Ada sesetengah anak kecil suka tidur malam dengan pasang lampu dan tanpa ambil tahu risikonya, mak ayah ikutkan kehendak anak dan akhirnya jadi tabiat!
Rutin ini sebenarnya tak bagus, boleh mengundang bahaya sekaligus mampu menjejaskan tahap kesihatan anak-anak untuk jangka panjang. Malah ia juga boleh mengakibatkan risiko penyakit kanser.
Menurut beberapa kajian yang dijalankan, tidur dalam keadaan cerah atau ketika lampu terpasang akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin. Hormon Melatonin merupakan salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser. Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah.
Bukan itu sahaja, tidur dengan lampu menyala juga mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu dan otak tidak dapat berehat sepenuhnya. Kesannya, anak-anak akan mengalami gangguan tidur yang akhirnya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme tubuh.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan lampu ditutup terlebih dahulu. Bukan saja dapat menjimatkan bil elektrik tapi baik untuk kesihatan.
Ads
Kebaikan tidur dalam gelap :
Baiki sel-sel yang rosak
Tubuh kita memerlukan suasana yang gelap dan tenang untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau mati.
Ads
Tidur Lebih Lena
Tidur dengan lampu dipadamkan adalah tidur yang lebih selesa dan lebih tenang berbanding tidur dengan lampu terpasang.
Tubuh kita hanya akan aktif mengeluarkan hormon melatonin apabila berada dalam suasana gelap. Hormon Melatonin ini diperlukan oleh badan kita untuk mencegah penyakit seperti leukemia dan kanser.
Jimatkan tenaga elektrik
Menutup lampu sebelum tidur pastinya mampu mengurangkan bil elektik di rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Allah… berat sungguh ujian penghidap kanser mata ini, masih kecil tetapi perlu gagah memikul rasa sakit yang dilalui. Untuk yang sudi menolong, mohon sangat panjangkan perkongsian daripada Wan Shahriza ini agar sampai pada yang mampu dan mahu menghulur sedikit sumbangan buat keluarga ini demi kelangsungan hidup.
Saya ingin merayu bantuan kewangan. Atas nama kemanusiaan…
NUR AIRIS ARISSA
Bilateral Retinoblastoma.
Kali terakhir saya menemui Arissa ialah dlm bulan Mei lalu. Waktu itu Arissa sedang menjalani rawatan radioterapi lebih 20 kali di HKL. Saya mengambil kesempatan mengunjungi Arissa di Rumah Kanser kerana kebetulan waktu itu saya dan beberapa org teman ke KL menziarahi adik Auni di KK3 dan arwah Ummu Atifi Ilhami yg sedang terlantar sakit, juga kerana kanser di Shah Alam.
Arissa sedang bermain pintu.(lihat video).
Membuka, menutup dan menolaknya ke dinding utk menghasilkan bunyi. Persis Ijjat saya. Saya merakamkan aksi Arissa. Ada rindu yg tak terjelaskan.
Arissa juga ialah anak terpilih seperti Ijjat, yg teruji getir dengan Bilateral Retinoblastoma, kanser mata yg menyerang bhgn retina mata. Mata Arissa juga sudah dibuang, sebagai ikhtiar mengelakkan sel kanser merebak ke organ2 badan yg lebih vital. Dan seterusnya membantu meningkatkan peluang survivalnya.
Bagaimanapun, sudah tertulis perhitungan takdir utk Arissa. Sel2 kanser sudah merebak ke bahagian pipi dsn hidung. Malah ada ketumbuhan yg muncul di bhgn mata yg sudahpun dibuang.
Prognosis yg tidak menjanjikan utk Arissa. Seorang teman saya, seorang doktor, yg membaca laporan medikal terhadap perkembangan Arissa mengesan skeptism di situ. Seolah2 pihak hospital juga tidak tahu apa lagi yg hendak dilakukan utk Arissa.
Alternatif yang kelihatan ada, walau tidak kedengaran sangat meyakinkan, ialah untuk membuat major surgery yg akan menyebabkan berlaku extensive damage kepada struktur muka Arissa. Satu usaha yang akan memaksa pula prosedur2 kosmetik dan pembetulan yang lain yang panjang dan menyakitkan. Dan lebih dari itu, pihak doktor juga bagaikan tidak boleh memberi sebarang jaminan untuk kejayaan prosedur ini.
Gambar di atas ialah gambar terbaru Arissa. Ketumbuhan di mata sudah membesar demikian cepat. Di rongga hidungnya, juga sudah mula ada ketumbuhan lain.
Pengasuh yg menjaganya sudah menyuarakan resah dan risau utk terus menjaga Arissa. Tambahan lagi, ketumbuhan baru di mata dan hidung mengeluarkan bau busuk yg pastinya memberi rasa ketidaselesaan kepada orang2 lain di persekitaran.
Ibu Arissa, Rosmaniza Salleh sudah menyerahkan permohonan cuti tanpa gaji utk menjaga Arissa sepenuhnya. Amat mengerti saya pada gelodak resah seorang ibu dalam mengharungi detik2 suķar yg penuh ketakutan dan ketidakpastian ini. Meski mengambil cuti tanpa gaji juga ialah keputusan sukar untuk Ros kerana ianya menghentikan sumber pendapatan utk kelangsungan hidup keluarga, namun saya percaya, seorang ibu akan menolak hatta seluruh dunia dan isi kandungannya, untuk masa2 emas bersama seorang anak yg usianya sudah diangkakan oleh prognosis penyakit terminal bernama kanser. Sementelah lagi, Arissa cahaya mata tunggal.
Saya ingin merayu insan2 budiman yg mungkin tersentuh rasa kemanusiaan, utk menyumbang sedikit bantuan kewangan utk ibu Arissa yg nanti tiada pendapatan utk menampung kos sara hidup keluarga dan juga kos2 lain utk penjagaan Arissa.
Bagi tujuan monitoring sumbangan bagi memastikan jumlah yg cukup disalurkan kpd keluarga Arissa secara berperingkat, sumbangan2 ini akan ditumpangkan ke akaun Bendahari Kumpulan Kejiranan Syurga 3, seperti maklumat di bawah:
Sila pm saya atau catatkan terus di ruangan komen bahawa anda telah membuat sumbangan agar rekod dapat diselaraskan dgn Pn Mazlinda.
Anda juga boleh menghubungi ibu Arissa jika ingin menyumbang terus kpd keluarga.
Jom bantu anak ini agar perjalanan merentasi ujian kanser ini tidak dilaluinya bersendirian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa yang tak jatuh hati melihat keletah dan kecomelan Yusuf Iskandar, anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini.Disebalik tumbesaran Yusuf yang sihat dan bijak rupanya, Hanis Zalikha rajin menyediakan resipi-resipi mudah untuk hidangan anak kesayangannya.
Berikut antara resipi sihat dan mudah yang mak-mak sendiri boleh cuba!
RESEPI 1: Nasi Lembik, Lobak dan Sup Jernih Ikan Bilis
Cara Menyediakannya:
“Nasi lembik + sup jernih bawang ikan bilis tumis minyak zaitun + lobak (buat pegang dan gigit-gigit). Lobak dimasak sekali di dalam sup sampailah ia lembut. Kalau Yusuf makan brokoli pun sama cara memasaknya.”
RESEPI 2: Bayam yang distim, Cendawan Tumis dan Ayam
Cara Menyediakannya:
“Hanis gunakan nasi + millets (lihat biji-biji kuning yang ada dekat nasi) + bayam yang distim + cendawan tumis + ayam + bawang.”
RESEPI 3: Nasi, Ayam Tumis Minyak Zaitun dan Kepingan Keju Nipis
Cara Menyediakannya:
“Nasi + ayam (ditumis terlebih dahulu dengan minyak zaitun) + edamame (direbus) + kepingan keju nipis (untuk rasa lemak masin). Anak-anak makan apa hari ini?”
RESEPI 4: Nasi, Brokoli, Isi Ayam dan Cendawan
Cara Menyediakannya:
“Pagi ini, first time nak bagi Yusuf makan mushroom and also for the first time ever, nak saute his food. Nasi + broccoli + ayam stim macam biasa. Mushroom je saute dengan minyak zaitun. Lepas itu campurkan bersama dan kisar halus.”
RESEPI 5: Nasi, Ayam, Brokoli dan Batang Seleri
Cara Menyediakannya:
Nasi + ayam + brokoli + batang seleri, kesemuanya distim terlebih dahulu, kemudian dikisar. I loveeee celery in Yusuf’s food! Anak-anak makan apa hari ini?”
RESEPI 6: Serbuk Ikan Bilis Sangai
Cara Menyediakannya:
“Chef Mommynis tengah sangai ikan bilis, nak buat serbuk ikan bilis untuk ditabur dalam makanan bayi. Akhirnya nak introduce rasa sedap-sedap sikit dekat Yusuf. Cuma perlu kopek ikan bilis untuk buang tahi + basuh bersih + rendam seketika untuk kurangkan rasa masin. Kemudian toskan ikan bilis dan sangai di dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu, kisar halus dan simpan di dalam bekas pilihan.”
RESEPI 7: Nasi Tomato Versi Baby Yusuf
Cara Menyediakannya:
“Ini Nasi Tomato versi bayi. Hanya perlu stimkan, kemudian kisar kedua-duanya. Anak-anak makan apa untuk tahun baru ni? ini soalan favourite sebab dapat banyak idea daripada mommies lain!”
RESEPI 8: Nasi Lembik, Brokoli dan Serbuk Ikan Bilis Buat Sendiri
Cara Menyediakannya:
“And this is my friend… the best meal in the world! Siap masa mengandung sempat mengidam dan masak ini lagi. Ni anak dah keluar pun duk masak lagi. Nasi + brokoli + serbuk ikan bilis untuk baby Yusuf dan Mommy (sikit)…”
RESEPI 9: Avokado, Bayam dan Oat Organik
Cara Menyediakannya:
“Pagi-pagi lagi Chef Mommynis sudah sediakan ini untuk baby Yusuf. Avokado + sayur bayam organik + cooked organic oats. Lepas itu kisarkan ia halus-halus supaya cukup untuk jadi puree pagi dan puree petang.”
Perghhhhh… Teh Beng Vanilla ini punya bau dan rasanya memang kena taste! Boleh ketagih sampai nak minum setiap hari. Lagi bagus, anda boleh jual sebab rasanya luar biasa. Haaa… kalau nak buat bisnes boleh jual dengan harga Rm3 gelas biasa. Tak cuba tak tahu tapi inilah resepi istimewa daripada Puan Rusmida Rusdi...
Teh lipton – 5 uncang
Perasa Vanilla – setengah penutup
Air masak – 4 cawan besar
Susu cair – Suku tin
Susu pekat – 6 sudu
Gula – 1 sudu
Perisa jagung – 1 sudu
Halia untuk kurangkan angin dalam bodi
Beledor hitam ( Agar-agar )
Ais Krim vanilla
– Panaskan air. Masukkan uncang teh.
– Biar sehingga warna bertukar pekat.
– Masukkan susu cair dengan susu manis.
– Kemudian masuk perisa vanila.
– Masukkan gula last.
– Biarkan mendidih.
– Kacau rata.
– Warna dan rasa puas hati tutup api.
Mak-mak boleh buat bisnes kalau anda suka!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Satu pesanan yang berguna daripada pelakon, Zila Bakarin buat golongan wanita yang terjebak dalam perkahwinan toksik. Belajar melepaskan dan jangan terus tunggu 'suasana' berubah.