Petua viral pisahkan anak dengan puting guna kunyit ini dikongsikan oleh bapa ini, Muhammad Zaini Jasni. Anaknya yang usia setahun 6 bulan itu penghisap puting tegar.
Prosesnya memang tak mudah. Ambil masa 6 hari juga nak memujuk anak lupakan emosi rentan ingat puting. Lagi-lagi waktu nak tidur.
“Anak saya seorang penghisap puting yang tegar. Dia mula menghisap seawal usia 2 bulan. Kadar ketegaran dia sehingga hendak mandi pun kena hisap puting.”
“Apatah lagi waktu dia hendak tidur. Puting ibarat candu yang tidak boleh berenggang dari mulut.”
Kata bapa ini lagi, untuk puting anaknya saja dia simpan siap-siap 5 ketul. “Sebab selalu hilang. Simpan dalam handbag, kereta, rumah malah rumah atuk dia.”
Ads
“Kalau tak ada memang masalah.”
Ramai yang menasihatinya. Minta dia pisahkan puting dari anak kecilnya itu. “Kalau tidak dari sekarang pisahkan dia dengan puting, akan datang bila umur meningkat lagi susah.”
Cuba 2 Petua Dulu, Tapi Petua Viral Guna Kunyit Paling Berkesan
“Jadi ada beberapa petua yang saya dan isteri gunakan.”
Pertama : Hilangkan Puting Dari Pandangan
Kaedah ni bertahan selama beberapa jam. Ketika mula bosan, dia mula mencari punting semula. Kami beritahu puting hilang, dia akan menangis dengan kuat. Gagal kali ini.
Ads
Kedua : Lumur Puting Dengan Halia
Isteri saya tumbuk halia halus halus. Kemudian puting tersebut dilumurkan dengan halia tersebut. Selepas digaul dengan sempurna, kami beri kan pada anak. Apa yang terjadi selepas itu, anak saya suka pula hisap dengan halia. Gagal lagi kali ini.
Ketiga : Petua Viral Guna Kunyit
Kami gaulkan punting dengan kunyit. Kali ini perapan lebih lama. Malam ketika hendak tidur kami berikan punting. Kali ini, anak tolak punting tersebut. Siap buat mimik loya dengan muka. Mungkin dia geli lihat puting tersebut dengan warna kekuningan.
Ads
Untuk Petua Viral Guna Kunyit, Prosesnya Ambil Masa 6 Hari
Anak akan merengek, panggil nama puting dia ‘KEKE’. So dia akan merengek ‘KEKE’ sampai terlelap.
1 – 3 Hari Pertama : Nampak dia macam tak selesa. Masa dia merengek ini, saya bagi puting lumur kunyit tu.
4 – 6 Hari Seterusnya : Dia dah start lupa. Cuma time nak tidur je baru minta. Kali ini selang seli dengan putting ada kunyit dengan putting bersih. Surprisingly bila dua-dua dia tolak.
“Video saya ambil tu lepas 2 minggu, dia totally tolak puting dan tak minta lagi.”
Nama ditulis babi oleh barista, wanita mahu saman starbucks. Seorang wanita, Bavitra Ramachandran kesal apabila namanya telah disalah eja oleh barista ketika membeli kopi berjenama terkenal, Starbucks.
Beranggapan hal ini tidak sewajarnya berlaku kerana tiada orang diberi nama pada binatang itu, dirinya mahu mengambil tindakan saman terhadap kedai kopi popular ini.
Nama Ditulis Babi Oleh Barista
Dalam satu hantaran di twitter yang dimuat naik oleh halaman Meanwhile In Malaysia, Bavitra menyuarakan hal memalukan ini ketika membeli kopi di Starbucks semalam.
“Starbucks Malaysia, saya akan menyaman anda!!!! Starbucks Sunway Medical Centre Starbucks Sunway Velocity, takkan awak punya pekerja Melayu tak tahu yang tiada manusia yang namanya bermula dengan babi,” tulis wanita itu.
Wanita Mahu Saman Starbucks
Ternyata ia mendapat perhatian dari rakyat Malaysia kerana barista sepatutnya bertanya untuk ulang kepastian adakah benar nama orang yang memesan bermula dari babi.
Ini kerana tidak wajar nama haiwan ini menjadi pilihan.
Dalam pada itu, selepas hantaran nama ini kecoh di media sosial wujud banyak percanggahan pendapat. Ada yang bersetuju Starbucks disaman kerana ia jelas kelemahan dari pihak barista yang tidak bertanya kali kedua atau lebih.
Masa yang sama, ada yang mempertikaikan tindakan meviralkan isu ini kerana adalah lebih mudah jika kita pergi ke kaunter dan menyuruh barista membuatkan kopi yang lain tanpa meviralkan di media sosial. Ini kerana order yang tinggi dari pelanggan membuatkan barista terlalu sibuk.
Masa yang sama, ada juga tempahan dibuat oleh rakan-rakan yang ingin membuat lawak kerana ia bukan sesuatu yang mustahil untuk pedajal kawan-kawan dengan nama pelik.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Awal tahun 2024, penyanyi kesayangan ramai, Anuar Zain berkongsi berita gembira dengan para peminatnya. Pelantun Lelaki Ini ini berkongsi berita istimewa dan gembira untuk peminat yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah luar biasa dirinya di konsert Anuar Zain 40th Anniversary Oktober lalu.
Anda semua dijemput secara eksklusif untuk terus mencipta momen manis bersama Anuar Zain melalui acara ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL. Lebih istimewa, iadibuka secara eksklusif untuk mereka yang menghadiri AZ40 dan berdaftar melalui JioTix.
ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL terdapat dua sejarah baharu akan dicipta bersama ‘Lelaki Ini.’
Rai ulang tahun ke-53
Ia bukan sahaja menjadi medan apresiasi dari Anuar Zain buat peminat yang selama ini menjadi tulang belakang kariernya sejak 40 tahun lalu tetapi ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL akan menjadi satu-satunya acara eksklusif bintang kesayangan ramai ini disamping meraikan ulang tahun ke-53-nya bersama para peminat tersayang.
Majlis istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2024, bermula jam 3 petang. di JioSpace, Petaling Jaya.
ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL didedikasikan untuk meraikan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert” yang lalu dan bersempena bulan ulang tahun kelahiran Anuar Zain.
“Acara ini juga merupakan tanda terima kasih yang tulus atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima sepanjang kerjayanya dalam industri muzik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif JioBuddy, Sean Ng.
Bukan sekadar acara pertemuan biasa’, malah merupakan bonus berganda buat peminat yang berjaya mendapatkan tiket ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL ialah anda akan dihiburkan dengan 10 lagu daripada Anuar secara eksklusif!
Jangan lepaskan peluang untuk mencipta satu lagi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL.
“Bertemu Anuar Zain, menyambut hari lahirnya, dan menikmati persembahan terbaiknya. Ini adalah cara terbaik untuk memulakan 2024 anda,” kata Sean Ng lagi.
Kepada peminat yang menghadiri Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang lalu, anda boleh mendapatkan tiket utama (priority tickets) ini bermula dari 5 Januari sehingga 9 Januari 2024, 11:59 malam dengan menyemak e-mel anda daripada JioTix. Sila semak e-mel anda, kerana kami akan mengutamakan penghantaran e-mel kepada mereka yang menghadiri AZ40 untuk membeli tiket utama (priority tickets).
Tiket akan dibuka untuk pembelian umum pada 10 Januari 2024. Jadi, dapatkan tiket utama (priority tickets) anda dengan melayari pautan ini: https://www.jiotix.asia/. Tiket dijual berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan bilangannya sangat terhad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak beranak ini mengambil keputusan untuk ambil gambar terakhir berpegangan tangan di ICU setelah dijangkiti Covid-19. Selepas 24 jam ambil gambar, ibu meninggal dunia.
Sudah tentu si anak berharap ibunya tetap di sisi setelah sama-sama dimasukkan ke ICU. Namun takdir menentukan segalanya bila ibunya pergi dulu.
Sebak Ibu Tinggal Beberapa Hari Untuk Hidup
Seorang anak di London, tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa ibunya hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hidup setelah mereka dijangkiti Covid-19.
Laporan Metro.co.uk memberitahu, dua beranak itu dikenali Anabel Sharma, 49, dan Maria Rico, 76, dimasukkan ke hospital pada pertengahan Oktober lalu sebelum ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) di London disebabkan kesukaran bernafas.
Dua minggu kemudian, pasangan berkenaan disatukan dalam bilik yang sama setelah melihat kesihatan Maria mengalami kemerosotan teruk.
Ambil Gambar Terakhir Berpegangan Tangan Di ICU
Sebelum pemergian Maria, Anabel telah mengambil gambar terakhir mereka sambil berpegangan tangan di ICU.
Tanpa diduga, selepas 24 jam, Maria akhirnya meninggal dunia pada 1 November lalu.
Mengimbau kembali pengalaman itu, Anabel mengakui itu adalah memori paling sedih yang dirasainya kerana kehilangan ibu tersayang akibat Covid-19.
Selepas 24 Jam Ibu Meninggal
“Semasa di dalam ICU, kami tidak boleh berbual seperti biasa kerana masing-masing memakai peralatan oksigen. Jika membukanya, oksigen akan berada
pada paras rendah, sekali gus menyukarkan untuk kami bernafas.
“Kami ada juga berbual tetapi menggunakan jururawat sebagai perantaraan,” katanya pada Ahad.
Anabel yang menghidap asma menghabiskan lima minggu dalam rawatan intensif dan menyaksikan pengebumian ibunya melalui skrin layar dari biliknya.
Ibu kepada tiga anak itu telah berkongsi kisah duka berkenaan di laman sosial Facebook Humans of Covid-19 yang diwujudkan oleh seorang doktor London bernama Benji Rozen untuk meningkatkan kesedaran mengenai realiti wabak Covid-19 kepada masyarakat.
“Saya terpanggil untuk berkongsi kisah ini dengan orang ramai. Ia boleh dijadikan iktibar selain meningkatkan kesedaran betapa bahayanya Covid-19,”
MW: Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua, ternyata virus Covid-19 tidak mengenal sesiapa pun. Oleh itu dalam keghairahan kita bebas ke sana, sini beringatlah bahawa nyawa mak ayah serta keluarga lebih penting daripada segalanya.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...