“Ibu Kita Ni La Satu-Satunya.. Duit Bila-Bila Boleh Cari”. Memang ada benarnya sebagai seorang anak, mengutamakan ibu adalah segala-galanya. Lebih-lebih lagi apabila ibu semakin lanjut usia dan tahap kesihatan yang semakin merosot. Harta benda dan duit memang boleh dicari, namun mak itulah satu-satunya harta yang paling berharga.

Dapat Tawaran Program Penggambaran Luar Negara

Chef selebriti Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail,64 atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan bahawa dia menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelogue.

Menurut Chef Wan, tawaran tersebut diberikan kepadanya para penonton dikatakan sudah mulai rindu untuk melihat kemunculan dirinya mengacarakan program sebegini di kaca televisyen.

Namun ujar Chef Wan, program bagi rancangan-rancangan ini memerlukan komitmen dan waktu yang agak panjang untuk tempoh penggambaran.

“Pengarah Astro Prima mahukan saya mengacarakan program 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu. Januari hingga Februari menjelajah dalam satu negeri sahaja.

” Pihak penaja mahukan saya juga sebab dah hampir 3 tahun saya tidak menjadi hos untuk program raya. Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran.

” Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelogue di Jepun. Mereka perlukan 2 minggu waktu saya untuk 8 episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” ujarnya.

“Ibu Kita Ni La Satu-Satunya.. Duit Bila-Bila Boleh Cari” Chef Wan

Berat Hati Terima Tawaran, Kanser Ibu Semakin Merebak

Tambah Chef Wan lagi, dia sebenarnya berat hati untuk menerima tawaran tersebut, lebih-lebih lagi selepas mengetahui perkembangan terkini mengenai penyakit kanser payudara ibunya yang semakin merebak.

IKLAN

Ibunya Noraini Abdullah atau lebih Cik Ani mencecah usia 91 tahun, mengalami Dimentia serta disahkan menghidap kanser payudara.

“Saya asyik terfikir macam manalah nak menjelajah ke tengah Asia untuk merakamkan program ini sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 minggu?

“Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran tersebut,” kongsinya lagi.

“Ibu Kita Ni La Satu-Satunya.. Duit Bila-Bila Boleh Cari” Chef Wan

Tangguh Program Rakaman

Bagaimanapun, Chef Wan tetap memuji sikap pihak penerbit kerana bersetuju untuk menangguhkan penggambaran program ke bulan lain.

IKLAN

“Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati nak bekerja kan? Jika dekat macam sejam dua penerbangan, boleh la balik.

 

“Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya. Saya juga minta pihak Astro untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan Mei atau Jun.

 

“Mereka bersetuju. Alhamdulillah. Ibu kita ni lah satu-satunya. Duit bila-bila boleh cari jika rajin dan berkemampuan. Tetapi masa berharga saya dengan ibu, tidak boleh dibeli lagi,” akhirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

IKLAN

Mesti Baca: Sekian Lama Jaga Emak, Chef Wan Hiba Mak Ani Disahkan Kanser
Baca Lagi Di Sini:Mak Ayah Sila Contohi Kesabaran Chef Wan Jaga Ibunya, Cik Ani Yang Dah Lanjut Usia
Artikel Menarik:Chef Wan Kongsi Resipi Buat Kuah Mee Rebus Udang Jadi Lebih Sedap!

Mingguan Wanita: Setuju dengan apa yang Chef Wan kongsikan ini. Berbakti pada kedua orang tua selagi masih ada hayat mereka. Duit boleh dicari bila-bila, tapi pengorbanan berbakti pada mak ayah itu lebih berharga, tak boleh dijual beli.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Sumber: Instagram Chef Wan, Media Hiburan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI