Anak diuji tumor otak, bapa berkhemah di parkir hospital kerana ingin selalu dekat. Pengorbanan seorang bapa yang kasihkan anak dan isteri. Sanggup melakukan apa saja walau tidurnya tidak selesa.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’. Itu perumpamaan tepat buat Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, apabila sanggup tidur dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini bagi menemani anak bongsunya yang dirawat di hospital itu.
Anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sehingga kini dirawat di hospital berkenaan sejak menjalani pembedahan bagi pengambilan sampel sel serta memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu lalu, selepas disahkan menghidap tumor otak sehari sebelumnya.
Afeef dikesaan mengidap tumor otak dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)Kasih tiada galang gantinya buat anak mereka yang diuji. Bapa ini memilih berkhemah dalam kereta bagi dekat dengan anak dan isterinya.
Video kereta Proton Satria milik bapa itu yang dipasang dengan khemah sambungan belakang kereta dan diletakkan di ruangan parkir HRPB, tular di media sosial hari ini.
Bapa kepada tiga anak masing-masing berusia 15, 12, dan 8 tahun itu yang mesra disapa ‘Adi’ berkata, Muhammad Afeef kini stabil selepas pembedahan itu namun masih perlu dirawat dan dipantau di Wad Pediatrik HRPB dengan ditemani isterinya, Aminah Othman.
Katanya, keputusan bermalam di ruangan parkir hospital itu diambil kerana ingin sentiasa dekat menemani anak serta isterinya, selain beberapa kekangan lain termasuk kewangan serta kesukaran untuk mencari lot parkir sekiranya dipanggil doktor.
Beginilah situasi dilalui oleh Adi Saifullizam yang berkhemah di parkir kerana mudah jika dipanggil doktor selain masalah kewangan dan parkir terhad
“Isteri menemani anak di wad dan saya ‘menetap’ dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.
“Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya,” katanya dihubungi NSTP hari ini.
Bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bidor dan menetap di Trolak manakala Aminah hanya suri rumah sepenuh masa Adi berkata, dia juga mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga Sabtu ini untuk bersama-sama isteri memantau anaknya.
Ads
Katanya, dua lagi anaknya iaitu anak sulung dan anak kedua kini dijaga sementara oleh saudara terdekat.
“Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.
“Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).
“Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengkalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir,” katanya.
Adi berkata, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).
Ads
“Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.
“Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.
“Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumor dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adi Saifullizam di talian 013-7922812.
Sikap suka membanding-bandingkan dengan orang lain memang boleh beri kesan buruk dari segi emosi dan psikologi. Mak ayah yang suka membandingkan anak-anak, mahupun atuk nenek yang gemar membeza-bezakan cucu, sebaiknnya elak bersikap sedemikian.
Sering Dibandingkan
Gara-gara sering dibandingkan dengan sepupunya, seorang remaja lelaki bertindak membakar rumah dihuni datuk dan neneknya di Salem, Tamil Nadu, India, menyebabkan pasangan itu maut.
Times Now News melaporkan, insiden itu berlaku pada Isnin lalu dan suspek berumur 16 tahun. Mangsa dikenal pasti sebagai Kaatu Raja, 70, manakala, isterinya, Kaasiyammal, 60.
Kebakaran Rumah
Pada pagi hari kejadian, jiran mangsa mendengar jeritan dan terus bergegas ke lokasi untuk melihat apa yang berlaku. Dia terkejut apabila melihat kebakaran di rumah mangsa.
Menurut The Indian Express, rumah mangsa berkunci dan jirannya cuba memecahkan pintu untuk menyelamatkan mereka tetapi gagal.Dia kemudian menghubungi bomba.
Mangsa bagaimanapun tidak dapat diselamatkan kerana mengalami luka bakar yang teruk.Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.
Cucu mereka ditahan polis untuk membantu siasatan.
Simpan Dendam
Deputi Superintendan (DSP) Immanuel Gnanasekar berkata, suspek tinggal bersama ibu bapanya dan datang ke rumah datuk serta neneknya untuk melakukan perbuatan itu.
“Dia menyimpan dendam kepada keluarganya termasuk bapa saudara, datuk dan neneknya. Suspek memberitahu datuk dan neneknya sering membandingkannya dengan sepupunya serta meminta dia jadi seperti mereka. Kata-kata itu membuatkan suspek berasa tidak senang,” katanya.
Difahamkan, suspek mengaku melakukan cubaan membunuh datuk dan neneknya dengan membakar rumah mereka.Dia didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Perbuatan ini memang salah, namun pengajaran buat mak ayah mahupun datuk dan nenek, usah banding-bandingkan anak mahupun cucu dengan orang lain. Kerana ia beri kesan yang buruk dan mendalam dari segi emosi.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Usahawan terkenal Joy Revfaini memang gigih bila masuk bab kerjaya. Sebagai ibu tunggal, Joy tak meletakkan status dirinya untuk berserah saja pada nasib. Wanita ini gigih membina empayar dengan formulanya yang tersendiri.
Lihat bagaimana Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin membangunkan Merve Cosmetics. Macam-macam idea segar yang buat ramai terpesona. Apa pun pengasas produk kecantikan ini ada rahsia sendiri yang membuatkan rezekinya sentiasa murah.
“Dari siang sampai tengah malam kat ofis ni perah otak dan bertungkus lumus semata-mata nak kukuhkan empire yang saya bina sendiri bersama expert-expert staff yang setia di sini.”
“Saya bina semua ni dengan usaha sendiri tanpa tajaan duit atau pump duit dari “Laki orang / ahlong / sugardaddy / duitmakbapak / atau tak payah jadi sugarbaby / gundik / gf somebody pun saya boleh survive dan bina empire sendiri.”
“Ingat ladies, cuba cabar kemampuan diri sendiri untuk all out!”
Kita ni bukan kaum yang lemah sangat sampai terpaksa jadi “perempuan simpanan” nak rasa kemewahan dan kecapi kejayaan.
“Yang utama, jangan lupa kan Ibu kita kerana doa dari seorang ibu paling mujarab untuk kita sampai ke level yang diimpikan selama ni, insyallah.”
Cara Kerja Joy Revfa Sampai Boleh Berjaya Tahap Sekarang
Pertama : FAST ACTION! Kerja Kena Cepat Dan Pantas
Di MERVE HQ, expert-expert yang bekerja dengan saya tahu lah cara kerja saya macam mana dan make sure semua kena fast action. Kita kena laju & pantas. Pantas buat keputusan. Pantas buat tindakan.
Bukan hari ni plan, lepas sebulan baru bertindak! Kalau singa pun boleh bertukar jadi Naga. Even kita nak purchase internet pun nak speed paling laju! Orang sanggup bayar lebih mahal untuk sesuatu yang SEGERA, CEPAT & PANTAS..! So please speed up!
Kedua : Stop Bagi Alasan Bodoh
Memang saya selalu tekan kan pada expert-expert yang bekerja dengan saya kena buang sikap bertangguh dan stop bagi alasan bodoh!
Syarikat ni bukan nak tunggu mereka yang lembab dan blur blur katak! Disebabkan seorang staff yang tak pandai jaga customer service, tak pandai service client/stockist, segala benda slow macam kura-kura, last-last pengasas la sasaran utama kena maki hamun dengan customer!
Ketiga : Kerja Jangan Main-main, Jangan Taip Whatsapp Macam Budak Wechat
Sebab tu saya sangat ambil berat setiap department yang ada dalam syarikat dan make sure expert-expert di sini kena selalu upgrade RAM processor otak tu!
Kerja dengan saya jangan main-main, slow dan jangan taip whatsapp macam budak wechat! Tapi alhamdulillah kerana expert-expert yang saya ada sekarang semua dah banyak belajar & lama-lama mereka jadi semakin awesome.
Komited dan fokus pada sasaran kita. Sebab kita sebagai Pengasas/Usahawan, bukan nak bina empire semata-mata nak sara diri tetapi kita nak bina KEKAYAAN & KEJAYAAN.
If you’re not going to swim deep with me then get out of my waters. Thanks to all of my beloved Merve Cosmetics HQ experts staff!
Haa.. itu antara rahsia kejayaan ibu muda ini. Mana-mana yang nak jadi usahawan atau berniaga tu boleh praktikkan idea kejayaan lagi murah rezeki dari Joy Revfa yang juga ibu kepada Arryan Firdaus.
Ibu keluar ambil barang, kereta terkunci secara automatik.’ Kanak-kanak dua tahun terperangkap daam kereta. Mujurlah tindakan pantas bomba dapat menyelematkan kanak-kanak ini.
Kadang-kadang mak-mak tiada pilihan terpaksa tinggalkan anak di dalam kereta , namun malang tak berbau. Syukur anak ini dapat diselamatkan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di dalam sebuah kereta Honda ketika ibunya keluar mengambil barang di Taman Kesidang, Bachang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah.
Kereta Terkunci Secara Automatik
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.34 pagi dan sepasukan enam anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi kita dapati seorang kanak-kanak lelaki telah terkunci di dalam kereta jenis Honda dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan.
“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira sembilan minit kemudian dalam keadaan selamat dan diserahkan semula kepada penjaganya,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat, kejadian dikatakan berlaku ketika ibu kanak-kanak tersebut keluar dari kenderaan untuk mengambil barang.
“Selepas keluar, kereta itu secara tiba-tiba terkunci secara automatik menyebabkan anaknya terperangkap.
“Kes sebegini kerap berlaku dan kita meminta agar para penjaga lebih bertanggungjawab dan tidak meninggalkan anak masing-masing seorang diri di dalam kereta,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga mak ayah lebih berhati-hati dan menjadikan kisah ini sebagai panduan agar tidak mengambil mudah dalam menjaga keselamatan anak-anak.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...