Covid-19 Tak Berjangkit Melalui Susu Ibu, Jika Positif Ini Cara Teruskan Penyusuan

Mak-mak yang sedang menyusukan bayinya secara ekslusif tidak perlu berasa bimbang dan menghentikan penyusuan ibu. Kerana, Covid-19 tidak berjangkit melalui susu ibu.

Hal ini ditegaskan oleh Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Haliza Yussoff yang mana beliau menyeru agar ibu semua ibu yang sedang menyusukan bayi di rumah teruslah berbuat demikian.

Panduan Menyusukan Bayi Semasa Wabak Covid-19

Maklumnya,

Buat pengetahuan semua, COVID-19 tidak berjangkit melalui susu ibu. Dengan mengambil kira manfaat penyusuan susu ibu serta kelebihan yang terdapat dalam susu ibu itu sendiri.

Pusat Laktasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyeru semua ibu di Malaysia untuk terus menyusukan bayi dengan mematuhi langkah-langkah seperti berikut:

1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
2. Kepada ibu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan pernafsan seperti batuk, demam dan/atau kesukaran bernafas, segera mendapatkan rawatan perubatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.
3. Sekiranya batuk, sentiasa mengambil etika batuk yang baik iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk atau bersin dan membasuh tangan serta mengasingkan diri daripada bayi kecuali pada waktu penyusuan.

Jika Ibu Positif Covid-19, Teruskan Penyusuan Ikut Langkah Ini

1. Sekiranya ibu telah disahkan positif COVID-19, ibu perlu guna topeng muka (facemask) semasa penyusuan dan perlu mencuci tangan dengan teknik yang betul sebelum dan selepas memegang bayi.
2. Sekiranya ibu mengalami gejala yang teruk disebabkan oleh jangkitan COVID-19 adalah dinasihatkan untuk memerah sisi ibu (express breast milk) dan dapatkan orang yang sihar untuk memberikan susu perahan ibu kepada bayi dengan menggunakan sudu dan/cawan yang bersih.

Penyusuan ibu adalah terbaik dalam pelbagai situasi. Semoga semua ibu dan bayi di Malaysia dilindungi.

 

Covid-19 Tak Berjangkit Melalui Susu Ibu, Jika Positif Ini Cara Teruskan Penyusuan

 

MW : Semoga ibu dan bayi dilindungi daripada virus Covid-19 yang semakin menular ini.

Baca sini : Covid tak mengenal bangsa dan agama, 15 petugas kesihatan juga dijangkiti.

Sumber/Foto : Nimelesh, Pusat Laktasi Kebangsaan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI