Jual hartanah tak guna khidmat peguam tapi urus sendiri, ini keburukan dan kebaikannya. Ada banyak sebab kenapa seseorang individu itu hendak menjual hartanah yang dimiliki. Mungkin anda ada masalah kewangan, ingin berhijrah atau mungkin anda ingin membeli hartanah yang lebih mahal daripada yang anda miliki sebelum ini.
Tidak kisahlah apa jua sebab dan situasi anda, sebaik-baiknya apabila ingin menjual hartanah yang anda miliki, carilah seorang peguam yang dapat memudahkan urusan anda. Khidmat guaman ini bukan sahaja memudahkan urusan anda tetapi juga mengelakkan daripada berlaku masalah-masalah yang tidak diingini pada masa hadapan.
Melalui satu hantaran di Facebook yang dikongsikan oleh Nazri Mustafa, peguam hartanah ini berkongsi kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk penjualan hartanah yang dimiliki.
Antara kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk mewakilinya dalam urusan jual beli hartanah adalah seperti berikut:
KEBAIKAN:
1. Kos yang lebih rendah
Tanpa melibatkan seorang peguam, penjual mungkin dapat mengurangkan kos transaksi, kerana tidak perlu membayar yuran perkhidmatan peguam.
IKLAN
2. Kawalan lebih besar
Penjual mungkin merasa lebih banyak kawalan dalam proses jual beli dan tidak perlu bergantung kepada nasihat seorang peguam.
3. Kesilapan Undang-Undang
Risiko kesilapan undang-undang adalah lebih tinggi jika tidak ada peguam yang terlibat. Ini boleh membawa kepada masalah undang-undang yang serius dalam urusan jual beli.
3. Kesukaran dalam perundingan
Penjual mungkin tidak mempunyai pengetahuan undang-undang yang mencukupi untuk berunding dengan berkesan dalam urusan jual beli, yang boleh mengakibatkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
4. Tiada perlindungan undang-Undang
Tanpa peguam, penjual mungkin kehilangan perlindungan undang-undang dalam kes-kes tertentu, seperti jika pembeli gagal menunaikan kontrak.
5. Semua urusan buat sendiri
Penjual perlu uruskan sendiri urusan permohonan pindahmilik, urusan penebusan harta (bank biasanya mahu berurusan dengan peguam sahaja), urusan pengemukaan laporan cukai keuntungan harta tanah, urusan suratan hakmilik (jika sudah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik ke atas nama penjual) dan lain-lain lagi urusan yang terlibat.
Oleh itu dalam pada tidak melantik seorang peguam boleh mengurangkan kos, penjual hartanah perlu menyedari risiko undang-undang dan kesukaran dalam urusan jual beli yang mungkin timbul jika tidak ada peguam yang terlibat.
Moga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua.
Setiap anak pasti menjadikan mak sebagai kekuatan utama mereka, apatah lagi di saat mereka jatuh tersungkur. Bukan mudah anak bangkit semula tanpa kekuatan daripada seorang wanita yang bergelar “MAK”.
Tanpa mak, mana mungkin anak yang diuji Tuhan mampu bangun daripada kegagalan yang dilalui dalam hidup mereka. Sukur Ibrahim yang merupakan seorang OKU (Orang Kelainan Upaya) juga menjadikan ibunya sebagai sumber kekuatan untuk dia meneruskan hidup. Kerana ibunya, dia redha dan tidak pernah mengeluh dengan kekurangannya.
Haritu saya bertemu dengan dua orang OKU fizikal. .
Syahrain rider Grab Food viral yang tangannya kudung kerana bom dan tetap rajin berusaha dengan tulang empat kerat mencari rezeki. .
Seorang lagi ni haa… Adib @adib_ramli yang hilang kedua belah kakinya kerana kemalangan bas di Genting Sempah yang juga meragut nyawa tujuh kawan-kawannya yang lain. Kini, Adib meniaga makanan western di Kedah.
Kedua-duanya lahir ke dunia dengan nikmat fizikal yang sempurna..siapa sangka bukan… Namun hidup perlu diteruskan… . . Saya sempat berbual panjang dengan Adib ketika kejadian 10 tahun yang lalu dia berusia 20 tahun…. Saya tanya macam mana bangkit ya? Ye lah hilang kedua belah kaki hingga paras peha. Bergerak dengan kerusi roda.
Dia jawab sebab MAK.
Terbayang Pengorbanan Mak
Saya terus terbayang pengorbanan mak saya. Mak yang menerima saya dengan redha. Mak yang memberi peluang yang sama kepada saya sama seperti adik-beradik yang lain.
Buat semua ibu di dunia ini, andalah kekuatan seorang anak, andalah keteguhan sebuah keluarga, andalah ratu hati kami. Moga syurga firdausi buatmu ibu.
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Sesungguhnya kehadiran seorang ibu amat bermakna buat anak-anak apatah lagi dikala mereka susah. Tanpa ibu, mana mungkin anak-anak mendapat peluang kedua. Semoga Allah memberi balasan syurga kepada ibu-ibu di luar sana.
Bergelar seorang guru mungkin bukan kerjaya utama yang diimpikan Nurul Su’aidah Othman, 30 tahun. Tapi atas saranan keluarga dan berkat impian ibu bapanya diturutkan jua, tambahan pula ramai antara ahli keluarganya yang menjadi guru, maka kerjaya ini seakan sinonim dengan kehidupan mereka sekeluarga.
Walaupun begitu, wanita yang mesra disapa dengan nama Nurul ini akur dengan takdir yang tertulis untuknya. Meskipun pada mulanya rasa terpaksa, lama-kelamaan kerjaya ini bagai sebati dengan dirinya, malah dia juga semakin bersemangat dan teruja untuk mendidik anak bangsa.
Once you are a techer, forever you are a techer – Nurul
“Tahun ini merupakan tahun ketujuh saya bergelar seorang guru. Memang pada mulanya kerjaya ini bukanlah pilihan saya tapi lama-lama saya rasa seronok. Setiap tahun saya tak sabar untuk memulakan sesi persekolahan yang baru kerana bagi saya setiap tahun keletah anak-anak murid saya berbeza-beza. Dari situ saya dapat mengenali dan belajar tentang sikap dan kelakuan para pelajar saya,” ujar wanita yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini.
Selepas menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Nurul ditugaskan di Sekolah Kebangsaan (SK) Perdana Jaya, Subang Jaya. Menurutnya itulah pertama kali dia berjauhan dengan keluarga tercinta, namun demi tugas yang dipertanggungjawabkan, dia reda dan menerima dengan hati yang terbuka.
“Sekolah pertama saya bertugas adalah di SK Perdana Jaya, SS19 Subang Jaya. Itulah pertama kali saya berjauhan dengan keluarga. Sebelum ini saya membesar dan belajar di utara sahaja. Tapi demi tugas saya akur dan syukur sehingga kini saya betah tinggal di perantauan. Empat tahun saya berkhidmat di SK Perdana Jaya, sebelum saya berpindah ke SK Seksyen 19, Shah Alam sehingga kini,” ujarnya lagi.
Cabaran Dan Dugaan
Dari bujang hingga kini Nurul sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel, guru muda ini tidak pernah jemu mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Baginya setiap kerjaya mempunyai dugaan dan cabaran yang tersendiri. Tapi itu semua dijadikan pembakar semangat untuk menjadi guru terbaik kepada para pelajarnya.
“Setiap kerjaya sememangnya mempunyai dugaan dan cabaran,bagi seorang guru, cabaran kami ialah kesukaran dalam membentuk generasi yang bijak beserta baik budi pekerti. Tambahan pula, silibus kini tak sama macam silibus dulu, lebih mudah dan ringan. Silibus terkini agak berat untuk dibawa walaupun cuma kepada murid tahun 1. Dari segi budi pekerti pula, sememangnya sangat berbeza berbanding dulu. Kalau dulu saya rasakan murid-murid lebih hormatkan guru berbanding pelajar sekarang.
Nurul cukup disenangi murid-muridnya
“Selama tujuh tahun penglibatan saya sebagai seorang pendidik yang mengajar generasi Z iaitu generasi teknologi di hujung jari memang sangat berbeza dengan pelajar generasi terdahulu atau lebih tepat ketika saya masih bergelar seorang pelajar sekolah. Bagi saya itu semua cabaran yang perlu guru seperti saya pandang secara positif dan cari penyelesaian bagaimana untuk menarik minat pelajar generasi Z khususnya.”
Mempunyai seorang anak Autism dan turut mengajar anak-anak seumpama ini di sekolah membuatkan Nurul menyimpan cita-cita untuk membuka sebuah sekolah untuk anak Autism. Baginya selagi dia bergelar seorang guru, menjadi tanggungjawab supaya murid yang diajar pandai mengeja, pandai membaca, pandai menyelesaikan masalah dan dapat membesar menjadi orang yang berguna suatu hari kelak.
“Once you are a techer, forever you are a techer. Selagi saya bergelar seorang guru, saya akan terus mengajar pelajar-pelajar saya. Saya ingin berbakti kepada masyarakat. Saya ada terfikir untuk membuka pusat tuisyen dan sebuah sekolah untuk murid Autism. Kalau ada yang tak mampu saya nak ajar kelas membaca secara percuma sahaja. Itu antara impian saya, Insya Allah, doakan semoga ada rezeki nanti. Buat masa ini saya perlu lebih fokus untuk besarkan anak-anak saya dahulu. Tambahan pula, saya mempunyai seorang anak Autism. Kehadiran anak Autism membuatkan saya lebih peka dan cakna terhadap setiap perkembangan murid,”ujarnya.
Menjadi seorang guru tiada yang lebih menggembirakan hati tatkala melihat anak didik mencapai kejayaaan. Turut berkongsi pengalaman manis sepanjang berkhidmat, menurut Nurul melihat murid yang lemah berjaya memperolehi keputusan cemerlang adalah satu kepuasan untuknya.
“Pengalaman paling manis sebagai seorang guru ialah apabila murid lemah yang saya ajar, akhirnya skor A dalam peperiksaan UPSR. Itu satu kejayaan buat saya dan semestinya pelajar tersebut bagaikan “from zero to hero”, mengajar murid lemah ini sangat berat bagi saya. Emosi kena kuat dan pastinya sabar harus berlipat-ganda daripada mengajar murid yang sederhana cemerlang atau cemerlang. Tapi seperti yang saya katakan tadi, itu juga cabaran untuk saya menjadi seorang guru yang terbaik buat anak-anak murid,’ tambahnya lagi.
Nurul dan rakan-rakan guru yang lain semasa sambutan Hari Kemerdekaan 2018
Dia juga mempunyai cara pendekatan tersendiri terhadap para pelajarnya, Nurul yang mengajar tahap satu dan dua di sekolah rendah, memang cukup disenangi para pelajarnya. Walaupun tegas, ada kelembutan dalam setiap perwatakan. Baginya setiap perwatakan yang dibawa harus sesuai dengan tahap perkembangan murid yang diajar.
“Cara saya mendekatkan diri dengan murid-murid berbeza-beza. Jika untuk tahap satu iaitu darjah 1, 2 dan 3 saya lebih menjadi seorang ibu yang garang. Bagi tahan dua pula saya bertindak sebagai kakak yang tegas. Setiap perwatakan yang dibawa harus sesuai dengan tahap perkembangan murid,” katanya akhiri perbualan.
Mujur bukan di Malaysia. Lelaki dari Indonesia ini menikah dengan dua orang wanita serentak, ramai netizen mulai minta petua dan ingin berguru dengannya.
Sebuah video yang memaparkan majlis pernikahan seorang lelaki dengan dua wanita secara serentak menjadi tular di internet dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum mereka terhadap lelaki tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Lelaki Menikah Dua Wanita Serentak
Dalam majlis yang dikatakan berlangsung di Lombok itu, seorang lelaki yang lengkap dengan persalinan pengantin sedang duduk sambil diapit oleh dua orang pengantin perempuan cantik.
Turut berada di hadapan mereka ialah seorang lagi lelaki dipercayai jurunikah kelihatan bersiap sedia untuk menikahkan pasangan tersebut.
Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh tetamu yang duduk di atas sebuah permaidani di hadapan pasangan pengantin.
“Tular lelaki dari Lombok nikahi dua wanita sekali gus. Kedua-duanya cantik dan masih muda,” tulis pengguna akaun @smart.gram dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Rata-rata pengguna mengagumi lelaki tersebut dengan meninggalkan komen yang meminta agar mereka turut diajar ‘ilmu’ kahwin dua secara serentak.
“Ambil saya jadi muridmu,” komen seorang netizen.
“Mari kita berguru dengannya @bima_anugrah05,” tulis seorang lagi pengguna. – AGENSI
Mingguan Wanita : Mungkin kedua wanita ini sedari awal boleh menerima bahawa meraka akan hidup berpoligami. Jika tidak mana mungkin mereka mampu setenang itu sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Betul tak?
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Tentu ada masanya akan ada juga berlaku perselisihan faham antara suami isteri. Janganlah terlalu ikutkan 'kepala' masing-masing sehingga akhirnya merosakkan sesebuah rumah tangga yang dibina.