Pelakon Yana Samsudin masih lagi dalam kesedihan selepas pemergian satu-satu adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin yang meninggal dalam tidur. Sebaknya kerana, sebelum itu adik iparnya sempat memberikan nota pesanan untuk arwah adiknya menggambarkan betapa risau terpaksa berjauhan.

Mudahnya pengakhiran hidup arwah adik Yana ini, dikongsikan oleh Ustaz Faizal Khalid, Badan Khairat Kematian Bandar Setia Alam yang kemudiannya diulang siar oleh Yana di instagram miliknya.

Yang mana, sewaktu mahu menguruskan jenazah arwah Muhammad Fahmi, ustaz temui sekeping nota tulisan isteri yang dilekat pada pintu bilik. Dan sepasang baju bayi ada di tepi bahu arwah.

Temui Nota Tulisan Isteri Lekat Di Pintu Bilik

 

Arwah Meninggal Dalam Tidur, Nota Pada Pintu Bilik Gambarkan Kerisauan Isteri

Kongsinya,

‎انّا للہ و انّا الیہ راجعون ‎اللَّهُمَّ اغْفِرْله وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه.

Dapat panggilan dari Balai Polis memaklumkan ada kematian di kariah sini. Aku terus bergegas ke tempat kejadian. Cari waris, jumpa Fadzil Zahari. Dia bagi detail pasal arwah. Umur baru 30. Tak jauh umur dengan aku.

Ini yang Allah sebut dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat ke 61 “Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun & tidak (pula) mendahulukannya.”

Arwah meninggal dalam tidur. Sorang-sorang kat rumah. Isteri tengah dalam pantang kat kampung. Isteri call seharian tak berjawab. Call tempat kerja kata dia tak masuk kerja. Keluarga dah risau. Waris kat sini datang nak check rumah. Tengok-tengok arwah dah terbaring kat atas katil. Baru-baru ni ada juga satu kes yang kami urus, meninggal macam ni.

IKLAN

Tapi, kes yang ni lain sikit. Suasana nya tu! Tak macam selalu yang kami uruskan sebelum-sebelum ni.

 

Muka Arwah Bersih Macam Tengah Tidur

Aku masuk bilik nak tengok keadaan jenazah. Arwah baring atas katil berselimut. Muka bersih macam tengah tidur. Cuma sendi dah mula mengeras mungkin sebab jenazah dah lebih 12 jam.

Alhamdulillah, jenazah dapat diqiamkan. Kaki dapat diluruskan. Allah Maha Baik!

Masa tengah nak ambil kain batik utk selimutkan arwah tu yang aku perasan nota pesanan dari isteri arwah ni. Allah Allah. Nota dilekatkan di pintu bilik arwah. Menggambarkan betapa risau nya seorang isteri terhadap suami yang sedang berjauhan.

Aku capai kain batik, bila beralih ke bahagian kepala arwah baru aku perasan, ada sepasang baju baby kat tepi bahu arwah. Dapat tahu yang arwah rupanya baru jadi ayah 37 hari. Allah Allah.

Tersentak. Hiba. Sayu. Terkunci kata.

IKLAN

 

Arwah Meninggal Dalam Tidur, Nota Pada Pintu Bilik Gambarkan Kerisauan Isteri

 

Dengan bantuan jiran-jiran, arwah telah dibawa turun dari apartment & selamat dibawa ke Jabatan Forensik HTAR. Takde yang sukar, semua urusan malam tadi Allah permudahkan. Allah Maha Baik! .

Terima kasih semua yang hadir & membantu. Semoga Allah rezekikan kita husnul khotimah.

IKLAN

Aku tak pernah kenal pon arwah ni. Tapi aku yakin, arwah merupakan orang yang baik sepanjang hayat nya.

Salam takziah buat isteri arwah & keluarga Yana Samsudin.

Catatan ini dikongsikan Ustaz Faizal Khalid di facebook miliknya ketika diminta mengendalikan jenazah adik Yana Samsudin yang meninggal di rumah.

 

Arwah Meninggal Dalam Tidur, Nota Pada Pintu Bilik Gambarkan Kerisauan Isteri

 

MW : Al Fatihah.. semoga Yana Samsudin tabah menghadapi kehilangan adik yang amat dikasihinya ini.

Baca di sini :Adik Yana Samsudin meninggal dunia, isteri masih berpantang 37 hari di Sarawak

Sumber/Foto : Yana Samsudin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI