Memang bukan mudah untuk menjaga orang tua yang sakit, apatah lagi mempunyai Alzheimer dan dimentia. Lebih dikesalkan apabila, adik beradik memberi pelbagai alasan untuk menjaga mak ayah dalam keadaan sebegini.
Berkongsi luahan perkembangan terkini mengenai keadaan ibunya yang mengalami Alzheimer, Chef selebriti Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail,64 atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berasa sedih memaklumkan keadaan terkini Cik Ani kini bertambah teruk.
Ibunya kini tidak tahu menyuap makanan sendiri, segala ‘urusan’ di tandas juga perlu diuruskan oleh Chef Wan dan pembantu mereka. Secara perlahan-lahan, selepas ini Cik Ani mungkin akan mula lupa ingatan kepada orang sekeliling.
Ibunya Noraini Abdullah atau lebih Cik Ani mencecah usia 91 tahun, mengalami Dimentia serta disahkan menghidap kanser payudara.
“Menjaga orang tua berusia 90 tahun dan mengalami dimentia sangatlah tidak mudah, selain keadaaan dimentia yang semakin merosot malah menghidap kanser pula,”
“Otak tidak dapat berfungsi secara normal.Walaupun untuk perkara mudah seperti ambil sudu untuk menyuap makanan.Itulah yang dialami oleh ibu saya sekarang,”
“Mak kini tak tahu untuk buat apa-apa. Walaupun nak ikat kain sendiri pun dia tak tau,” ujar Chef Wan.
Ads
Adik Beradik Beri Pelbagai Alasan Nak Jaga Mak
Menurut Chef Wan lagi, ibunya kini memasuki fasa terkini ‘dimentia dan Alzheimer’ yang membuatkannya terpaksa bergantung kepada pembantu. Namun yang cukup dikesalkan oleh pemilik restoran De.Wan 1958 by Chef Wan ini, adik beradiknya memberi pelbagai alasan untuk menjaga ibu mereka dalam keadaan begini. Malah menurut chef wan, keadaan begini banyak berlaku pada keluarga yang lain juga.
“Saya ada memberitahu kakak dan abang mengenai perkembangan mak, supaya mereka boleh meluangkan masa berkualiti bersamanya. Namun macam-macam alasan diberikan,”
“Bila time emak punya birthday party berduyun duyun yang sampai. Bila time macam ini baik emak bapak atau anak-anak mereka tak kan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata,” ujar Chef Wan lagi.
Ads
Ramai yang tumpang simpati dan bersetuju dengan situasi yang dikongsikan oleh Chef Wan ini.
Mingguan Wanita: Selalunya bergitulah, sewaktu mak ayah masih sihat berebut nak menjaga, namun bila dah mula sakit macam-macam alasan diberikan. Apa pun semoga Chef Wan bertambah murah rezeki dan diberi kesabaran yang tinggi dalam menjaga mak tersayang.
Meninggal dunia ketika tidur. Anak bongsu kepada pelakon Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak iaitu Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur di Seremban, Negeri Sembilan kira-kira jam 1 petang tadi.
Pemergian bayi ketujuh yang baru berusia enam bulan sembilan hari itu dimaklumkan kakak kepada Ayu yang juga pelakon Rozita Che Wan.
“Arwah meninggal kira-kira jam 1 petang tadi di rumah mereka di Seremban.
“Jenazah ketika ini berada di Hospital Rembau, Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan arwah meninggal ketika tidur dan tidak mengalami sebarang sakit,” katanya.
Berita pemergian anak bongsu pasangan ini dikongsikan Zaquan Adha di akaun Insta Story miliknya. Manakala Rozita Che Wan sempat menitipkan pesanan supaya pihak media menghormati keadaan pasangan suami isteri itu dan memberi ruang untuk mereka sekeluarga yang berada dalam keadaan berduka cita.
“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” tulisnya ringkas.
Untuk rekod, anak lelaki kepada pasangan ini selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari.
Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.
Ayu Raudhah bersyukur walau anak ramai namun dirinya dipermudahkan untuk menjaga kesemua anak-anak. Bukan mudah ya nak jaga anak enam orang, namun rezeki Allah tak pernah salah alamat. #mwambiltahu#mingguanwanita#ayuraudhah#anakselebriti#fyp
Wanita mengandung dijangkiti covid-19, selamat lahirkan bayi ketika ditidurkan dan dalam keadaan koma secara pembedahan.
Malahan dia yang kini semakin pulih, tidak mampu detik kelahiran anaknya kerana saat itu dirinya ditidurkan.
Wanita Mengandung Dijangkiti Covid-19
Seorang wanita hamil di London, yang tidak menerima suntikan vaksin tidak menyedari bahawa dia telah melahirkan anak ketika ditidurkan kerana dijangkiti Covid-19, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Ketika hamil, Jo Udeze yang berusia 39 tahun berasa ragu-ragu akan pengambilan suntikan vaksin. Malangnya, dia dijangkiti Covid-19 ketika kandungannya berusia 30 minggu.
Wanita itu dibawa ke hospital Walsall Manor pada Ogos tahun lalu sebelum ditidurkan kerana kesihatannya yang semakin merosot.
Udeze selamat melahirkan anak dengan bantuan doktor ketika masih koma selama dua minggu.
“Ingatan saya hanya samar-samar ingat. Doktor ada memberitahu bahawa bayi dalam kandungan perlu dilahirkan kerana tiada apa lagi boleh dilakukan kerana saya mengandung,’’ jelas Udeze.
Ketika DiTidurkan
Pasukan perubatan bertindak membantu Udeze melahirkan anaknya, Isaiah dengan menjalankan pembedahan caesarean.
Uzede mendedahkan bahawa kali pertama dia melihat anaknya adalah menerusi sekeping gambar yang ditunjukkan oleh seorang doktor di hospital, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).
Dia kekal dalam unit rawatan rapi selama beberapa minggu dan kini sedang pulih daripada kesan jangkitan Covid-19 yang lama. – Agensi
Mingguan Wanita : Tidak semua bayi yang tidak mampu bertahan setelah ibunya dijangkiti Covid 19. Wanita ini adalah antara wanita mengandung yang selamat dan syukur anaknya juga sihat.
Kata ibu anak tiga, Hanna Baa dia sudah berfikir sedalam-dalamnya sebelum mendedahkan perbuatan curang antara suaminya dengan adik angkatnya, yang digelar Yaya.
Pendedahannya itu semata mahu memberi pengajaran kepada wanita lain supaya tidak menjadi mangsa sepertinya. Akuinya dia mahu membuktikan yang dia di pihak yang benar.
Bukan niatnya mahu memfitnah atau menjatuhkan mana-mana pihak, “Saya tak mahu ulas panjang sebab saya ada bukti. Dan akan panjangkan isu ini kerana dia menuduh saya memfitnahnya.”
Dalam dakwaannya sebelum ini, Hanna tak menyangka gadis yang dianggap sebagai adik ini, yang didengari rintihannya, tergamak bercinta dengan suaminya sendiri.
Dalam keadaan dirinya ketika itu hamil, sehinggalah melahirkan dan berpantang.
Hanna Kasihan, Yaya Tak Ramai Kawan Sebab Takut Dipergunakan
Menurut Hanna, dia mula mengenali Yaya pada akhir Disember 2018. Ketika itu dia menghadiri kursus berkaitan perniagaan di Kuala Lumpur.
“Daripada situ, saya berkawan dengannya kerana mahu dia mengenali dunia luar disebabkan sebelum ini, dia dakwa hidupnya hanya ada ibu bapa.
“Saya kasihan sebab dia tidak mempunyai kawan, malah dia sendiri mengaku tidak ramai kawan kerana takut dipergunakan.
“Tak sangka saya yang akhirnya menjadi mangsa,”
Selepas pendedahan itu, Hanna tidak mahu lagi memikirkan apa yang telah dilaluinya itu. “Hati saya sudah tawar. Hubungan dengan suami pun dingin terutama selepas pendedahan itu.” Malah, dakwanya dia juga sudah puas menasihati keduanya mengenai hubungan mereka itu.
Tidak sama sekali dia berniat mahu menjatuhkan Yaya, tetapi tindakannya itu adalah demi dirinya dan anak-anak yang dianggap menjadi mangsa.
Ketika ini, Hanna juga sudah memfailkan penceraian ke atas suaminya dan melantik peguam. Malah, menyerahkan semua urusan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.