, merayu agar prosidingpendakwaan lima remaja yang dijadualkan pada Rabu ditangguhkan buat sementara.
Pendakwaan Lima Remaja Esok, Peguam Ibu Zara Qairina Mohon Tangguh
Permohonanitudibuatsupayapertimbangansemuladapatdilakukanbagimendakwamereka di bawahSeksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
Dalamkenyataan media bersama pada Selasa, barisanpeguammemaklumkanbahawamerekahanyadimaklumkanbaru-baruinimengenaikeputusanpendakwaankeataskelima-lima remajaberkenaan di bawahSeksyen 507C(1) Kanun Keseksaanataskesalahanmembuli Zara Qairina.
“Selepas kami mengeluarkankenyataan media semalam, kami barumengetahuibahawa lima remajatersebutakandidakwa di bawahSeksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana membuli Zara Qairina.
“Kami denganinimemohon agar Peguam Negara dapatmenangguhkanpendakwaantersebut buat sementarawaktu.
“Kami memohon agar Peguam Negara dapatmempertimbangkan agar semuaremaja di atasdituduh di bawahSeksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
“Sekiranyaketerangan yang adatidakmencukupiuntukmembuktikansabitanbagikesalahan di bawahSeksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, kami berharapsiasatanlanjutdapatditeruskanmenjuruskearahkesalahantersebut dan pendakwaanditangguhseketika,” kata kenyataanitu.
Menurutmerekalagi, pihakpembelaanberpandanganadalahlebihwajarjikapertuduhanlebihberatdikenakansekiranyahasilsiasatantambahansertabuktisediaadamembolehkanpendakwaan di bawahSeksyen 507D(2) dijalankan.
“Kami sangat khuatirsekiranyapendakwaan di bawahSeksyen 507C(1) Kanun Keseksaanditeruskan dan semuatertuduhmengakubersalah pada esokhariatautarikh-tarikhberikutnya, apabilasiasatanlanjutataupuninkuesmenemuiketerangan yang bolehmembuktikanberlakunyakesalahan di bawahSeksyen 507D(2) Kanun Keseksaanataukesalahan yang lebihberat, merekatidaklagibolehdidakwaatasdasar ‘Double Jeopardy’ yang termaktub di dalam Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan,” tambahkenyataanitulagi.
Susulanperkaratersebut, pasukanpeguamterbabittelahmengemukakansuratrasmikepadaPeguam Negara pada pagiSelasamelalui e-mel.
Kenyataanbersamaituditandatangani oleh enampeguamiaitu Hamid Ismail, ShahlanJufri, Rizwandean M Borhan, MohdLuqmanSyazwanZabidi, MohdSyarulnizamMohd Salleh serta Farrah Nasser.
14 tahun tak dikurniakan anak, Beto Khusyairy terus ingin cipta kenangan berdua dengan isteri. Bahagia itu menurut apa yang kita cipta. Falasafah bahagia itu juga berbeza-beza mengikut individu dan ia tidak sama antara satu sama lain.
Jika ramai lelaki merasakan selepas berkahwin, anak itu ada sebagai pengikat kasih dan andai tidak dikurniakan cahayamata mereka memilih berkahwin lain tetapi semua itu tidak sama dengan pendirian Beto Kusyairy.
14 tahun mendirikan rumahtangga bersama isteri tersayang, Tisha Shahar tanpa dikurniakan anak, bukan hal yang luar biasa bagi pelakon hebat ini.
Dalam satu perkongsian di Tik Toknya @Beto Kusyairy sering ditanya tidakkah dia ingin berkahwin lain kerana tiada anak, jawapannya cukup mudah iaitu dirinya ingin terus mencipta bahagia dengan isteri dikasihinya itu.
Mungkin bagi orang lain, anak itu pengikat kasih paling penting tetapi menurut pelakon filem Mat Kilau ini, cukuplah dirinya ingin terus mencipta bahagia bersama isterinya itu.
Sudah saling mengenali selama 24 tahun, jelas Beto, hanya Tisha “one & only” di hatinya.
24 tahun saling mengenali, jelas Beto dirinya ingin terus menua bersama-sama.
Dari respon diterima dari peminatnya, kata mereka susah mencari lelaki setia sekarang dan mendoakan agar hubungan cintanya bersama isteri walau belum dikurniakan cahayamata terus subur. Bahkan tak kurang juga mendoakan agar Allah mengurniakan anak buat pasangn bahagia ini.
Zulin Aziz baru 10 bulan kahwin namun sering diasak soal zuriat, “mohon doa baik buat kami”. Anak antara persoalan yang sering ditanya selepas pasangan mendirikan rumahtangga.
Bila tak kahwin, soalannya bila mahu bertemu jodoh. Bila sudah berumur sikit bila nak jadi nenek. Pendek kata masyarakat tak pernah berhenti bertanya hingga kadangkala yang menjawapnya terasa lelah.
Hal sama dilalui pelakon dan pengacara Zulin Aziz, 33 yang mendirikan rumatangga pada 20 Februari lalu bersama suami dikasihinya Farhan Norzaini, 35 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Pasangan sama cantik sama padan ini sering menjadi tumpuan dan mereka juga tak terkecuali ditanya soalan yang agak cliche ini.
@zulinazizThank you so much @ladysnighthq menemani Honeymoon kami 🥰❤️🥰 . Korang pulak try okies 🤭 Penting sgt @ladysnighthq korang kena ada jugak tau 😍 bestt sgt sbb.. . ✅ Mengetatkan miss V ✅ Rawat keputihan ✅ Hilangkan bau & gatal2 miss V ✅ Rawat masalah kurang ghairah/kekeringan . MAK2, ISTERI2, BUJANG2 SEMUA WANITA BOLEH PAKAI TAU 🥰😍 . Btw…Suami ni kena ikat dia btl2 tau sampai dia nk lekat 24 jam je dgn kita 😍 ANAK DARA pun kena jaga dari sekarang 🥺 Sapu2 je dah siap, kesan sepantas 5-30 minit 😘 Lulus kkm ☑️ . Tekan link pada bio @ladysnighthq @ladysnighthq @ladysnighthq . Order sekarang utk dapatkan YEAR END SALES 🤩, tips memikat hati suami, cara pantas rawat keputihan & byk2 freegift dari @ladysnighthq 🥰💕♬ sonido original – an.mochi
Kongsi Zulin yang kini sedang bahagia berbulan madu di Korea berkata, selepas keguguran Ogos lalu, dirinya sering diasak dengan pertanyaan tentang anak.
“10 bulan usia perkahwinan kami asyik diasak dengan soalan bila nak ada anak. Kami pun macam pasangan yang lain pastinya ingin zuriat.
Ujarnya lagi, mereka tidak akan pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat. Malah, Zulin akan memastikan dia dan suami akan pergi berbulan madu setiap kali mempunyai masa terluang.
Kami tak pernah berhenti berusaha. Sebab tu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama.
Dalam pada itu, bekas penyampai Suria FM ini meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami.
Kami tak pernah berhenti berusaha. Mohon doa yang baik-baik buat kami ya? Penantian harus ada kesabaran kan?
Anak,rezeki dari Allah dan doakanlah yang baik-baik untuk orang lain. Jika Allah belum mengizinkannya usah diasak tentang hal ini kerana ia mungkin memberikan tekanan pada yang menerima. Zulin dan suami tak sampai setahun pun lagi mendirikan rumahtangga, ada banyak lagi masa buat mereka berdua. Doakan yang baik-baik.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.