Carilah ‘kunci keluar’ dari perkahwinan toksik wahai isteri yang sedang terdera perasaan malah fizikal. Janganlah biar diri terus bertahan diri dan dilukai.
Anda berhak mencari jalan keluar yang selamat. Janganlah sampai nyawa jadi taruhan. Biar pun derita tak lagi dirasai, bagaimana nasib anak-anak yang ditinggalkan.
Kerana, tidak semua lelaki bergelar suami itu benar-benar menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah untuk keluarganya.
Pesan Nadia Hazmi, bertindaklah dengan bijak wahai isteri. Kerana ‘mati bukanlah penamat sebuah derita.’ Tentu ada ‘kunci keluar’ untuknya. Hadamkan perkongsian kanselor di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik – Puspen Kuching.
Mati Bukanlah Penamat Sebuah Derita
Sejak hari pertama berita ini melintas di newsfeed, setiap kali itulah hati ni rasa hancur berkeping-keping.
Wahai lelaki durjana yang bertuhankan NAFSU, Kau renunglah wajah anak-anak darah dagingmu yang tak mengerti apa.. Yang masih sangat perlukan belaian kasih sayang seorang ibu.. Ibu yang menanggung deritanya seorang diri. Dalam diam tak siapa pun yang tahu.
Baca petikan perenggan dalam berita tersebut:
“Kematian seorang ibu muda kepada empat orang anak di sebuah rumah flat di Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad minggu lalu telah membongkar kisah penderitaannya selama ini yang dipercayai sering didera suaminya.
Adik perempuan kepada ibu muda itu mendakwa, berdasarkan cerita daripada anak kakaknya itu, bapa mereka dipercayai sering memukul wanita yang berusia 28 tahun tersebut sehingga mereka menangis ketakutan.
Bagaimanapun, adik mangsa yang mahu dikenali sebagai Aliya memberitahu, kejadian tersebut langsung tidak diketahui oleh keluarga ketika itu.. ”
Jalan Keluar Isteri Bukan Di Dunia, Tapi..
She suffered ALONE.. demi menjaga hati keluarga dan suami durjana.. bersendirian memendam yang mungkin membuatkan dia cuba meluah dan meletus dengan “terbukanya AIB” suaminya yang curang di medsos.. yang dikecam sebagai isteri yang membuka aib suami oleh sesetengah pengulas yang bajet mulia.
Deritanya kini berakhir, bertemu jalan keluar, bukan di dunia.. tapi terus ke alam abadi. Namun apa nasib anak-anak kecil yang ditingggalkan?
Derita tidak terhenti dengan kematian itu.. Kesan emosi dalam pembesaran emosi anak-anak yang menyaksikan dengan mata dan hati penderaan dari BAPA KANDUNG MEREKA SENDIRI SEHINGGA MERAGUT NYAWA IBU TERRSAYANG. Bayangkan perasaan mereka sepanjang hidup. Hancur, luluh, hilang tempat mengadu dan TRAUMA.
Carilah ‘Kunci Keluar’ Dari Perkahwinan Toksik
Pernah juga akak menulis sebelum ini tentang ini.. duhai ibu-ibu yang menderita hidupnya terkandas dalam rumahtangga yang TOKSIK, sudah-sudahlah ibu.. ini yg pernah akak sebut dulu, ‘orang kita’ lebih sanggup mati didera suami dari mati tak bersuami.
Please la, tolong hentikan. Bergegar pun tiang arasy bila isteri menuntut hak penceraian dari suami, namun Islam tidak pernah zalim pada wanita. Hanya kita yang menzalimi diri sendiri dan takut menderita hidup dalam stigma masyarakat yang jumud memandang rendah pada ibu tunggal.
Ibu-ibu carilah ilmu, jangan biarkan diri digantung tak bertali, diikat atas nama nama perkahwinan untuk menjadi ‘punching bag’ si Dayus tak berguna.
Ada banyak jalan keluar selain menuntut cerai, ada juga option kedua iaitu tuntutan FASAKH.. mohon teliti dan amati lafaz TAKLIK yang tertulis di belakang sijil nikah kita kerana di situ ada tersembunyi “kunci keluar”.. yang mampu membantu puan dari terus dikhianati, disakiti, diekplotasi dan diperhambakan dan akhirnya mati dengan percuma. Tak berbaloi pun.
Ingatlah.. anak-anak tak mampu memilih siapakah bapa mereka, tapi kitalah penentu acuan mana yang patut mereka tempa.
Baca sini : Suami curang sebab pilihan sendiri, jangan aniaya pasangan, isteri boleh mohon fasakh
Didik Anak Lelaki Agar Tak Menyakiti Kaum Ibu
Jangan lemah puan-puan.. Pandang wajah dan mata anak-anak yang lebih memerlukan kita berbanding mempertahankan si bapa durjana.
Ibu-ibu.. zaman kita sekarang memang sangat perlu untuk kita berilmu, berdiri di atas kaki sendiri, bukan untuk ego tak perlukan suami.. tapi zaman ini ramai lelaki yg sudah ‘rosak’.
Perkasakanlah diri seiring zaman, didiklah anak lelaki kita untuk tidak menyakiti kaum ibunya iaitu wanita tak kira siapa. Kita berhak hidup gembira, berhak hidup bahagia, berhak dibimbing dan disayangi.
Selamat Hari Ibu 2022
Nota Kaki: Ramai pula yang tanya, si penyondol tu apa cerita? Persetankan saja tentang dia, sebab ulat sampah memang bersama bangkai dan longgokan sampah saja layaknya.. saksikan saja dia membusuk dimakan usia bernoda..
Kita? jadilah seperti kepompong sutera yang struggle membebaskan diri dan akhirnya terbang seindah rama-rama.
Menulis dari hati,
Sumber/foto : Nadia Hazmi #nhwrites
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI