Kelahiran anak merupakan antara detik terindah dalam kehidupan.Tahniah diucapkan buat penyanyi, pelakon, pengacara dan selebriti berbakat besar Alif Satar,29, apabila isterinya Shadila Halid,34 telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada malam tadi, 19 September jam 11.21pm.
Berkongsi Tarikh Lahir
Lebih istimewa, anak lelaki mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan Alif sendiri. Alif lahir pada 19/09/1990 dan anak lelakinya 19/09/2019.
Terdahulu pasangan bahagia ini telah 5 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dengan dua puteri comel, Alisha Anugerah,4 dan Ariana Mecca,2.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Shadila, isteri penyanyi lagu I Want You To Love Me ini, ada berkongsi ucapan hari jadi buat suaminya.
“Saya tidak berkesempatan untuk menulis ucapan hari lahir buat suami tersayang semalam, tetapi saya memberikan dia hadiah hari lahir terindah iaitu anak lelaki”
“Saya rasa sebak, melihat air matanya bergenang semasa mengalunkan azan.”
“Muhammad Alif, saya harap awak tahu, hati saya untuk awak simpan dan jaga. Awak akan selalu ada saya disisi dan saya saya akan melakukan apa sahaja untuk awak.”
“Selamat Hari Lahir untuk suami dan anak lelaki saya. Semoga kamu berdua menjadi kawan baik dan dia (anak lelaki) akan mewarisi segala kebaikan awak. I love you both.
MW: Tahniah buat Alif dan isteri semoga dengan kelahiran bayi ini, dikurniakan lagi rezeki yang melimpah ruah serta menambah ikatan kebahagiaan dalam keluarga.
Perasaan syukur pastinya terbit di hati sesiapa sahaja yang menerima jemputan untuk mengerjakan ibadat Haji yang sememangnya didambakan oleh setiap umat Islam.
Bagi pelakon Elfira Loy, dia merasakan bagaikan bermimpi menerima perkhabaran gembira bakal menjadi tetamu Allah mengerjakan Haji tahun ini.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Elfira Loy sudah pun tiba di Jeddah, Arab Saudi. Malah, perkongsian Elfira Loy atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30 hari ini memperlihatkan dirinya berada di Clock Tower, Mekah.
Umum mengetahui, ibu kepada dua cahayamata ini mendapat panggilan saat akhir menjadi tetamu Allah musim haji 2024. Elfira mendapat jemputan khas Kementerian Media Arab Saudi menunaikan haji musim ini.
Mengakui perasaannya bercampur-campur, antara teruja, gembira dan hiba kerana terpilih menjadi tetamu Allah musim haji 2024, Elfira bersyukur segala persiapan dirinya berjalan lancar meskipun pada saat-saat akhir.
“Perjalanan sangat lancar dan cuaca juga menyenangkan. Saya memang sangat teruja nak sampai ke Tanah Suci. Namun sedih, tak percaya Allah jemput,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.
Elfira yang mendapat panggilan haji kurang dua minggu dari tarikh berlepas ke Tanah Suci mengakui membuat persediaan dalam tempoh singkat. Beberapa perkara termasuk ketika urusan ketibaan di Arab Saudi juga harus dilakukan sendiri memandangkan jemputan diberi pada saat akhir.
Namun, baginya semua itu tidak menjadi masalah bahkan segala perkara berjalan tanpa sebarang kekangan.
“Disebabkan ini jemputan saat akhir daripada Saudi Arabia, jadi semua kena urus sendiri. Visa dan ‘check in’ akan minta kita tunjuk sendiri.
“Tetapi semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
“Saya menyambut baik panggilan Allah , melalui sambutan Haji dibawah Kementerian Media Arab Saudi. Jemputan ini adalah di saat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa.
Disaat akhir, selepas menghantar ibu ke Haji saya mendapat berita tentang jemputan ini. Allah Maha Baik , baik sangat dengan saya. Terima kasih ya Allah”.
Beri Peluang Followers Titipkan Doa
Memahami perasaan teruja dan bersyukur diberikan kesempatan ini mengerjakan Haji, ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak ketinggalan membuka peluang kepada pengikut laman sosialnya untuk menitipkan doa.
Malah Elfira membuka ruang dalam laman sosialnya untuk sesiapa sahaja mengirimkan doa untuk dibacakan di Tanah Suci nanti.
“Insya-Allah akan berangkat ke sana (Mekah) bila tiba musim haji nanti. Boleh sahaja titipkan doa kat sini, nanti insya-Allah saya akan kumpulkan.
Menerusi ruangan komen, ramai pengikut dan rakan seperjuangan mendoakan pelakon Cinta Tanpa Syarat itu beroleh haji yang mabrur.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur,” ujar pengikutnya.
Tahun ini, Elfira bersama beberapa selebriti lain termasuk pelawak yang juga penyampai Hot FM, Johan dan isterinya, Ozlynn menerima jemputan khas dari Kementerian Media Arab Saudi untuk menunaikan haji musim ini.
Ezzaty Abdullah sarat hamil anak ketiga, tunggu hari nak bersalin, jantina anak biar ‘surprise.’ Pelakon Ezzaty Abdullah kini sedang sarat hamil sembilan bulan. Mengambil pendekatan untuk tidak banyak berkongsi kehamilan ketiga, suri hati Azwan Kombos ini lebih selesa untuk berkongsi kepada umum apabila kandungannya telah besar dan selepas melahirkan.
Ezzaty Abdullah Sarat Hamil Anak Ketiga, Tunggu Hari Nak Bersalin, Jantina Anak Biar ‘Surprise’
“Sekarang ini memang menanti hari nak bersalin, In Shaa Allah selepas bersalin nanti saya akan kongsikan,” katanya.
Ezzaty juga dilihat ada memuat naik video bersama suami dan anak-anaknya. Jelas kelihatan ‘baby bump’ pelakon berwajah manis ini.
MENGAKUI BAHAWA KEHAMILAN KALI INI LEBIH MENCABAR BERBANDING DUA KEHAMILAN SEBELUM INI, KONGSI EZZATY, DIA MENGALAMI ALAHAN YANG TERUK.
UJARNYA MUNGKIN KERANA KEHAMILAN SEBELUM INI DIA ‘ENJOY’ MENJALANI TEMPOH KEHAMILAN.
“Mungkin pada awal kehamilan saya sibuk dengan penggambaran. Hanya selepas usia memasuki empat bulan barulah saya tidak terima sebarang tawaran dan tidak berlakon lagi,”kongsi Ezzaty.
JELAS EZZATY LAGI, DIA DAN SUAMINYA TIDAK MELAKUKAN UJIAN IMBASAN (PEMERIKSAAN JANTINA) ANAK KETIGA MEREKA KERANA INGINKAN KEJUTAN.
Untuk info, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan orang cahaya mata iaitu Harum Dahlia, 7 tahun dan Ahmed, 2 tahun.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi popular Indonesia, Afgan mengakui teruja apabila buat pertama kalinya bakal menjayakan konsert yang dipimpin oleh orkestra penuh dari Malaysia.
Afgan atau nama lengkapnya Afgansyah Reza ketika ditemui di majlis sidang media konsert Afgan Live In Concert with Orchestra yang bakal diadakan esok di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ia akan melibatkan kira-kira 25 orang pemuzik orkestra tempatan.
“Saya baru sahaja menjayakan konsert di sini (Malaysia) pada Disember tahun lalu di lokasi yang sama. Namun untuk konsert kali ini, saya akan tampil bersama pemuzik orkestra dari Malaysia. Ini merupakan kali pertama persembahan saya di sini akan diiringi pemuzik dari Malaysia. Saya tidak sabar menjayakannya,” katanya nyata teruja untuk membuat persembahan di hadapan para peminatnya di Malaysia.
Pada masa sama, penyanyi berusia 34 tahun itu turut memuji kualiti pemuzik orkestra Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
“Saya hanya sempat menjalani sesi latihan bersama pemuzik Malaysia semalam. Sejujurnya saya memang kagum melihat kualiti yang dipamerkan mereka. Apa yang membuatkan saya kagum, pemuzik baru sahaja mendapat nota muzik untuk konsert saya dan mereka sudah boleh memainkannya dengan baik,” ujar pelantun lagu Bawalah Cintaku itu.
Afgan yang ditemui semasa sidang media Afgan Live In Concert With Orchestra di sini, hari ini bakal membawakan sebanyak 25 buah lagu, termasuk lagu oleh penyanyi tempatan yang dirahsiakan.
Menariknya, untuk konsert kali ini, Afgan turut mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Raisa yang turut memeriahkan persembahan esok.
Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati kerana Afgan sekali lagi menerima pelawaan dan bersetuju untuk menjayakan konsert di sini. Difahamkan, sebanyak 3,000 tiket konsert yang dibawakan oleh penganjur, Renjana Idea telah pun habis terjual.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...