Dikuarantin Oleh KKM, Pelajar Tahfiz Tetap Habiskan 30 Juzuk Al-Quran Berulang-ulang

Setakat Isnin, jumlah penularan wabak Covid-19 di Malaysia semakin meningkat jumlahnya kepada 553 kes di negara ini. Difahamkan, 95 daripada kes itu ada kaitannya dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Sebelum ini, menerusi catatannya di laman sosial, Ustaz Ebit Lew berkongsi kesedihan tentang sejumlah pelajar tahfiz dan pendakwah yang dikuarantinkan atas arahan KKM berikutan wabak koronavirus (Covid-19). Bagaimana pun, dalam tempoh itu, pelajar-pelajar ini tetap menghabiskan membaca 30 juzuk Al-Quran secara berulang-ulang.

Tulisnya, “Sebak tengok gambar pelajar Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling sedang dikuarantin di sana atas arahan KKM. Syukur tiada seorang pun positif. Semua negatif virus covid. Mereka habiskan 30 juz Al-Quran berulang-ulang. Dan mereka hidupkan malam dengan tahajud tarik rahmat Allah. Mereka tahajud menangis doakan rahmat buat negara kita dan seluruh dunia.

4 pagi semua dah menangis berdoa. Begitu juga pendakwah yang sedang dikuarantin. Semoga semua cepat sembuh yer. Semoga semua ahli keluarga tabah yer. Allah bersama kita semua. Terima kaseh semua Dr dan warga kkm. I love u all. Allah sayang warga KKM yang sedang berjuang berjihad.

Doakan Mereka, Nasihatkan Yang Baik-baik

Saya benar-benar sayang semua pendakwah dan anak-anak ini semua. Sungguh, saya tak mampu lakukan dakwah seperti mereka. Saya tak hafal 30 juz Al-Quran dan belajar alim seperti mereka. Ini waktu saling mendoakan dan menasihati dengan baik kerana kita tak tahu apa dihadapan sana menanti. Ini bukan saat salahkan orang lain. Saya merayu semua saudaraku sekalian janganlah cakap bukan-bukan pada mereka. Semoga Allah maafkan kita semua.

Syukur 5 ribu orang yang berdaftar hadir hampir semuanya telah hadir membuat pemeriksaan. Syukur pada Allah. Tahniah pada semua. Dari mula lagi kes Brunei semua Masyaikh alim di Sri Petaling telah mengarahkan semua yang hadir pergi membuat pemeriksaan. Siap mereka cari call wasap semua sahabat yang lain. Mereka ada sistem sangat baik untuk sampaikan maklumat pada pendakwah yang hadir. Mereka taat pada keputusan Amir alim mereka.

Terkejut tengok sistem data mereka yang baik. Cuma awalnya petugas kesihatan arahkan siapa tiada simptom kuarantin di rumah. Yerlah ramaikan masa tu. KKM utamakan yang ada simptom. Jadi semua balik rumah dan mereka terus kuarantin sendiri di rumah. Cuma ramai juga yang hadir orang biasa yang tiada nama mereka. Ceramah umum kan. Semua hadir. Kalau program lain tak tahulah ada data begitu ke tidak.”

Tangguhkan Program

Semalam dekat Penang 30 ribu orang masih berkumpul bersesak. Hari ni (ketika status dimuat naik) beberapa hari program kementerian pelancongan akan melibatkan puluhan ribu orang ke seratus ribu orang menurut berita. Sekolah beribu orang pun baru semalam cuti sekolah. Presiden negara luar dan orang besar dah ramai kena. Pemain bola dan artis pun kena. Saat ini saat ubah gaya hidup dan amalan serta tawajuh pada Allah. Saya pun tangguhkan program prokids saya yang dah bayar semua makanan dan lain-lain. Puluh ribu ringgit juga kami tanggung. Walau terasa berat sangat. Takperlah demi keselamatan kita semua kerana Allah.

Sahabatku sekalian yang amat saya kasihi jom kita semua pohon pertolongan Allah tarik rahmat Allah. Donald Trump pun hari ini berdoa dan menyeru semua yang jauh dari tuhan dekat dengan tuhan. Mereka berdoa online seluruh Amerika. Seluruh Amerika menyambutnya. Tidaklah kita sama dengan mereka. Tetapi marilah kita semua berdoa pada Allah yang Maha Mendengar. Maha berkuasa. Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dia jaga kita dulu kini dan selamanya. Sentiasa mendengar semua doa, ucapan, dan sangkaan kita.

Jom kita semua terus berdoa. Berusaha menjaga kebersihan. Menasihati dengan baik. Saling berdoa. Sedih ada yang tulis bukan-bukan terhadap jemaah tabligh. Contohilah Dr Zulkifli Al Bakri dalam memberi nasihat dan alim yang lain. Janganlah kerana segelintir beberapa orang kita hina mereka. Saya takut bila kita hina dan caci mencaci sesama kita. Azab Allah lebih cepat dan rahmat hilang. Buat yang telah positif kita doakan mereka dan solat hajat doa mereka sembuh.. Jauhkanlah cakap bukan-bukan. Siapa tahu dimana dan waktu bila nak kena kan. Tugas kita berjaga-jaga mengikut arahan KKM dan tingkatkan hubungan kita dengan Allah dan banyak bertaubat.

Ikut Nasihat KKM, Elak Berada Di Tempat Awam Dan Sesak – Ebit Lew

Syabas tahniah kepada KKM. Saat kita dinasihatkan mengelak tempat awam dan sesak. Mereka barisan hadapan membantu mereka yang sakit. Panas pakaian tu. Tak makan dan minum. Nak ke tandas pun risau. Begitu juga di lab semuanya. Jom kita bantu mereka dan berusaha mencegah dengan amalkan nasihat yang telah dibagitahu pada kita. Allah pasti beri pahala syurga dan rahmat besar untuk semua Dr dan Petugas kesihatan. Jom kita bantu mereka. Jom doakan mereka semua.

Buat yang belum buat pemeriksaan pergilah membuat pemeriksaan. Yang patut kuarantin. Terus kuarantin diri. Jaga kebersihan dan terus berdoa sama-sama yer.

Jom kita bersatu hati dan berkasih sayang kerana Allah. Hanya Redha Allah kita semua harapkan. Kita semua pesan keluarga jaga solat. Bangun tahajud dan dhuha. Buat Talim rumah. Baca manzil setiap pagi dan doa-doa Nabi saw. Sedekah dan cakap kebesaran Allah. Tiada yang boleh angkat wabak virus Covid-19 melainkan Allah. KeranaNya kita berusaha kepadaNya sepenuhnya kita berserah.

Lahaulawala Quwatailla billah. Semoga menjadi asbab hidayah seluruh alam.

MW : Semoga ahli keluarga mak ayah semua dilindungiNya daripada wabak Covid-19 ini.

Baca sini : Pesakit positif Covid-19 ini dedah punca terkena jangkitan dan tanda dialaminya.

Sumber/Foto : Ebit Lew

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI