Selepas Jual 6 Baju RM50, 000 Kakak Hello Kitty Reka Lagi 6 Pasang Koleksi Peribadi

Sejak enam hari lalu, tular di media sosial cerita seorang usahawan kosmetik yang mendapat ‘durian runtuh’ apabila menjual koleksi baju Hello Kitty miliknya dengan harga RM50,000.

Mingguan Wanita menghubungi usahawan yang cukup dikenali dengan nama Kakak Hello Kitty ini untuk mendapatkan kisah di sebalik penjualan baju Hello Kitty yang viral itu.

Ya, saya dah jual 6 pasang baju Hello Kitty tu dengan harga RM50K. Walaupun sedih, tapi saya dah redha dan terima yang baju Hello Kitty itu telah terjual.”

Terang Kakak Hello Kitty atau nama sebenarnya, Yus Amina Binti Mohd Zawizah, 27 yang menggunakan akaun facebook Putri Jeliyta Afina.

Perasaan sedih tak boleh dipendam lama-lama. Sebagai mengubat rasa, Kakak Hello Kitty kita ini dah pun buat 6 pasang baju koleksi peribadi yang baru.

Buat masa ini saya ada 6 set baju Hello Kitty yang dah siap. Lagi 2 set belum pernah dipakai lagi. (dalam gambar top image MW kongsikan koleksi terkini baju Hello Kitty yang dimaksudkan).

Biarpun ada koleksi yang baru, Kakak Hello Kitty ini tak mungkin menjualnya. “Rasanya tak jual dah kot.” Balasnya.

Walaupun sampai ke hari ini masih ada yang pm, whatsapp malah call nak beli baju Hello Kitty yang dah terjual tu.

Selepas Jual 6 Baju RM50, 000 Kakak Hello Kitty Reka Lagi 6 Pasang Koleksi Peribadi

Tapi.. Kenapa Hello Kitty?

Rupa-rupanya, Hello Kitty ini bukan saja menjadi minatnya tapi ia dicetuskan daripada anak perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Binti mohd afizi. Sampailah akhirnya terkesan-kesan dekat suami, Mohd Afizi Binti Mohd Nasir.

IKLAN

Kenapa Hello Kitty? Haa.. ini jawapannya “Tak tahu nak cakap. Barangkali sebab anak saya minat kucing dan suka warna pink.

Kalau bagi warna lain pink juga Jeliyta ambil. Sama juga Hello Kitty. Kalau bagi yang lain Jeliyta akan ambil Hello Kitty juga.”

Masa mula buat baju Hello Kitty memang nak bagi Jeliyta suka. Sekali pakai baju itu, saya dengan Jeliyta sampai ke malam raya tak buka.

Tapi tak sangka juga bila ada seorang bergelar ‘Datuk’ yang sanggup nak bayar RM10K untuk baju raya saya dan anak saya. Dan dari situlah, mana-mana saya pergi orang panggil saya Kakak Hello Kitty.”

Ceritanya lagi, sebelum kisahnya tular dia dan suami sememangnya memanjakan Jeliyta dengan Hello Kitty.

Pernah saya dan suami pergi kedai yang jual barang Hello kitty dan kami beli semuanya untuk Jeliyta.”

Selepas Jual 6 Baju RM50, 000 Kakak Hello Kitty Reka Lagi 6 Pasang Koleksi Peribadi

IKLAN

Ini kerana, agak sukar sebenarnya nak dapatkan barangan dengan jenama Hello Kitty. Jadi bila jumpa yang berkenan, Puan Yus Amina dan suami tak berkira tentang kos.

Untuk barangan yang dibeli sampai satu kedai tu, mereka berbelanja tak sampai RM3000. Ada koleksi Hello Kitty yang dari Jepun dan China.

Koleksi itu, diletak dalam kereta. Ada juga di kalangan teman yang bergurau mengatakan ‘boleh mabuk Hello Kitty’ bila masuk kenderaannya itu. Tapi memang comel pun.

Bukan Saja Baju, Satu Rumah Sampai Set Muka Pun Hello Kitty

Minatnya terhadap patung comel putih-pink ini cukup mendalam. Bukan saja baju Hello Kitty, kediamannya juga dipenuhi dengan kartun-kartun comel igu.

Saya tak boleh tengok. Asal ada Hello Kitty mesti nak beli. Hias kedai, rumah sampailah pejabat berkonsep Hello Kitty.

Suami pun minat sama. Kalau dia ke mana-mana dan nampak Hello Kitty, dia akan bawa pulang ke rumah.

IKLAN

Tapi dalam pada memenuhi minatnya itu, ada juga yang mengecam. “Memang terlalu banyak kecaman saya terima. Pada mulanya kami rasa tertekan jugalah bila dikecam.

Alhamdulillah, sekarang ini kami tak kisah apa orang nak cakap. Sampai saya sendiri dah keluarkan satu produk kosemetik Hello Kitty iaitu set skincare Hi Kitty Putri Jeliyta.”

Asal Nampak Hello Kitty, Mesti Nak Beli

Dalam temubual itu, Puan Yus Amina turut berkongsi material bajunya itu diperoleh di Bandung. Baju-baju itu semua dari jenis kain Cotton English.

Ilham dan idea rekaan baju dihasilkan sendiri. Baju-baju yang ada itu bukan dihasilkan untuk acara tertentu, tapi sekadar memenuhi minat dan dijadikan koleksi.

Kakak Hello Kitty tak pernah berkira dalam memenuhi minatnya itu. “Macam bulan lepas kami ke Pulau Pinang. Kami beli semua barang Hello Kitty yang susah nak dapat. Habis dalam RM3000 lebih.

Lepas itu suami saya ke Ipoh ada urusan kerja. Dia belikan Hello Kitty dalam RM1000 lebih. Asal nampak Hello Kitty mesti beli. Jadi tak boleh nak bajet berapa sebulan.”

Kalau dah namanya minat, bajet-bajet memang takkan mudah diterangkan. Ianya sesuatu yang teramat bernilai. Samalah halnya dengan mak-mak yang mungkin minat barangan kristal, berkebun dan sebagainya.

Takkan berkira dengan soal minat dan hobi. Sebabnya, itulah kegembiraan malah terapi diri yang cuma diri sendiri dapat rasai.

Sumber/Foto : Putri Jeliyta Afina