“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah”. Akhirnya pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof akui dirinya kini sah bergelar suami kepada Ira Kazar.

Anak kepada Datuk Yusof Haslam itu juga memberitahu perkahwinan kali ini dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand.

“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah” Syamsul Akui Bukan Manusia Sempurna

“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah”

Pengakuan tersebut dikongsikan sendiri oleh suami Puteri Sarah menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram. Malah dia juga menyatakan akad nikah antara dia dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Saisi.

“Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” kongsi Syamsul.

“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah” Syamsul Akui Bukan Manusia Sempurna

IKLAN

Perkahwinan Juga Sudah Didaftarkan

Pada masa yang sama Syamsul juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya.

“Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana.

“Saya bernikah secara sah dengan Ira di Thailand. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara.

“Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,”.

Putri Sarah Masih Isteri

“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah” Syamsul Akui Bukan Manusia Sempurna

“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.

IKLAN

“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.

“Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak.

“Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,”.

IKLAN

Tidak Niat Belakangkan Keluarga

“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.

“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” ujarnya.

Ucapan Tahniah Dari Rakan Artis & Netizen 

Menerusi ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini.

“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah” Syamsul Akui Bukan Manusia Sempurna “Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah” Syamsul Akui Bukan Manusia Sempurna “Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah” Syamsul Akui Bukan Manusia Sempurna “Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah” Syamsul Akui Bukan Manusia Sempurna “Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah” Syamsul Akui Bukan Manusia Sempurna

Baca Disini : Puteri Sarah Tak Rasa Menyesal, Mohon “Doakan Benda Terbaik Untuk Saya, Anak-Anak”

Puteri Sarah Mahu Kebenaran Sebelum Buat Keputusan Tentang Hati

Sumber / Sumber Foto : Instagram Syamsul Yusof

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Reen Bakal Dirikan Rumah Tangga Tak Lama Saja Lagi

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI