Sesungguhnya mak ayah bahagialah dengan cara sendiri, tak perlu banding cara kita dengan amalan orang lain.
Setiap pasangan tentu sahaja ada cara tersendiri untuk melengkapkan pasangan masing-masing. Jadi hargai dan terimalah pasangan seadanya kerana itulah “pasangan” kita.
Kongsi Azlan Noor, suami jangan sekali-kali bandingkan apa yang arwah Siti Sarah buat dengan apa yang isteri kita buat.
Setiap Orang Berbeza
Saya ada tengok video arwah pakaikan suami dia stokin sebelum keluar rumah. Pakaikan kasut juga. Saya juga baca betapa arwah sangat banyak amalan-amalan yang dia buat. Solat malam, solat sunat. Baca Al-Quran.
Saya dapat tahu arwah sangat banyak bersedekah. Banyak buat kerja amal. Bantu orang susah dan kurang.
Namun, itu semua adalah amalan yang dia lakukan ikut kemampuan dia. Semua itu ada bahagian untuk arwah.
Benar, isteri kita tak pakaikan stokin untuk kita. Tak bangun tahajud setiap malam. Tidak baca Al-Quran setiap hari. Tak bersedekah setiap orang susah.
Bahagialah Dengan Cara Sendiri
Namun isteri kita itulah,
Yang bertarung nyawa lahirkan zuriat kita. Parut bersalin masih berbekas lagi di perut jika hendak tengok bukti.
Dialah yang paksa diri untuk rajin bangkit setiap hari masakkan makanan kegemaran suami dan anak-anak.
Yang kawal diri dari marah sebab stres jaga anak-anak dan kemaskan rumah selepas disepahkan.
Yang tak jemu cuci dan siapkan pakaian ahli keluarga dia. Basuh, jemur, lipat, basuh lagi. Tak pernah habis kitarannya.
Malah, dia yang tak pernah merungut walau suami hanya mampu sediakan keperluan asas. Sanggup bersusah payah dari awal perkahwinan sampai keluarga sudah makin bertambah.
Yang tak pernah lekang dari mulut setiap hari berdoa kebaikan dan dipermudahkan urusan suami dan anak-anak dia.
Ads
Dan dialah isteri yang tak pernah langgar arahan suami. Sentiasa taat suami, tak culas jaga kehormatan diri, suami dan keluarga. Amanah pelihara harta dan milikan keluarga.
Ikut Kemampuan Sendiri
Saya sendiri, tak harapkan Surihati pakaikan stokin. Tak berkehendak Surihati layan saya umpama raja. Saya tak inginkan dia berubah semata-mata ikut apa yang orang buat.
Sebab saya tahu, apa yang dia telah buat selama ini sudah cukup banyak dan tak mampu saya bayar dengan wang.
Hanya redha dan doa saya panjatkan kepada Tuhan supaya ganjarkan Surihati saya dengan sebaik-baik ganjaran. Semua itu dah cukup untuk saya reda dengan dia.
Tak Perlu Banding Cara Kita Dengan Amalan Orang Lain
Insyallah kita semua bahagia dengan cara sendiri. Tak perlu banding amalan kita dengan amalan orang lain.
Setiap orang ada bahagian masing-masing
Setiap orang ada lebih dan kurang.
Kita boleh jadikan apa yang arwah buat sebagai inspirasi.
Namun jangan kita lupakan terus segala apa yang isteri kita telah korbankan dan usahakan atas keluarga kita.
Kita tambahbaik atas apa yang kita suami isteri telah kerjakan, supaya Allah reda dengan amalan tersebut sehingga Allah rahmati kita dengan Syurga-Nya.
Ads
Insyallah.
Silakan follow —> Azlan Noor supaya tak terlepas baca kisah keluarga, inspirasi dan santai. Terima kasih ye.
Mingguan Wanita : Suami isteri ini sebenarnya ditakdirkan hidup bersama untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Tiada yang sempurna sebaliknya melengkapkan kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain. Sebaiknya, mak ayah bersyukurlah jika pasangan masih ada disisi, hargailah sebaiknya selagi masih punya waktu.
Perpisahan bukanlah pengakhiran hidup. Malah, hidup lebih baik selepas berpisah, bila dapat lalui hidup tanpa fikirkan hati dan perasaan orang lain.
Jika timbul masalah dalam rumah tangga, puas bertahan namun masih berantakan. Oleh itu noktahkan saja kerana soal jodoh ini bukanlah boleh dipaksa-paksa apatah lagi hanya sebelah pihak saja yang berusaha menyelamatkan rumah tangga.
Ternyata ramai juga di luar sana , mengecap bahagia dan lebih berjaya bila hidup sendiri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan ketahui mengapa hidup “single” kadang-kadang lebih bahagia.
Hidup Lebih Baik Selepas Berpisah
Ramai yang bila berpisah, hidup dia lebih baik daripada sebelumnya…
Orang kata, itu caranya dia balas dendam dekat bekas pasangannya… Dia hendak tunjuk pada bekas pasangan dia bahawa dia pun boleh hidup dan berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan atau bergantung pada siapa-siapa…
Dia pun boleh berjaya dan bahagia…
Bagi saya, saya tidak nampak itu sebagai satu bentuk balas dendam mahupun hendak tunjuk-tunjuk… Tapi hidup macam itulah yang dia inginkan…
Hidup macam itulah yang dia dambakan… Bila sudah berpisah, baru dia ada ruang dan peluang untuk capai semua itu…
Dia bukan lakukan semuanya disebabkan dendam atau pun hendak menunjuk…
Dapat Tentukan Hidup Dengan Bebas
Dia sedang menikmati hidup dia… Juga dia sedang mencapai cita-cita dia… Dan dia sedang mengejar impian dia… Tiada yang menganggu dia, menghalang dia atau pun membuatkan dia terikat dengan itu dan ini…
Dia bebas untuk memilih, dia bebas untuk buat keputusan akan apa yang terbaikuntuk dirinya sendiri…
Oleh sebab itu dia boleh berjaya, sebab itu juga kini dia bahagia… Dia lalui hidup dengan seikhlas hati tanpa perlu memikirkan hati orang lain lagi…
Mingguan Wanita : Bergelar duda atau janda bukanlah satu masalah, sebaliknya hargai kehidupan baharu mak,ayah dan lakukan segala impian yang selama ini terpendam dan terhalang. Insyallah hidup mak-mak akan lebih baik selepas itu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Biasa dengarkan mak-mak yang akan berkongsi rutin hariannya yang dah macam ‘tangan sotong’. Buat semua perkara dalam satu masa, di hujung cerita mak akan luah perasaan; maklumkan habis tenaga.. PENAT, KELETIHAN.
Dan sebab mak-mak rasa dia ada ‘tangan sotong’ inilah yang buat mak nak jadi superwoman. Buat semua perkara yang sempurna di pandangan matanya. Yang mana, akhirnya semua usaha itu membuatkan perasaan mak-mak makin tertekan, stress, penat dan akhirnya TAK KE MANA.
Percayalah.. Kerana nasihat yang cuba disampaikan oleh Mastura Abu Bakar, mantan pensyarah di MSU yang juga pemilik Parenting Cafe ini ada banyak benarnya.
Sebab apa? Hakikatnya, tangan mak-mak sebenarnya cuma ada 2 saja. Dan sebab inilah mak-mak kena belajar ‘Let Go’ perasaan. Caranya?
Belajar Let Go Perasaan
Sejak ada anak no.3 ni, saya belajar let go perasaan. Macam ni..
Tangan kita ada dua je. Tapi nak uruskan banyak perkara. Rasa nak buat semua benda. Tapi masa tak cukup.
√ Rumah bersepah. Sakit mata.
√ Mainan merata-rata. Terpijak-pijak.
√ Pinggan tak basuh. Sinki penuh.
√ Baju menggunung. Tak basuh. Tak lipat.
√ Parcel nak dipos masih tak berbungkus.
√ Lauk masih tak masak.
√ Anak tak mandi lagi.
√ Diri sendiri tak mandi lagi.
√ Pm customer tak berbalas lagi.
√ Aktiviti anak-anak tak prepare lagi.
Panjangnya to do list. Stresssss sangat fikirkan.
Last-last kita baring. Tak dapat buat apa-apa sebab serabut. Langsung tak produktif. Mood ke laut. Marah anak-anak. Marah suami.
Sebab apa? Sebab kita nak semuanya perfect.
Badan Kita Satu, Tangan Kita Cuma Ada 2 Saja
Rumah tersusun rapi. Mainan kemas tersimpan. Sinki bersih. Baju berlipat. Bakul kain kosong. Anak-anak dah siap wangi awal pagi. Lauk masak yang sedap-sedap. Aktiviti anak-anak dah well-prepared.
Kesian lah kat diri sendiri. Badan kita ada satu je. Tangan kita ada dua je.
Berbaloi ke rumah kemas tapi diri sendiri tak happy? Penat. Emo. Overthinking.
Kita fikir, kita terlebih fikir. Kita jadi letih. Kita jadi tertekan. Kita rasa kita gagal sebab tak boleh selesaikan semua. Rasa diri tak berguna.
Berbaloi ke? Tak berbaloi kan?
Tak Apalah Mak-mak.. Kalau Semua Tak Siap
Jadi sayangi diri sendiri. Buat sikit-sikit. Let go perasaan nak perfect. It’s okay kalau semuanya tak siap, tak apa. Buat yang penting sahaja dulu. Kalau ada masa buat la.
Ambil masa. Take a breath.
Pujuk hati. Raikan kejayaan yang kecil. InsyaAllah kita tenang.
Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Lisdawati,40 dan suaminya, Fauzi Nawawi,45 yang baru sahaja menimang cahayamata keempat mereka malam tadi.Tidak seperti kebanyakan para selebriti yang suka mengumumkan kehamilan di awal trimester, bagi Lisdawati lebih selesa ‘merahsiakan’ kehamilan tersebut sehinggalah bayi selamat dilahirkan.
Pengumuman kelahiran bayi lelaki mereka dikongsikan didalam akaun Instagram Lisdawati sendiri apabila memuat naik, tag bayi memaparkan maklumat kelahiran bayi.Lisda telah melahirkannya secara normal (SVD) di Hospital Pakar Al Islam pada jam 10.23 malam tadi dengan berat bayi 3.54kg.
Disamping gambar tersebut; Lisda turut berkongsi kapsyen pendek “Syukur Alhamdulillah Atas Doa Semua..”
Didalam posting sebelum ini, Lisdawati juga ada memohon maaf jika ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan dirinya, serta meminta agar mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
“Assalamualaikum semua.. dikesempatan ini saya nak minta maaf pada semua yang mengenali diri kerdil ini . Jika ada kesilapan atas kekhilafan saya sebagai hamba Allah swt.Mohon seribu kemaafan.Doakan saya di permudahkan segala urusan.”
Ramai yang mendoakan pelakon ini selamat bersalin tidak kurang juga mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi keempat tersebut.
Terdahulu, pasangan bahagia ini telah 11 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki 3 orang anak, Nur Aina Farhana, 10 dan Nur Aina Fazneesya, 9 dan Ahmad Nur Fyrdaus,4. Mingguan Wanita mendoakan semoga dengan kehadiran cahamata keempat ini menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan buat keluarga ini.
Kisah mengharukan tentang Dr Siti Ruqyah Adnan yang kehilangan ayahnya beberapa jam sebelum konvokesyen, namun tetap bangga menunaikan impian ayah untuk melihatnya bergelar doktor.