Ayahnya Sakit, Adik Beradik Dr Norzizi Zulkifli Bergilir Jaga Ikut Jadual

Hebat tak hebat adik beradik Dr Norzizi Zulkifli ini akan memastikan keperluan dan penjagaan orang tua mereka, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar dalam keadaan tip top.

Lihat saja giliran jadual penjagaan ayah mereka, Datuk Zulkifli yang sedang sakit di hospital (dikongsikan Dr Norzizi dalam instagramnya). Lima orang adik-beradik ini akan menjaga ayah dengan jadual giliran masing-masing.

Sehinggakan ayah mereka membuat pesanan pada anak sulung mereka, Dr Norzizi yang kemudiannya menjadi viral di media sosial. Kata Dr Norzizi, pesanan ayahnya itu bermaksud “KALAU LAH dia kahwin empat sekalipun.. isteri-isteri dia takkan mampu jaga seperti anak-anak menjaga dirinya.”

Bukan seperti yang difahami oleh netizen, yang ayahnya itu berkahwin 4 dan isteri-isterinya tak menjaga ketika sakit. Tetap satu-satunya isteri Datuk Zulkifli, the one and only Datin Normala Omar.

 

Ayahnya Sakit, Adik Beradik Dr Norzizi Zulkifli Bergilir Jaga Ikut Jadual
Datuk Zulkifli Zain dan isteri, Datin Normala Omar. Ketika aktif berlakon, Datuk Zulkifli pernah menjayakan drama Tragedi Sri Mersing (1985) dengan watak Bentayan. Malah pernah mengacarakan program kanak-kanak, Di Mana Joe Jambul.

 

Penjelasan itu berentetan daripada perkongsian ini,

“Kami baru makan sahur bersama dengan tiga anak, tiba-tiba Papa kata, “Zi, bila Papa mati, hang beritahu semua adik-adik Terima kasih banyak-banyak kerana menjaga Papa dengan baik. Kalau Papa kahwin 4 bini pun takkan dapat macam mana hangpa semua jaga Papa. Anak-anak Papa memang terbaik!”

Tak termasuk ke mulut makanan yang sedang cuba saya suapkan dan saya toleh ke dia. Cuak gak hati ini. Bukan sempurna pun apa yang kami jaga adik beradik.”

 

 

Bergambar Dengan Papa

Gambar ni saya amik lepas dah makan la. Bukan nak tido sangat Papa ni. Sat suruh angkat, sat suruh bawak ke meja makan. Sat bawak ke TV. Kita jadi sama tak leh tido dengan dia.

Today Papa behave, dia dok kat meja makan je. Semua dia pikir, dia dalam perarakan orang Melayu berarak dari Johor ke KL. Dia sedih akan perjuangan/nasib orang-orang Melayu. Dia jugak risau sekiranya Sabah diserang. Itu antara apa yang sempat diceritakan oleh beliau.

Ok Salam Subuh everyone. Sy nak hantar anak ke UPSR. @zazazulkafli @zilazulkifli @zazleenzulkafli @zabaiqzulkafli

P/S : yang paling banyak jaga mama papa is @zazazulkafli dibantu dengan yang lain. Yang paling sikit jaga adalah saya. Jadi jangan puji saya. Puji adik-adik saya yang lain yang begitu devoted menjaga kedua Ibu bapa.

 

Ayahnya Sakit, Adik Beradik Dr Norzizi Zulkifli Bergilir Jaga Ikut Jadual
Jadual jaga ayah secara giliran.

 

Adik-Beradik Jaga Ayah Bergilir Ikut Jadual

Dalam kesibukan mengurus kerjaya dan hal rumah tangga, Dr. Norzizi tetap memenuhi jadual giliran menjaga ayah yang ditetapkan adik-beradiknya yang lain.

Kongsinya lagi,

“Baru nak keluaq umah je dah sayupppppp je rasa nak ke hospital! Apatah jika dah balik kerja dah malam, balik, mandi, solat and rehat setengah jam, dan kuar rumah dalam kul 11 malam.”

“Masa lepas mandi dan nak meninggalkan katil pun bercintaaaaalah ya amat! Nak drive ke hospital pun sama sayupppppp je. Makanya untuk memeriahkan diri, dan semangatkan diri, kopi panas harus ku beli dan nak tambah semangat skit may be chocolates buat isi-isi dalam handbag. Tu kata, bukan senang, tapi kita mencuba. Cubalah… dari yang tak mencuba .”

 

Ayahnya Sakit, Adik Beradik Dr Norzizi Zulkifli Bergilir Jaga Ikut Jadual
Datuk Zulkifli ketika menerima kunjungan daripada keluarga penyanyi veteran popular tahun 70-an, Hail Amir (baju batik merah) dan keluarga.

MW : Boleh dijadikan contoh untuk adik-beradik yang lain agar masing-masing mengambil tanggungjawab dan prihatin dengan keadaan uzur orang tua. Yang dahulunya, menjaga kita penuh kasih sayang sewaktu kita masih kecil lagi.

Sumber/Foto : Norzizi Zulkifli