duit

Apabila melibatkan duit biasanya ramai yang rambang mata. Namun jika memiliki sifat jujur, amanah dalam diri serta tahu dosa dan pahala segala amalan akan dihisab kelak, tak kiralah berapa pun jumlahnya banyak atau sedikit, seseorang takkan ambil jika ia bukan hak dan miliknya.

Buntu selepas usahanya menjejaki seorang lelaki yang dipercayai tersilap memasukkan wang ke dalam akaun bank syarikat suaminya gagal, seorang ustazah terpaksa meminta pertolongan netizen untuk mencari pemuda itu.

“Sesiapa yang mengenali saudara Mohd Redha bin Mohd atau beliau sendiri membacanya mohon hubungi saya segera, beliau telah silap transfer duit untuk ibunya ke akaun syarikat suami,kami sudah berurusan dengan pihak bank tetapi mereka tak boleh cari beliau”.

“Wang Ini Bukan Milik Kami..” Ustazah Cari Pemilik ‘Duit Mak’ Tersilap Transfer Akaun

Transaksi Menerusi Mesin ATM

Pada 6 September, pemilik akaun bank bernama Mohd Redha Mohd dikatakan telah memasukkan wang dipercayai untuk ibunya berjumlah RM300 ke akaun syarikat suami ustazah berkenaan, Fatimah Salma Mohammed.

Fatimah Salma berkata, suaminya hanya menyedari tentang perkara itu selepas menerima penyata akaun daripada pihak bank baru-baru ini.

IKLAN

“Suami saya pergi bank bertanya tetapi bank tak dapat bagi maklumat kerana menurut kakitangan di sana transaksi dibuat di mesin ATM.

“Kata pihak bank, kena tunggu individu itu menuntut wang tersebut kerana pihak bank tidak boleh berikan butiran pelanggan, tapi kami hairan macam mana dia (Mohd Redha) nak cari kami?,” katanya.

Wang Bukan Milik Kami

Tambah wanita yang berpengalaman menjadi guru selama 20 tahun itu, suaminya sudah bertanya dengan banyak pihak dan mengamanahkannya untuk mencari individu tersebut dengan apa cara sekali pun.

Ini kerana, pasangan itu menganggap wang berkenaan bukan milik mereka.

IKLAN

“Wang ini bukan milik kami, apa lagi tertera perkataan ‘duit mak’.

“Sedih kami membayangkan duit itu untuk ibu sendiri yang mungkin sangat memerlukan.

“Bagaimana jika kami tiba-tiba dijemput Allah, apa nasib kami nanti?,” ujarnya.

“Wang Ini Bukan Milik Kami..” Ustazah Cari Pemilik ‘Duit Mak’ Tersilap Transfer Akaun

IKLAN

Sedekah Duit

Menurut Fatimah Salma, dia berniat untuk menyedekahkan wang sebanyak RM300 itu kepada golongan yang memerlukan sekiranya segala usaha mereka untuk mencari pemuda tersebut gagal. Namun, dia dan suami tetap akan mengembalikan wang itu seandainya lelaki berkenaan tampil untuk menuntut wang tersebut.

“Saya harap orang ramai yang mengenalinya atau dia sendiri yang membaca tentang perkara ini dapat menghubungi kami.

“Wang ini menjadi satu bebanan untuk kami, semoga Allah permudahkan,” katanya yang mengajar di Seremban 2.

MW: Tahniah buat Ustazah ini kerana bersikap jujur dan berusaha mencari individu yang tersilap transfer duit ini dengan apa juga cara.Semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat bertemu kembali dengan pemiliknya. Semoga ramai pihak dapat kongsikan artikel ini, bantu war-warkan iya semoga berjumpa pemilik akaun yang asal.

Sumber:Mstar, Fatimah Salma Mohammed

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI