Air mata di hari konvokesyen, ibu bapa sebak terima skrol ijazah anak meninggal digilis lori. Setiap ibu bapa mengimpikan bersama meraikan hari bahagia anak menggenggam segulung ijazah. Namun takdir telah tertulis buat kita sebagai hamba-Nya.
Jika hujung minggu lalu adalah hari meraikan graduan di Majlis Konvokesyen Ke-18 Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang tamat pengajian dan menerima skrol ijazah mereka tetapi hal ini tidak dirasai oleh keluarga kepada graduan Asniza binti Adek @Che Ahmad. Hanya airmata kesedihan apabila anak kesayangan mereka dijemput Ilahi kira-kira tiga minggu lalu.
Airmata Di Hari Konvokesyen
Arwah digilis sebuah lori ketika ke keluar dari rumah di Sri Merlong, Rengit ke tempat kerjanya di tempat kerjanya di bandar kerja Batu Pahat, 20 hari sebelum hari konvokesyennya dijadualkan.
Graduan lulusan kejuruteraan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan & Mekatronik batch 2019-2020 ini sudah menyediakan semua keperluan untuk menghadiri hari konvokesyennya namun takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Ijazah Anak Meninggal Digilis Lori
Video sedih ibu bapanya, Adek@Che Ahmad dan Siti Yuana Janamin menerima skrol Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Pembuatan pada hari kedua semalam dikongsikan olek Tik Tok @umpsmalaysia.
Dapat dilihat kedua ibu bapanya sebak ketika diiringi ke atas pentas selain dilihat rata-rata ibu bapa lain dilihat berdiri di dalam dewan berkongsi kesedihan dilalui oleh ibu bapa Asniza yang menerima skrol bagi pihak anak mereka.
Bahkan meminjam semangat anaknya, kedua ibu bapa serta adik beradiknya berada dalam dewan untuk meraikannya usaha arwah menimba ilmu.
Jelas ibunya, “saya sering ungkapkan, Along kena kuat untuk berjaya ketika arwah mengadu sentiasa sibuk dengan tugasan atau berkongsi masalahnya.
Ads
“Kekuatan itulah yang mendorong saya hadir ke majlis konvokesyen ini.
“Walaupun arwah sudah tiada, namun kami sekeluarga amat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi dan menjadi kenangan sepanjang hayat,” katanya.
Hanya air mata mampu menemani ibu bapanya apabila nama anak mereka disebut di majlis ini. Gambar UMPSA.Arwah beria-ria mahu menghadiri konvokesyen arwah di UMPSA. Arwah dah siap semua baju untuk dipakai nanti namun takdir sebaliknya. Gambar UMPSA.Kedua ibu bapa arwah menerima skrol Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Pembuatan bagi pihak arwah. Gambar UMPSA.
Dalam kejadian 3 Oktober lalu, arwah sedang menunggang motosikal sekitar jam 8.35 pagi sebelum digilis sebuah lori dan meninggal di tempat kejadian.
Memetik laporan Buletin TV3, ibu arwah, Siti Yuana Janamin, 44, berkata Asniza, anak sulung daripada empat beradik seorang yang rajin, kental dan berdikari kerana akan mencari apa jua pekerjaan untuk menampung perbelanjaan harian.
“Saya tak dapat rasa puas. Pertemuan kami dengan arwah terlalu singkat. Sejak di bangku sekolah menengah, arwah sentiasa berjauhan kerana dia menetap di asrama, sebelum menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak dan terakhir di UMPSA.
Ads
“Itulah yang membuatkan saya amat sedih apabila dikhabarkan dia sudah meninggalkan kami. Sedih kerana banyak kenangan kami bersama tapi saya perlu reda Allah lebih menyayanginya.
“Aku tak kuat. Aku tak sanggup ya Allah. Macam mana aku nak hadapi semua ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) semasa kejadian.
Adik mangsa, Admira, 23, berkata, pagi tadi kakaknya keluar rumah agak lewat kerana hujan.
“Kami beria-ria mahu menghadiri konvokesyen arwah di UMPSA. Arwah dah siap semua baju untuk dipakai nanti.
Ads
“Arwah kakak juga bekas Palapes Tentera Udara Diraja Malaysia yang baru tamat latihan bulan lalu. Dia cukup bangga dengan kejayaan dikecapi, walaupun berdepan pelbagai cabaran,” katanya.
Kagum dengan semangat wanita prihatin, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tidak putus-putus mengumpul dana bagi membantu saudara sesama Islam kita di Gaza yang ditimpa musibah.
Tak mudah melalui ujian keletihan mengandung ini sebenarnya. Itu belum lagi morning sickness sehingga langsung tak boleh telan makanan, ‘mood swing’ dan macam-macam lah. Setiap kehamilan itu berbeza, mengandung anak kedua ke pertama atau ke berapa pun, dugaan untuk ibu hamil itu sememangnya hebat.
Seharusnya suami faham dengan keadaan isteri yang tak berdaya semasa hamil. Jangan sesekali dicop mengada, apatah lagi disindir dengan kata-kata yang buat kecil hatinya. Dia punya terasa sampai bayi dalam kandungan pun boleh dapat kesannya.
Tertarik dengan perkongsian pelakon Saharul Ridzwan untuk menzahirkan rasa kasih terhadap isteri, Deena Emir yang ketika ini mengandung anak kedua mereka.
Katanya, keadaan isteri kali ini berbeza dengan kehamilan anak sulung mereka, Muhammad Luth Ali. Kali ini, isterinya nampak kepenatan. Dan inilah doa yang suami ini kongsikan untuk isterinya.
Beza Mengandung Anak Kedua..
Dua tiga hari ni, selalu saya tenung muka dia waktu dia tidur. Nampak kepenatan dia time mengandung kali ni. Berbeza waktu mengandungkan Ali dulu.
Kali ni dia malas nak bersiap, nak ambik gambar pun tak ada mood, update ig sendiri pun dah lupa kot. asyik terbaring je sebab penat sangat, dah lepas 1st trimester ni pun still muntah-muntah lagi. Terima kasih sayang.
Besarnya pengorbanan awak sebagai isteri dan jugak ibu. Kalau boleh saya hadiahkan apa-apa untuk pengorbanan awak ni, saya akan usahakan, tapi awak tak ada mintak apa-apa pulak.
“Ya Allah, kurangkanlah keletihan isteriku. Berikanlah dia kekuatan mengharungi membawa “nyawa” baru dalam hidup kami sekeluarga. Ampunkanlah segala dosa-dosanya, limpahkanlah rahmatmu kepadanya dan jadikanlah aku sebaik-baik suami kepadanya. Amin Ya Rabb”
Thank you sayang @deenaemir
MW : Semoga ramai lagi suami di luar sana yang menghargai isteri yang sedang hamil. Yang sedang membawa nyawa baru dalam keluarganya.
Berita gembira buat peminat pasangan diraja ini, Kate Middleton yang merupakan isteri kepada Putera William, telah selamat melahirkan anak ketiga pasangan itu di hospital di London,semalam.Bayi lelaki pasangan ini dilahirkan pada 11.01 pagi waktu tempatan dan seberat 3.8 kilogram.
Menariknya, meskipun baru sahaja melahirkan anak, wajah Kate Middleton tampak sungguh berseri-seri, cergas dan anggun dengan memakai dress rona merah cili, malah manis mengukir senyuman serta memberikan lambaian mesra buat para peminat, rakyat dan media yang setia menunggu diperkarangan hospital.
Terdahulu, Putere William dan Kate Middleton, memilih untuk tidak mengetahui jantina bayi dengan lebih awal.Jantina bayi hanya diketahui ketika hari kelahirannya.
Pewaris Kelima Takhta Britain
Kenyataan Istana Buckingham menyatakan, William berada di sisi isterinya ketika Kate melahirkan pewaris kelima takhta Britain itu di Hospital St Mary di barat London.Dua lagi anak mereka, George dan Charlotte turut dilahirkan di hospital berkenaan.
“Ratu, Duke of Edinburgh, Putera Charles, Duchess of Cornwall, Putera Harry dan anggota kedua-dua keluarga dimaklumkan dan gembira dengan berita itu.
“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.
Bayi lelaki yang masih belum diberi nama itu merupakan cicit keenam Ratu Elizabeth dan berada di belakang George, Charlotte, William dan datuknya, Putera Charles, sebagai pewaris takhta.
Nama bayi ini akan diumumkan dalam beberapa hari lagi. Dijangka, nama-nama seperti Arthur, Albert, Frederick, James dan Philip antara nama ramalan bayi yang bakal dipilih oleh pasangan diraja ini.
Biasa yang mak-mak tahu, keropok lekor guna isi ikan kan. Kali ini mak-mak boleh cuba keropok lekor viral mi segera. Cara buatnya pun mudah saja. Mak-mak yang nak cuba boleh hadamkan perkongsian Puan Zuraita Mohd Anuaini.
“Keropok lekor guna mee segera. Selama ni cuma tahu boleh buat murtabak, tak sangka buat keropok lekor pun boleh. Resipi suruh guna mee segera Sedap, saya takde. Saya ganti dengan IndoMie Soto jer.”
“Saya tengok resipi ni kat Forum Cari. Senang giler buatnya. Confirm jadi. Anak-anak pun suka. Yang penting, makan masa panas-panas tau! Baru best. Dah sejuk, dia liat sikit macam keropok lekor jugak. Cubalah ye!”
Macam Ini Cara Buat Keropok Lekor Viral Mi Segera
Bahan : sebungkus mee segera pilihan, sebiji telur, tepung ubi dan tepung gandum.
Rebus mee segera sampai kembang.
Dah kembang, toskan.
Masukkan mee, serbuk perasanya, sebiji telur dan sedikit garam dalam blender. Kisar sebati.
Dah sebati.
Campurkan 6 sudu besar tepung ubi dan 2 sudu besar tepung gandum.
Uli sekejap je sampai tak melekat di tangan.
Bentukkan memanjang.
Bila air mendidih, rebuskan keropok lekor tadi. Tunggu sampai timbul, baru angkat.
Potong kecil.
Goreng.
Siap! Sedia dimakan bersama sos pilihan.
Mudahkan nak membuatnya mak-mak. Lepas ini bolehlah hidangkan keropok lekor viral mi segera dekat keluarga bila-bila masa yang mereka suka. Tak perlu tunggu sampai nak ke Pantai Timur.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...