
Isi Kandungan
TogglePenyanyi yang baru saja mendirikan rumahtangga dengan Ashira, Bad Indigo memohon doa dari orang ramai agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar dan berharap agar luka yang dialami sembuh.
Bad Indigo Mohon Doa Ramai
Baru-baru ini menerusi perkongsian sebuah hantaran video di akaun Instagramnya, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menerangkan tentang kesakitan yang dialami.
“Day no 3 at PPUM..still unsure..still waiting. Yang pasti dah tiga hari away from family…especially my wife @ashiraaziz … miss u like crazy sayang .
“Doakan semuanya dipermudahkan kawan-kawan. Terima kasih. Assalammualaikum,” luah Bad.
“Terima Kasih Pada Isteri”
Kini masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Bad amat menghargai doa-doa dari isteri dan ahli keluarga.
“Doa-doa kalian amatlah saya hargai. Terima kasih semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz , anak2 kami, mak dan keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat,” ungkapnya lagi.
Sementara itu Ashira juga memberi kata-kata semangat kepada suaminya dan berharap Bad dapat sembuh dan pulang ke rumah segera!
Baca Disini Juga:

Ashira & Bad Nikah Mac Ini, “InsyaAllah, 6 Tahun Punya Cerita ‘Single’ Nak Tutup”
“Anak-Anak Memanggil Ashira Dengan Panggilan Mom” Bad Indigo, Gembira Kini Kembali Bergelar Suami
Doa Dari Orang Ramai
Sumber/Sumber Foto: Instagram Bad Indigo Official & Ashira Aziz
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Kisah Orang Nak Cakap Apa, Asalkan Dapat Hidup Bahagia Dengan Suami…” Kahwin Umur 11 Tahun

Isi Kandungan
ToggleEmpunya diri tak kisah dengan cakap-cakap orang ramai termasuk ceritanya yang viral dalam media sosial asalkan dapat hidup bahagia bersama-sama suaminya. Itulah pendirian seorang perempuan berumur 11 tahun yang berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun.
Berita perkahwinan dia dan suaminya panas di media sosial semalam apabila tersebar gambar yang dikongsi sendiri oleh isteri kedua lelaki berkenaan. Difahamkan gambar yang dimuat naik di Facebook tersebut menunjukkan lelaki berusia 41 tahun bersalaman bersama pasangan barunya dengan kapsyen,
“Selamat pengantin baru suamiku. Suamiku 41 tahun, maduku 11 tahun.”
Perkahwinan itu mendapat restu kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit yang dinikahkan pada 18 Jun, di Sungai Golok, Thailand.
Bapa kepada gadis 11 tahun itu, Mat Rashid Rismadsa, 49 tahun, warganegara Thailand berkata beliau sangat mengenali lelaki Malaysia itu kerana selalu menjual getah sekerap kepadanya.
“Lelaki itu berjanji dengan saya untuk mendaftar pernikahan yang sah itu di Pejabat Agama Islam di Kelantan apabila (anak saya) Masaryu Mat Rashid mencapai umur 16 tahun. Sekarang, Masaryu tinggal bersama saya…”
Keluarga kanak-kanak tersebut semuanya berasal dari Thailand dan menetap di Gua Musang mengambil upah sebagai penoreh getah. Katanya, menantunya itu merupakan pembeli getah sekerap, pada seminggu sebelum Aidilfitri lepas, dia datang memohon kebenaran untuk bernikah dengan anak perempuannya.
“Saya ada menceritakan kepada lelaki itu bahawa anak saya belum layak dijadikan isteri kerana masih mentah dan baru berumur 11 tahun, tetapi lelaki itu hendak juga dan berjanji nikah gantung dahulu yang menyebabkan saya bersetuju.
“Saya bersama isteri, Aminah Hitam. 41, mengiringi anak perempuan saya dan lelaki itu ke Sungai Golok, Thailand untuk menjadi wali pernikahan itu,” katanya.
Ini Nikah Gantung
Nikah gantung bermaksud pernikahan yang berlaku di antara pasangan tetapi tidak duduk serumah dalam tempoh masa tertentu yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.
Mat Rashid berkata selepas selesai majlis nikah pada 2 petang hari berkenaan, beliau terus pulang ke Gua Musang bersama-sama isteri, anak dan lelaki itu kerana menantunya berjanji menunggu lima tahun lagi untuk mendaftar semula pernikahan berkenaan di Malaysia.
“Lelaki itu sanggup mengambil anak perempuan saya sebagai isteri kerana hendak membantu hidup saya yang miskin dan bergantung kepada upah menoreh getah,” katanya.
Cerita Dari Belah Masaryu
Sementara itu, Masaryu berkata beliau mencintai lelaki pilihannya itu walaupun terpaksa bermadu dengan dua lagi isteri lelaki tersebut.
Beliau mengakui amat baik dengan kedua-dua isteri suaminya itu kerana sudah lama bersama mereka dan pernah pergi ke merata tempat bersama-sama.

“Saya terima apa jua keputusan kedua-dua ibu bapa dan suami supaya tunggu lima tahun baru boleh tinggal bersama kerana saya sedar usia saya baru 11 tahun.”
Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki melangsungkan perkahwinan dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial sejak semalam selepas perkara itu dikongsikan oleh isteri kedua lelaki terbabit.
Berikutan penularan berita itu, pengguna laman sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat mengkritik tindakan lelaki berkenaan dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku.
Sumber: Bernama
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Derita Virus Covid-19, Mawar Karim ‘Control’ Cun Depan Keluarga Tak Mahu Mereka Risau

Isi Kandungan
ToggleSyukur alhamdulillah begitulah diucapkan oleh usahawan selebriti dan juga bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim apabila dia dan anak perempuannya Wan Maryam telah bebas daripada virus Covid-19 dan dibenarkan keluar daripada hospital.
Ibu tunggal ini dan anak kesayangannya telah disahkan positif pada tanggal 3 Januari lalu, ketika itu mereka menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Virus Covid-19, Mawar Karim & Maryam Pulih Sepenuhnya
Berkongsi kisah terbaru mereka menerusi sesi soal jawab di Insta Stories, Mawar memanjatkan rasa bersyukur apabila dia dan anaknya sudah sihat sepenuhnya. Tambah Mawar lagi ayahnya juga semakin pulih.
“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan Double M (Mawar dan Maryam) dan keluarga saya.
“Saya rasa terharu atas doa-doa kalian yang banyak memberi semangat kepada saya dan keluarga. Walaupun mungkin kita tidak pernah kenal atau pernah jumpa.
“Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan 2021,” luahnya.
Alami Demam Panas Sebelum Positif
Sebelum disahkan positif virus merbahaya ini, Mawar pada awalnya mengalami demam panas. Manakala puteri kesayangannya pula tidak mempunyai sebarang simptom.
“Bermula sebelum tahun baru, saya dah rasa demam segelah empat tahun tidak demam. Alhamdulillah.
“Di situ bermulanya. Mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun tak ada tunjuk apa-apa simptom. Mula hari ketiga, dah mula rasa pelik juga dan pergi buat swab test.
“Maryam hanya demam setelah dimasukkan ke hospital. Saya pula, tak tahu nak cerita macam mana, tetapi lain orang lain rasa.
“Ketika rasa sesak nafas dan sakit kepala sekali gus datang sampai otak terasa biul (tak betul). Tapi tetap control cun depan keluarga sebab tak mahu keluarga saya risau,” tulisnya.
Sewaktu sesi soal jawab Mawar ditanya sewaktu kuarantin, makanan apa yang diambil?
“Saya makan macam-macam walaupun deria rasa sudah hilang. Tapi pada saya lebih bagus makan makanan yang sihat. Saya amalkan pengambilan suplemen seperti Vitamin C, Omega 3, Habatus Sauda, minyak zaitun, multivitamin, air kelapa tanpa gula, lemon dan orange”.

Berapa lama ya hilang deria rasa dan bau?
“Allah… yang pertama saya doakan semuanya baik-baik saja. Makan ubat macam biasa ya. Saya deria rasa dan bau almost 10 hari tapi depends orang lain. Cuma bila deria bau hilang sampai ke otak sakit. Sampaikan Maryam buang air besar pun tak bau apa pun dan tak sedar sampai Maryam beritahu,” kongsinya lagi.
Baca Disini Juga:
Wan Maryam & Mawar Karim Positif Covid-19 “Keadaan Stabil, Sedang Dirawat Dihospital” Fizo Omar
Mawar Karim Yakinkan Diri Perlu Kuat Semangat & Terus Sihat Menentang Covid-19
Sumber/Sumber Foto: Instagram Mawar Karim
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nama Aje Kotor, Tapi Kota Lama Di Montenegero Ini Cantik Sangat!

Isi Kandungan
ToggleKotor, Montenegro adalah pilihan Norashikin Tajuddin, seorang kaki ‘travel’ tegar. Montenegro adalah negara ketiganya dalam percutian di negara Balkan. Ikuti percutiannya ini.
Kotor, permata Balkan. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya untuk masuk Montenegro tidak memerlukan visa. Montenegro adalah sebuah negara pecahan daripada Yugoslavia.
Negara ini bersempadan dengan negara Croatia, Bosnia, Serbia, Kosovo dan Albania. Saya memilih negara ni kerana jarang rakyat Malaysia terutama yang pergi bercuti ke negara ini sendirian. Kebanyakannya akan mengikut pakej dari agensi pelancongan.
Tujuan saya ke negara Balkan kerana saya hendak mencabar diri saya dan berkongsi cerita kepada semua terutamanya ‘traveller’ dari Malaysia.
Kita boleh ke negara Balkan tanpa pakej pelancongan. Ia lebih murah dan 100 peratus menggunakan pengangkutan awam.
Bandar ini nama sahaja Kotor. Tetapi sebenarnya bandar ini sangat bersih! Kotor merupakan sebuah bandar yang terletak di persisiran pantai Montenegro. Sebab itu cantik.
Old Town Kotor atau Bandar Kota Lama Kotor dibina antara abad ke-12 hingga ke-14. Ia terletak dalam satu kawasan seperti kampung. Sebab itu ia lengkap dengan hotel, restoran dan pelbagai kedai. Tetapi makanan halal hampir tidak ada di sini.
Tapak Warisan UNESCO
Kotor terletak berhampiran pelabuhan di dalam wilayah Eropah Tenggara atau lebih dikenali sebagai Balkan. Pemandangan di bandar ini sangat cantik. Di sini kita tidak perlu naik pengangkutan awam sebab semua lokasi menarik berdekatan antara satu sama lain. Kita boleh jalan kaki sahaja.
Bandar Lama ini masih tersergam indah meninggalkan sejarah tersendiri. Malah ia telah diangkat menjadi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains, Dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Apa sahaja yang dikenali sebagai Tapak Warisan UNESCO sudah pasti confirmed cantik.
Paling menarik di sini adalah tembok yang mengeliling kota. Tembok ini dibina pada zaman Byzantine. Ia diperkuat di bawah Venetians apabila Kotor menjadi kota kubu terbaik di Adriatik. Seni bina bangunan di sini membuatkan saya terpegun sebaik memandangnya.
Kita juga boleh naik ke puncak Istana San Giovanni untuk melihat pemandangan Kotor yang sangat istimewa dan cantik ini.
Sepanjang berada di sini saya telah melawat Kampana Tower, Church of Our Lady of Remedy, mendaki St John Fotress, Cathedral of Saint Tryphon, berjalan di sekitar Bandar Kota Lama Kotor dan menaiki bot Monty B menikmati pemandangan sekeliling.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di sini ialah masa kami sampai di Old Town Kotor, cuaca sangat cantik. Tetapi kami tukar plan untuk membuat semua aktiviti pada esoknya. Tetapi esoknya hujan sepanjang hari. Jadi aktiviti kami semuanya terhad.
Selain daripada itu kami dapat melihat pasar pagi mereka. Telur ayam yang kami beli berharga RM2 sebiji. Dan kami juga dapat membeli ikan spesies trout terus dari nelayan. Dengan harga 2 Euro kami mendapat ikan yang segar.

Tip Ketika Bercuti Di Kotor.
1-Montenegro menggunakan matawang Euro.
2-Kebanyakan kedai-kedai seperti restoran, bank, bakeri, kedai cenderamata, farmasi, hotel dan lain semuanya ada di dalam Old Town Kotor.
3-Pengangkutan untuk jarak jauh seperti ke Albania / Dubronik dan lain-lain, bolehlah menaiki shuttle bus. Pastikan membeli tiket sehari awal di kaunter sebab kebanyakannya bas mempunyai jadual sehari satu atau sehari dua perjalanan.
4-Bawa makanan secukupnya di sini sebab tidak ada kedai halal ini.
5-Bandar Kotor adalah bandar kecil. Jadi kita boleh berjalan sahaja untuk melawat tempat-tempat menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI