Aunty cina bagi tip didik anak, sentiasa ajar tentang “kehidupan” bukan buku semata-mata. Hari ini ibu bapa seolah bersaing tentang menceritakan kepandaian anak di media sosial.
Dianggap pandai jika berjaya dapat semua A, dapat masuk sekolah berasrama, dapat masuk universiti dan ada membangga-banggakan pekerjaaan anak. Tak sedar sedari kecil anak diajar kerasnya pelajaran di mana anak mesti lulus dalam setiap kali exam.
Tapi satu perkongsian dari fb Nurul Atika Moktar yang berbual dengan seorang Aunty Cina yang berniaga di pasar boleh dijadikan panduan buat ibu bapa hari ini bahawa “kehidupan” sebenar itu lebih bermakna dari mengadap buku semata-mata.
Moga mak ayah sedar bahawa hendak berjaya, anak perlu meneroka alam sekelilingnya, bukan lulus A semua mata pelajaran.
Aunty Cina Bagi Tip Didik Anak
Baca perkongsiannya :-
Tadi pergi pasar dengan Adra, ada sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Anak dia dua org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam hari ini you pergi pasar.
Bagi tahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.
Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.
Sentiasa Ajar Tentang “Kehidupan” Bukan Buku Semata-Mata
Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy-happy, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”.
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.
Ads
Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi-lagi share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan.
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego tak nak mintak maaf.
“Oh ya, mama salah tadi. Sorry”.
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.
You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?
Ads
Jangan banding-banding anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang” okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing-masing. Jadi, bersyukurlah.
Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?.
Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum. Haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu).
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana-mana pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting. Tq aunty. Kredit:- Nurul Atika Moktar.
Kes Zara Qairina, laungan takbir ‘Allahuakbar’ berulang kali, penduduk dakwa hidu bau harum seperti bunga. Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, malam Sabtu apabila laungan takbir ‘Allahuakbar’ berulang kali kedengaran mengiringi trak polis yang membawa jenazah Zara Qairina Mahathir, 13, selepas kuburnya digali semula.
Kes Zara Qairina, Laungan Takbir ‘Allahuakbar’ Berulang Kali, Penduduk Dakwa Hidu Bau Harum Seperti Bunga
Sejak jam 2 petang, penduduk dari kampung sekitar sudah memenuhi pekarangan tanah perkuburan sebaik mengetahui proses penggalian semula kubur remaja itu akan dilakukan.
Seorang penduduk dari Kampung Maligan, Jeffry Fauzi Rahman, 53, yang turut berada di lokasi, mendakwa terhidu bau harum sebelum kerja penggalian dimulakan.
“Sebelum proses menggali dimulakan, ada bacaan doa diadakan. Saya juga ada terhidu bau wangian harum seperti bunga lalu tadi,” katanya.
Jeffry berkata, kehadirannya adalah sebagai tanda sokongan kepada keluarga mangsa dan harapan agar kematian Zara Qairina mendapat pembelaan sewajarnya.
“Saya memang mengikuti perkembangan kes ini sejak dari awal dan memandangkan saya sudah berada di pekan hari ini, saya turun ke tanah perkuburan serta melihat sendiri proses ini.
“Walaupun dari jauh, tetapi kami tetap mahu menyaksikan sendiri proses itu berlangsung dan kami berharap proses bedah siasat itu telus,” ujarnya.
Hasil tinjauan turut mendapati sebahagian penduduk yang hadir mengenali rapat ibu mangsa, Noraidah Lamat, 45.
Proses menggali semula kubur yang dikendalikan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula kira-kira 5.30 petang dan selesai sekitar 7.15 malam. Turut hadir memantau adalah pasukan peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah.
Jenazah kemudian dibawa keluar menaiki trak polis untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) bagi tujuan bedah siasat.
Kes buli Zara Qairina, wajah pelajar didakwa terlibat tular di media sosial walau tiada kesahihan. Kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, 13 yang dikatakan terjatuh dari asrama sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu bukan saja menarik perhatian ramai namun gelombangnya sampai ke peringkat antarabangsa apabila akhbar South China Morning Post berpengkalan di Hong Kong turut menyiarkan kisah tragedi menimpa arwah.
Terkini, wajah pelajar yang didakwa terkait dengan kematian arwah didedahkan di media sosial walau tiada bukti kesahihahnya dan ia dikongsikan orang ramai tanpa sedar perbuatan ini jelas menyalahi etika perundangan.
Ini termasuklah nama-nama yang disebut dalam keterengan sebelum ini seperti Kak Wana, Kak M, Dedeng dan lain-lain lagi sekaligus membuatkan netizen meluahkan rasa marah terhadap pelajar ini.
Setakat ini tiada isu sahih penglibatan pelajar gambar didedahkan namun ia tetap mendatangkan kemarahan orang ramai yang mahu satu siasatan secara telus dilakukan terhadap nama-nama disebut.
Di sebalik gelombang orang ramai yang mahukan ketelusan dalam isu buli ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan, kertas siasatan sudah Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, ibu kepada arwah Zara Qairina, Noraidah Lamat, 45 telah membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Sipitang, Sabah dua hari lalu selepas teringat kesan lebam pada belakang badan anaknya ketika memandikan arwah Zara 17 Julai lalu.
Bagi ketelusan dan keadilan buat anak tunggalnya ini, pihak keluarga sudah melantik dua orang peguam bagi kes ini.
Dalam satu kenyataan baru ini, pasukan guaman yang mewakili keluarga Zara Qairina Mahathir mendakwa polis tidak mengambil pakaian dan barang peribadi dipakai mangsa ketika ditemui meninggal dunia di bawah bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu.
Peguam, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri melalui kenyataan bersama hari ini berkata, semua pakaian dan barang milik Zara sudah diserahkan oleh pihak hospital kepada ibu mangsa pada hari kejadian dan kini berada dalam jagaan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik keluarga.
“Kami sangat terkejut dengan perkara di atas kerana sepanjang pengalaman kami melakukan kes-kes perbicaraan jenayah di mahkamah, polis akan merampas semua item yang dipakai oleh seorang mangsa yang disyaki mati akibat apa-apa tindakan jenayah bagi tujuan siasatan,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesi persekolahan seawal 7.20 pagi setiap hari ketika ini memerlukan banyak pengorbanan daripada pelbagai pihak. Baik guru-guru, mak ayah mahupun anak anak yang terlibat.
Kerajaan disaran supaya menetapkan sistem persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi bagi meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Belas Kasihan & Empati Pada Guru, Ibu Bapa & Murid
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad berkata, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi.
“Jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal jam 6 pagi untuk ke sekolah.
“Di sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah sedangkan hari masih gelap,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad.
Bergegas Ke Sekolah
Malah kata beliau, ada anak-anak yang tidak sempat bersarapan bersama keluarga kerana bergegas ke sekolah.
“Jika kerajaan prihatin dengan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kita lakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan mulakan sesi persekolahan pada jam 8 pagi,” katanya.
Untuk rekod sesi persekolahan ketika ini bermula jam 7.30 pagi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi melaksanakan cadangan berkenaan, KPM juga disaran mengurangkan sesi persekolahan selama 15 minit bagi sesi pagi dan petang.
“Hanya (dilewatkan) 30 minit. Saya fikir tidak menjadi isu jika KPM kurangkan 15 minit sesi pagi dan 15 minit sesi petang,” katanya.
Mingguan Wanita: Mak ayah setuju tak jika sesi persekolahan dimulakan jam 8 pagi setiap hari. Jadi tidak terlalu tergesa-gesa mempunyai lebih banyak masa untuk bersarapan bersama keluarga di rumah.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...