Selepas empat tahun, akhirnya Yem bakal ada adik.. kawan bermain. Kongsi pelakon, Nad Zainal anak pertamanya itu bakal menjadi abang Long. Serentak mengumumkan berita gembira, hamil anak kedua yang sudah pun berusia empat bulan.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 30 yang semakin berseri-seri juga memohon doa. Agar kehamilannya kali ini semudah sewaktu mengandungkan Yem atau nama penuhnya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq.
Doakan Kali Kedua Ini, Semudah Yang Pertama
“Alhamdulillah.. doakan perjalanan kali kedua ini semudah yang pertama.. Yem nak jadi abang.”
Bagaimana pun, Nad menolak kemungkinan cakap-cakap orang yang kandungan keduanya itu adalah ‘baby PKP’
Ads
“Semua orang cakap baby PKP (Perintah Kawalan Pergerakan, BUKAN. Masa PKP tak ada masa ‘buat’ (seloroh).”
Sememangnya Nad, dah ada perancangan nak tambah anak sama ada tahun ini atau tahun depan. Lagipun, Yem dah besar. Dan, berita kehamilannya pun cuma diketahui selepas dua minggu dia menjalani pengambaran dengan Remy Ishak dan Mimi Lana untuk drama Hati Yang Tersakiti.
Akui Nad, kehamilannya ini tak memberi sebarang alahan padanya. Elok saja dia menjalani kehidupan macam hari normal.
Malah, Nad masih menjalani pengambaran drama bersiri dan sebaik selesai drama lakonannnya kali ini, Nad masih berhasrat untuk mengambil kerja-kerja yang mudah.
Soal jantina anak pun tak jadi masalah buat Nad. “Jauh di sudut hati saya mahukan anak perempuan.” Apa pun, doanya tetap mahukan bayi dalam kandungannya ini sihat.
Ads
“Kalau lelaki pun tak apa.”
Moga doa Nad dan suami mahukan anak perempuan Allah makbulkan.
Untuk rekod, Nad dan suami, Muhammad Faliq Amiruddin mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.
Semua orang boleh berniaga, tetapi tidak semua mampu mempertahan dan mengendalikan perniagaan yang menguntungkan saban tahun, dapat pula berkongsi rezeki dengan orang lain dan melahirkan ramai usahawan baharu.
Hari ini kita menyaksikan ramai usahawan Melayu yang dahulunya bukan siapa-siapa kini memiliki empayar perniagaan hebat setanding dengan usahawan bangsa Cina yang cukup handal dalam perniagaan.
Siapa tidak kenal jenama Chocodap’s, Faith Fleur, Masak-Masak Cekyana, Teh Ais Pyorr , Anggun Cotton Collection dan banyak lagi jenama tempatan lain. Acapkali kita mendengar iklan mereka di radio atau melihat di kaca televisyen, media sosial dan billboard.
Jutawan Milennial Agresif
Mereka ini adalah barisan usahawan millennial yang mempunyai pendekatan agresif dalam mengembangkan perniagaan. Dan hasilnya memang ramai yang telah mancapai taraf jutawan pada usia muda.
Kita yang melihat tumpang gembira dan berbangga namun hanya mereka dan keluarga terdekat sahaja yang tahu susah senang untuk mendaki puncak kejayaan. Ia bukan dicipta sehari dua sambil goyang kaki. Tentu banyak pengalaman berharga mereka kutip sepanjang pendakian.
Apa rahsia mereka? Apa yang mereka lakukan? Apa ilmu-ilmu yang diamalkan? Siapa yang susah senang bersama mereka? Apa dugaan dan keperitan yang dilalui? Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021, Jam 2 petang – 6 petang secara virtual.
Penganjuran julung kali ini menghimpunkan beberapa nama besar dalam dunia perniagaan bisnes viral. Mereka yang asalnya hanyalah manusia biasa tetapi mempunyai keazaman tinggi untuk ubah taraf hidup agar maju, kaya dan berjaya.
Pernah kah kita terfikir bahawa, dengan hanya berniaga minuman teh ais boleh menjana pendapatan ratusan ribu sebulan? Yang tidak terbayangkan itu lah telah direalisasikan oleh Muhamad Amle Rusbadrol, 37 pengasas Teh Ais Pyorr telah bertapak kukuh sebagai satu jenama minuman popular hari ini setelah berada di pasaran pada 2017. Anak kelahiran Teluk Intan, Perak ini, nekad bersama isteri berhenti kerja dan beniaga air di tapak pasar malam semata-mata untuk melangsaikan hutang yang menimbun.
Perniagaan menjual teh ais diusahakan mendapat sambutan luar biasa dan kini, dia sudah mampu tersenyum lebar apabila perniagaan kecil-kecilan berkembang maju dan mempunyai ramai peniaga kecil bernaung di bawah jenama Teh Ais Pyorr. Bukan sahaja dia mengembangkan bisnes namun dalam masa sama mencipta laluan rezeki kepada orang lain.
Dan sesungguhnya ini lah juga kunci keberkatan dalam perniagaan para CEO dan pengasas Chocodap’s, Masak-masak Cekyana yang terkenal dengan oden viral, Faith Fleur jenama penjagaan rambut wanita dan Anggun Cotton Collection jenama pakaian wanita daripada kain kapas premium pada harga mampu milik yang akan bersama-sama berkongsi pengalaman dalam Webinar Eksklusif CEO Bisnes Viral anjuran Mingguan Wanita.
Antara CEO dan pengasas bisnes viral yang akan berkongsi pengalaman menarik dan rahsia kejayaan mereka ialah ;
Encik Muhamad Amle Rusbadrol, pengasas Teh Ais Pyorr
Cekyana pengasas Masak-masak Cekyana
Encik Farhan Zainuddin, Ketua Eksekutif dan Pengasas Bersama Chocodap’s
Puan May Sarah, Pengasas Chocodap’s
Puan Noraini Hanipah dan puan Norafizah Hanipah, dua adik-beradik yang mengasaskan Anggun Cotton Collection
Puan Siti Mariam Abd. Samad, Pengasas Faith Fleur
Setiap mereka mempunyai kisah suka duka tersendiri. Namun mereka berkongsi prinsip perjuangan yang sama iaitu istiqomah untuk terus maju. Webinar turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara bersama iaitu Coach Zul dan Master Noorul, pengasas bersama IQP Solution yang telah berjaya melatih lebih 25,000 usahawan online.
Yuran penyertaan hanyalah RM25 bagi memberi peluang lebih ramai peserta mengenali mereka lebih dekat. Selain itu, peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tajaan para CEO yang menyertai webinar ini. Dengarkan secara eksklusif perjalanan dan pengalaman hidup dan perniagaan mereka.
Daftar segera ke webinar ini. Perkongsian yang sangat berharga dan tidak ternilai dan eksklusif. Untuk pertanyaan sila hubungi sekretariat : 0196328758
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita :https://t.me/bangkitwanitaMW
Wanita terselamat ajal, dirempuh treler dipandu laju turun Bukit Putus, Kuala Pilah. Satu perkongsian video yang memaparkan insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah trelar yang dipandu laju hingga makan jalan laluan bertentangan sebelum merempuh kereta Alza yang dipandu seorang wanita.
Wanita Terselamat Dari Ajal
Dalam rakaman dashcam yang dikongsikan oleh pemandu lain jelas trelar itu dipandu laju ketika menuruni Bukit Putus, Kuala Pilah yang merupakan kawasan hotspot panas berlakunya kemalangan termasuk kemalangan maut.
Beginilah keadaan Alza, yang dirempuh trelar agak remuk.Trelar ini bukan saja dipandu laju semasa turun bukit Putus tapi juga memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam bahagian belah kiri Alza.
Video berdurasi 25 saat yang dimuat naik di Twitter @SenawangTV itu dipercayai berlaku di Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu lalu.
BUKIT PUTUS – Kemalangan telah berlaku di laluan Bukit Putus – Seremban membabitkan kereta & lori treler sekitar jam 2 petang semalam.
Dirempuh Treler Dipandu Laju Turun Bukit Putus, Kuala Pilah
Ramai yang beranggapan bahawa kemalangan itu boleh membawa kepada kematian tapi diberitakan pemandu kereta Alza, seorang wanita teselamat walau keretanya remuk sama sekali.
Berpantang maut sebelum ajal. Beginilah keadaan wanita yang memandu Alza yang pastinya trauma dengan kejadian ini
Jelas pemandu trelar berkenaan membahayakan orang ramai kerana ia dipandu laju sebelum memasuki laluan bertentangan. Syukur juga nyawa pemandu selamat, berpantang maut sebelum ajal.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiada jalan mudah nak cantik dan kekal sihat. Hakikatnya semuannya perlukan usaha daripada diri sendiri baik daripada segi pemakanan yang betul dan gaya hidup yang aktif.
Baru-baru ini Dr Nur Amalina Che Bakri,31 ada memuat naik status dilaman sosial twitter mengenai cara dirinya mengekalkan kesihatan dan kekal aktif.Menurut Dr Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di ‘The Royal College of Surgeons’ di England, sebenarnya tidak perlu pun mengamalkan air detoks, alkali dan sebagainya, memadai mengamalkan meminum air masak, makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta melakukan rutin senaman setiap minggu.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Tidak payahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini. Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK pun, kami minum air paip je. Saya makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” katanya.
Beliau turut menambah, hasil dari amalan tersebut, beliau mampu mengekalkan tenaga dan dapat melakukan kerja sebagai doktor dengan sangat baik.
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif, bertenaga dan sihat. Tolong jangan obses dengan mengambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
Jadi buat wanita yang nak kekal aktif dan sihat boleh tiru 3 amalan kecantikan yang dikongsikan oleh Dr Amalina ini. Mudah je dan ia sebenarnya adalah amalan kecantikan asas dalam kehidupan kita.
Info Ekstra!
Dr Nur Amalina Che Bakri,31 merupakan graduan lulusan University of Cambridge dan pernah menimba pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust pada tahun 2013-2015.
Merupakan pelajar cemerlang keputusan peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1 serta melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom, England. Mengejar cita-cita menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik suatu hari nanti.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...