‘Paknil.. Ayah Dah Meninggal’ Mangsa Ketujuh Covid-19, Rakan Sekolah Aznil Hj Nawawi

Allahyarham Idris bin Atan, merupakan mangsa ketujuh yang meninggal disebabkan jangkitan virus Covid-19. Arwah yang berusia 57 tahun, merupakan rakan sekolah rendah pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi yang lebih mesra dengan panggilan Paknil.

Sebelum ini, Mingguan Wanita kongsikan betapa hiba hati anak perempuannya, Syahira Idris yang juga disahkan positif Covid-19.

Baca sini :’Rehatlah ayah..’ ketika anak masih dalam kuarantin, ayah pergi selamanya kerana Covid-19.

Syahira masih menjalani kuarantin di wad hospital bersama kakaknya yang juga positif. Walaupun ditempatkan di dalam hospital yang sama,

mereka tetap tidak dapat melihat wajah arwah ayah buat kali terakhir.

Menerusi laman instagram Paknil, beliau ada membuat panggilan video dengan Syahira. Sebenarnya beberapa hari sebelum itu, Paknil sudah pun membuat panggilan video bertanyakan malah berkongsi keadaan ayah Syahira kepada para followernya semasa rakannya itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Ujar Syahira, malam sebelumnya.. jantung ayahnya tiba-tiba terhenti. Doktor telah pun membuat renjatan elektrik. Dan dibimbangi jika keadaan berterusan, jantung ayahnya boleh terhenti bila-bila.

Dalam pada memaklumkan keadaan ayah yang sangat kritikal itu, Syahira memohon kepada Paknil agar menyampaikan kepada rakan-rakan selebriti itu untuk terus mendoakan ayahnya (ketika hayatnya masih ada).

 

‘Paknil.. Ayah Dah Meninggal’ Mangsa Ketujuh Covid-19, Rakan Sekolah Aznil Hj Nawawi

 

Ibu Paling Terkesan..

Mak nangis..” Kata ibu, “Macam mana umi nak hidup kalau tak dapat uruskan ayah.”

Saat itu, cuma air mata menemani perbualan Paknil dan Syahira. Paknil berusaha menenangkan Syahira dan menitipkan pesan agar anak itu bertabah.

Kata Paknil, “Itu kira macam jihad ayah. Ayah berjuang.. kita doa supaya ayah diberi kesempatan..” Sempat Aznil menitipkan pesan, agar Syahira menghubunginya untuk apa-apa perkembangan.

Dan pada 21 Mac 2020, sekitar 3.30 petang, Syahira menghubungi Paknil memaklumkan yang ayahnya sudah pun kembali ke rahmatullah.

Bicaranya, “Hello.. Paknil, ayah dah meninggal

Tadi, sebelum ayah pergi.. doktor dah ajar ayah mengucap. Dan doktor katak ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat.”

Paknil tak dapat menahan tangisnya dan menjadi terlalu emosi dengan kehilangan rakan baiknya akibat virus Covid-19 ini.

Ya Allah.. ya tuhanku.. Kau tau apa yang terbaik untuk sahabat ku ini Ya Allah.. Mungkin ayah lebih baik di sana lagi Syira.. kalau ayah terus-terusan.. tak tahu kan macam mana.” Dalam kesedihan Paknil cuba memujuk anak rakannya itu.

 

‘Paknil.. Ayah Dah Meninggal’ Mangsa Ketujuh Covid-19, Rakan Sekolah Aznil Hj Nawawi

 

Semua.. Tolonglah INSAF

Pesan Paknil kepada anda di luar sana,

Paknil pohon agar kita bersama ambil peranan ingat mengingati tanggungjawab menjaga Negara kita ini.”

Setiap hati Paknil menanti perkembangan akan sahabatnya ini. Dan pengakhiran hayat yang disebabkan oleh virus Covid-19 ini begitu menyayat hatinya.

Inilah kebenaran yang pasti akan terjadi jika anda di luar sana tidak memainkan peranan masing-masing.

Semua tolonglah insaf.. tolonglah buat peranan masing-masing. Kita perangi benda (virus Covid-19) ni.” Rayu Datuk Aznil Hj Nawawi dengan penuh hiba

#kitakasicucivirus

 

 

MW : Kawan.. sememangnya situasi ini tersangatlah serius. Virus Covid-19 boleh dibasmi jika kita sama-sama memutuskan rantaiannya. Caranya Duduk Rumah Sepenuhnya. #totallystayathome Jika anda pernah ada contact dengan seseorang yang berisiko Covid-19, silalah tampil membuat saringan.

Jangan lari.. jangan menipu. Iya, anda tidak menunjukkan simptom. Tapi, jangan sampai anda menjadi pembawa virus.. penyebar langsung menjangkiti mereka yang ketika ini teramat diperlukan oleh negara iaitu FRONTLINER , doktor, jururawat malah petugas kesihatan.

TOLONG! Jangan patahkan semangat mereka yang sudah sedia diuji sejak berhari-hari ini.

Sumber/Foto : aznilnawawihm , astro awani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI