Bila makan Apam Kampung Gula Merah, teringat memori kecil-kecil dulu mak dan nenek kita selalu buat dulu. Mudah rupanya nak buat kuih apam ni, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak tapi tetap sedap.
Boleh cuba resipi Apam Kampung Gula Merah yang dikongsikan oleh Puan Cahaya Suria ni
“Apam kampung gula merah.Sangat mudah, tak banyak bahan tapi sedap”
1.Didihkan air dengan gula merah dan gula pasir.
2.Tapis air gula suam ke dalam bekas. Lagi baik jika bekas yang bertutup.
3.Masukkn yis tunggu sehingga kembang kemudian masukkn tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis.Jika adunan agak pekat boleh tambahkan 1/2 cawan air lagi.
4.Kacau rata, tutup bekas dan biarkan bancuhan naik 2 kali ganda.
5.Kacau lagi untuk buang angin dan masukkan ke dalam acuan kesukaan yang telah dioles minyak masak.
6.Isikan separuh bahagian dan tunggu sehingga naik penuh semula baru kukus dalam masa 7-8 minit.
Ads
Info Ekstra:
Jika kukus dalam loyang kena kukus lama sikit dalam 1/2 jam.
Sejukkan. Sediakan kelapa parut putih.
Rupanya senang nak buat cheese cake yang sedap dan gebu boleh guna empat bahan je. Kalau mak-mak nak buat untuk minum petang, ada potluck atau hari istimewa macam hari jadi anak pun sesuai sangat buat kek ini. Paling penting ia tak rasa hanyir dengan bau telur.
Boleh cuba perkongsian resipi cheese cake gebu dan senang nak buat di daripada Puan Nurul Athira sebagai rujukan;
“Cheesecake done. 4 bahan je confirm jadi. Bolehh try awak-awak. Yang pasti tidak hanyir telur.”
2.Mixer kan putih telur sampai kental (soft peak, bertanduk bila terbalikkan bekas meringue tak jatuh).
3.Bekas lain, pukul creamcheese bersama susu pekat sampai kembang. Masukkan telur kuning satu persatu pukul sampai sebati.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan kaup balik sampai sebati.
5. Satukan putih telur tadi dan bancuhan creamcheese kaup balik je pakai spatula.
6. Lapikkan baking paper dalam tray. Masukkan adunan dan bakar selama 30minutes api atas bawah 180c. Mengikut oven masing-masing.
Taraaa siappp. Mudahh jer kalau ikut step by step.
Selamat Mencuba!
Posted by Nurul Athira on Thursday, August 29, 2019
MW: Mudah sangat nak buat cheese cake ikut resipi yang dikongsikan ini. Hanya guna empat bahan je. Mak-mak yang suka cheese cake boleh cuba buat sendiri di rumah. Anak-anak pun mesti suka.
Kalau masak sambal, mak-mak suka guna cili kering dan ada juga yang suka guna cili boh yang siap dibeli di kedai. Masalahnya, kalau gunakan cili kering, ada bijinya yang tidak hancur sepenuhnya.
‘Bercinta’ nya bila nak buang cili kering. Kadang-kadang, untuk sediakan ia sahaja dah ambil masa berapa lama. Inilah yang berjam-jam duduk di dapur, tambah masa untuk memasak lagi.
Kali ini, mak-mak tak perlu risau kalau nak asingkan cilik kering. Ada cara yang mudah dan jimat masa. Perkongsian daripada Umi Watie ini sesuai untuk mak-mak yang suka guna cili kering untuk masak sambal dan masa sama asingkan bijinya sekali.
Hari ini kakchik nak share cara paling senang nak buang biji cili. Selalu kena potong atau gunting halus-halus lepas itu asingkan apa semua kan?
Cara ni paling mudah, pakai alatan pun murah saja. Bagus untuk melatih anak dara belajar masak. Ini pun salah satu subjek penting musim pkp.
Cili kering itu kakchik tak cuci pun. Tak potong kecil, hanya masukkan dalam bekas chopper tu saja. Chopper pun pakai manual saja. Sambil bersenam gitu.
Sekali buat dalam 20 biji cili kering. Cukuplah untuk sekali masak bagi rencah mee goreng.
Nak lebih sila buat sampai cukup ya.
1. Cili dah siap asingkan biji cilinya.
2. Lebuh semua masuk dalam manual chopper.
3. Lepas tarik zipzap zipzap. Biji cili nampak dah terasing.
4. Bubuh dalam tapis. Senang saja kan?
5. Biji cili yang tertinggal. Ini kalau geng kebun mesti geram je nak semai kan. Guma bijinya.
6. Dah siap. Jom masak.
Selamat mencuba.
#DapurMakRerama
MW: Mak-mak yang ada chopper kat dapur, boleh cuba buat. Guna yang murah pun dah cukup membantu. Jimat masa kat dapur.
Pressure Cooker atau Periuk Tekanan antara peralatan memasak di dapur yang menjadi idaman kebanyakan mak-mak. Manakan tidak penggunaan periuk ini cukup memudahkan urusan memasak pelbagai jenis masakan untuk hidangan anak-anak dan keluarga tersayang.
Antara Kelebihannya:
Jimat Masa
Punyalah banyak masa mak-mak yang dapat dijimatkan dengan menggunakan periuk ini kerana ia mempercepatkan proses memasak. Sebagai contoh, jika selama ini merebus daging sehingga empuk di periuk biasa, memerlukan masa 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Namun jika pertama kali menggunakan periuk tekanan ini, mak-mak perlu lebih berhati-hati dengan cara penggunaannya. Ini kerana tekanan udara dan wap panas daripada periuk boleh mengundang bahaya dan akibatkan kecederaan pada diri jika tidak tahu cara menggunakannya dengan betul.
Jenis & Harga:
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Contoh Periuk Tekanan Elektrik:
Antara jenama popular untuk periuk tekanan elektrik adalah Noxxa dan Philips.
Contoh Periuk Tekanan Dapur Gas:
Antara jenama yang popular untuk periuk tekanan dapur gas adalah Butterfly, Trio dan Tefal.
Berikut adalah cara asas penggunaan periuk tekanan (pressure cooker) yang mak-mak perlu ambil tahu:
1.Bagi menggunaan periuk tekanan elektrik, perlu baca manual penggunaan kerana kebanyakan model datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan.
2.Masa masakan biasanya telah ditetapkan. Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
3.Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
4.Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
5.Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan.
6.Jangan buka dahulu! Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!
7.Jika daging masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Peringatan Penting!
Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Penggunaan periuk ini ketika memasak memang cukup mudah jika tahu cara betul menggunakannya.Namun, sentiasalah beritahu kepada anak-anak dan keluarga tentang cara betul penggunaan periuk tekanan ini. Pantaulah cara mereka menggunakannya, apatah lagi jika tak biasa menggunakan periuk ini kerana ia boleh mengundang bahaya dan mendatangkan kecederaan pada diri.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...