Beli rumah cara orang Cina, elakkan ‘zero downpayment’. Sebenar ramai yang nak bebas hutang. Hutang paling banyak adalah hutang rumah.

Hidup berhutang memang tidak seronok apatah lagi jika anda berhutang dengan bank. Sudahlah berhutang dengan bank, tempoh bayaran balik hutang itu juga sangat panjang. Ada orang yang tempoh hutangnya 35 tahun, ada yang 30 tahun.

Sememangnya membeli rumah bukanlah satu perkara yang mudah. Hanya mereka  yang pernah beli rumah ketahui betapa lama dan sukarnya proses itu.

Beli Rumah Cara Orang Cina, Elakkan ‘Zero Downpayment’ “

Menerusi Facebook Bebas Hutang, berkongsi cara masyarakat Cina melangsaikan hutang mereka. Menurut catatan, orang Cina membayar downpayment besar dan menyelesaikan tempoh perjanjian hutang yang pendek. Sememangnya cara ini amat sesuai bagi mereka yang benar-benar hendak selesaikan hutang dengan cepat agar ringan memikul komitmen besar ini.

Ikuti MISI BEBAS HUTANG cara ini;

“LOAN RUMAH CARA ORANG CINA

Cth dari gambar

Rumah 500K

Interest 400K

Total loan 900K

🔥🔥🔥🔥

Beli rumah cara orang Cina

  1. Downpayment 40% iaitu 200K, tempoh loan 15 tahun. Pinjaman bank 300K shj.

  2. Downpayment 60% iaitu 300K, tempoh loan 10 tahun. Pinjaman bank 200K shj.

KONSEP LOAN RUMAH ORG CINA

🔼 DOWNPAYMENT BESAR

🔽 TEMPOH LOAN RUMAH PENDEK 10-15 TAHUN SHJ

🔽 KURANGKAN BAYAR INTEREST

Tak ramai orang Melayu Islam yg mampu buat camni. Betul tak? 😬

Its okay.

IKLAN

Ambil konsep dahulu.

Jika tak boleh apply 100%, kita apply 50% dulu.

#NotaHutang

  1. Terima info sebegini sebagai ilmu baru yg mungkin akan memberi manfaat di masa hadapan.
  2. So next time, nak beli kereta atau rumah, kita jadikan habit utk letak downpayment besar dan tempoh loan pendek.
  3. Dan kita elakkan dari zero downpayment atau 10% downpayment. Usahakan utk letak 20-40% downpayment. Perghhh tetiber rasa berpeluh dahi ni… 😅
  4. Benda ni nampak macam susah mcm impossible macam tak logik sebab ini bukan budaya orang MELAYU orang ISLAM. Benda baru memang susah nak hadam.
  5. Kepada anak-anak muda yg plan nak beli kereta atau rumah, pasang azam utk letak downpayment tinggi dan tempoh loan pendek !!!!

CONTOH:-

▶️ KERETA 50K.

Downpayment 30% iaitu 15K.

Pinjaman bank 35K

Interest 5% (andaikan)

Tempoh loan 5 tahun.

(Jangan tarik tempoh loan max 9 tahun).

Bulanan = RM700

IKLAN

RM700 x 5 tahun = 42K

Pinjaman 35K

Interest 7K

Hokay…

Jika rasa bulanan masih mahal.

Itu tandanya mungkin gaji kita mmg kecil dan kita kena downgrade kereta kecil yg murah sikit dlm 30-40K. Eerrrr…

#PS

Adjust lah apa yg patut ikut selera masing-masing. Bukannya ada org letak parang kat leher anda dan paksa kalian telan boolat-boolat apa yg dikongsikan di sini.

Cara ini – downpayment besar, tempoh loan pendek – hanya sesuai utk mereka yg mmg nak cepat-cepat buang beban hutang di bahu.

IKLAN

Ehhh mana nak cariiiii DOWNPAYMENT BESAR mcm tu????

Yeaaa anda kena berjimat.

Anda kena stop shopping benda baru, gunalah apa yg ada utk seketika.

Anda kena ada habit menyimpan duit.

Anda kena cari duit ekstra, kerja atau bisnes parttime, duit gaji partime masukkan ke tabung downpayment anda.

Duit bonus jgn usik. Masukkan ke tabung downpayment anda.

So awal-awal mungkin anda kena naik motor atau public transport 1-2 tahun utk penuhkan tabung downpayment 15K ini.

Yeaa ambil ilmu dan adjust lah apa yg patut,” kongsinya.

Baca Disini : Cara Bijak Wanita Uruskan Kewangan Setiap Bulan, Gunakan Auto Labur Di myASNB

Diuji Masalah Kewangan Kritikal, Amalan Bersedekah Selamatkan Rumah Dari Dijual

Beli Rumah Cara Orang Cina, Elakkan ‘Zero Downpayment’ “Berjimat, Menabung, Cari Duit Ekstra, Bisnes Sambilan”

Beli Rumah Cara Orang Cina, Elakkan ‘Zero Downpayment’ “Berjimat, Menabung, Cari Duit Ekstra, Bisnes Sambilan”

Sumber Foto : Facebook Bebas Hutang

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia