Menjadi seorang isteri dan ibu bukan tugas yang mudah. Pelbagai tanggungjawab dan tugasan rumahtangga perlu diuruskan dengan baik agar segalanya teratur sempurna.Pengorbanan buat seorang ibu dan isteri ini turut diakui oleh pelakon lelaki Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 29, yang berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 30.
Baru-baru ini ayah kepada Muhammad Luth Ali,1 ada berkongsi gambar dirinya sedang melipat baju-baju milik anaknya. Menurutnya itu merupakan kali pertama pelakon drama Hati Perempuan ini menolong isteri melipat baju yang telah dibasuh, serta terasa kepayahan dalam melakukan tugasan tersebut.
Saharul Ridzwan juga berterima kasih atas pengorbanan isterinya serta meminta maaf jika kekurangan pada dirinya yang bergelar suami.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Menjadi seorang Ibu bukan mudah. Nak melayan karenah anak, sediakan makanan untuk keluarga dan mengemaskan rumah dalam satu masa, bukannya mudah. Kalau saya letih bekerja diluar, Isteri saya pun letih di rumah.”
“Sejujurnya ini kali pertama saya tolong lipatkan baju yang dah dibasuh, kat depan ni baru baju Ali. Penat. Sakit pinggang duduk lama-lama macam ni.”
“Kami tiada maid, semuanya handle sendiri. Ali tengah tak berapa sihat, Mummy dia yang kena dodoikan semua. Besarnya jasa seorang Ibu. Terima kasih Umi, Terima kasih Isteriku. Maafkan saya kalau ada yang terkurang sebagai suami.”
Perkongsian ini mendapat pujian daripada para pengikut instagramnya dan menganggap pelakon ini seorang suami yang memahami tugasan dan pengorbanan seorang isteri. Tidak kurang ramai yang mendoakan kebahagiaan saharul ridzwan sekeluarga.
Ads
rama_rahmahUntung dapat suami yang memahami macam nie.
_kamariah.kassimAlhamdulillah…sebagai suami yang faham, punya hati nurani yang sempurna, berat sama dipikul, ringan sama dijanjing, terbaik.In shaa Allah semuga berkekalan hingga ke Jannah dan bahagiaaa, aamiinnn.
Ads
biskutrayagebusBaguihlah..ikut sunnah nabi ni..tahniah sebeb memahami peranan sebenar seorang Suami dik..tahniah..
wm_adamifzal09 Susah nak cari suami rajin tolong lipat kain.. Bertuah sape dapat laki macam ni..
Ads
nadiatul_akma_mat_nuarDapat suami yang memahami alhamdulillah dah, memahami dan tolong samalah.
faziyanaTahniah.. Semoga sentiasa istiqomah dalam menghargai pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu yang sentiasa super busy.
Alhamdulillah tahniah buat Saharul Ridzwan kerana memahami dan menghargai tugasan serta pengorbanan seorang isteri. Memang bertuah bagi seorang isteri bila memiliki suami yang turut tolong menyelesaikan kerja-kerja rumah bersama-sama.
Jaga cucu, inilah yang berlaku sekarang ini terutamanya bila anak tinggal bersama mak. Setiap pagi keluar bekerja dan mak yang sudah tak berapa sihat inilah yang akan mengasuh cucunya.
Bayangkan cucu tengah membesar dan lasaknya, mak pula yang semakin hari semakin uzur terpaksa jadi babysitter jaga cucu. Maklumlah kos hantar nurseri atau pengasuh pun boleh tahan mahalnya. Jadi lebih baik bagi mak yang jaga.
Jangan hambakan mak untuk jaga anak-anak kita. Mungkin mak tak kisah untuk jaga cucu tapi sebagai anak kena fikir tentang kesihatan mereka. Carilah jalan supaya mak pun tidak terbeban.
Perkongsian daripada Yazeed Hair Johari tentang pengalaman daripada pesakit yang mengalami masalah kesihatan, pada masa sama turut meluahkan tiada masa untuk berehat sebab menjaga cucu.
Aku terpanggil untuk menulis pasal Mak Yang di jadikan Babysitter dekat rumah tu sebab teringat dekat sorang makcik ni ..
Umur dia lebih kurang 60an, complete ada 3 serangkai, diabetis, darah tinggi, hypercholestrolemia.
Di tambah pulak lagi dengan follow up Knee Arthritis (Radang Lutut)
Makcik ni datang dengan Knee Arthritis Grade 2-3 Bermakna radang lutut dah hampir severe, Tapak tulang rawan dah makin nipis dan luka.
Kalau di periksa pun memang dah meletup letup kepala lutut tu bila dibengkok dan diluruskan. Pegang dengan tangan dah boleh rasa.
Makcik tadi muka dah sayu. Rasa bersalah, dulu masa check baru stage 2. Sekarang dah stage 3.
Kalau boleh aku nak dia berehat dengan aktiviti santai . Knee pain bukan boleh buat main dia punya stres
Ya, Stress tu kita tak nampak, Knee pain ni bukan sekadar sakit di lutut, tapi kesakitan tu boleh menyebabkan pesakit jadi stres kerana limitation of movement, plus ketegangan otot yang terpaksa menampung tapak lutut yang semakin menipis
Aku cadangkan makcik ni untuk pakai knee braces (Knee guard) dan kurang kan penggunaan lutut. Jangan kerap mencangkung, elak ambil barang atas lantai dan sebagainya.
Dia ada cuba juga . Tapi knee braces tu kurang selesa, tambahan lagi kena jaga cucu setiap hari. Susah untuk dia berehat
Alasan Kos Bayar Pengasuh Mahal
Anak perempuan kerja, menantu pun kerja. Alasannya takut pengasuh luar jaga tak elok dan kos penjagaan anak dekat nurseri pun mahal.
Jadi, aku pun terangkan dekat dia, Knee arthritis ni dah macam tapak kasut, kalau dah haus, mmang tak tumbuh lagi dah. Jadi aim kita nak pastikan baki tapak yang ada tu nak dijaga selagi boleh. Sekarang stage 3 dan kalau boleh tak nak jadi stage 4.
“Susah la doktor. Makcik nak cakap banyak pun susah, tumpang rumah anak, suami dah lama meninggal. Pernah juga cakap pasal sakit lutut ni tapi anak kata nanti makan ubat dah ok ..”
Makcik cuba nak sampaikan yang makcik ni tengah sakit. Tapi anak mungkin tak faham. Kalau makcik berterus terang takut nanti menguris hati anak. Jadi makcik memilih untuk teruskan.
Siapa tak sayang cucu, dan cucu pulak jenis manja dengan kita. Tapi tu lah, kadang-kadang ubat 3 serangkai pun makan tak ikut waktu. Kalut nak siapkan cucu …”
“Belum lagi kalau anak bawak makcik pergi bercuti skali , Makcik kena jaga cucu dalam bilik hotel, anak keluar jalan-jalan dengan suami ..”
Luahan macam ni bukan sekali sekala, makcik-makcik yang datang hospital ni selalunya dorang luahkan perasaan mereka dekat doktor
Yelah nak luahkan dekat anak-anak takut terasa hatii. Kasihan. Tapi nak buat macam mana kan ..
Selain dari tu pesakit lah yang kena bantu diri sendiri, entah bilanya makcik tu nak dapat berehat.
Cucu dah besar, baru nak dapat berehat. Kejap lagi lagi timbul lagi cucu baru pulak lagi.
Jaga Hati Anak
Aku bukan apa … Mak ni memang itulah dia .. Kalau boleh dia nak jaga hati anak-anak dia .. Kalau bapak lain ski, dia jenis sound direct lebih-lebih mak kita yang hidup single bila suami dah tak ada tapi menumpang dengan anak . Lagi kesian sebenarnya.
Kalau mak kita jaga cucu sekali sekala takpalah , Ni nak menghadap komitmen masa setiap hari kena menjaga tu .. Aku tak tau lah macam mana ..
Sekadar berpesan2 .. Isu ni bukan isu sensitif pun sebenarnya ..
tapi kita yang kene sensitif dengan keadaan mak kita , Kesihatan depa lagi .. Nanti bila depa dah tak ada .. Jangan menyesal di kemudian hari
Apa yang kita buat ni kita rasa normal , Kadang kita tak perasan yang kita layan mak kita macam tu . Cuba rewind balik. Mesti boleh nampak ..
Rezeki boleh dicari, Tapi hadirnya mak dalam hidup kita hanya sekali .
Kalau nak mak kita tengok cucu tu boleh, Tapi letak lah pembantu sekali dekat rumah. Boleh tolong urus mak dengan cucu skali.
Patutnya kita yang bawa mak pergi check up, pastikan mak kita tu makan ubat on time, pastikan makan minum dia terjaga. Bukan sebaliknya. Malah, aku tak terkejut lah kalau follow up lepas ni lutut dia jadi grade 4 dan penyakit 3 serangkai dia tu tak terkawal .
Semoga makcik tabah menjalani hidup makcik .
Mingguan Wanita : Selalu kita cakap untung kalau tinggal dekat dengan mak ayah, boleh tolong jaga cucu. Tapi janganlah sampai hambakan mereka.
Jari Kelingking Suami Penyanyi Safura Terkulai Putus Ketika Potong Ayam! Sungguh malang tidak berbau, apabila menggunakan pisau dan segala alatan tajam perlu lebih berhati-hati. Sungguh ngeri apabila membayangkan jari sendiri terputus di depan mata.
Hilang Jari Kelingking
Pelakon Shahronizam Noor, 51, berdepan saat-saat yang mendebarkan apabila kehilangan jari kelingking selepas pisau terlepas daripada pegangannya ketika memotong ayam di rumahnya pada Isnin malam.
Sehubungan itu, suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu dikejarkan ke Hospital Ampang selepas jari kelingkingnya terkulai dan putus.
Menurut anak tiri pelakon berkenaan, Daniel Hairi, kejadian itu berlaku selepas mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah.
“Abah mahu memotong ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan.
“Malangnya, pisau yang dipegang tersasar lalu terkena jari kelingkingnya ketika sedang memotong ayam.
“Melihat jari kelingking terkulai dan putus, kami segera membawa abah ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan selepas melihat kecederaannya teruk,” kata Daniel yang juga anak Safura bersama bekas suaminya, Hairi Kool.
Jari Dibekukan
Kata Daniel, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan dan membalut luka, manakala jari kelingking yang putus dimasukkan dalam bekas serta dibekukan.
“Ketika itu, tiada doktor pakar, yang ada hanya petugas perubatan.
“Abah bernasib baik kerana mereka berjaya menghentikan pendarahan walaupun jari kelingking sudah putus.
“Petugas perlu tunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari kelingking boleh disambungkan atau sebaliknya.
“Namun, doktor pakar mengesahkan jari kelingking tidak dapat diselamatkan kerana urat arteri sudah putus,” kata Daniel lagi.
Keadaan Semakin Stabil
Daniel turut memberitahu, keadaan bapa tirinya kini semakin stabil.
“Walaupun sedih tiada lagi jari kelingking, abah reda dengan ujian menimpanya pada Ramadan ini.
“Keadaan abah semakin stabil dan kini sedang berehat sehingga luka dialaminya sembuh sepenuhnya,” ujarnya.
Emosi, perubahan hormon isteri mengandung memang takkan sama setiap orang. Berbeza-beza penerimaan mereka. Ada yang memang takkan alami morning sickness, ada yang sedikit alahan, malah ada yang teruk sampai terpaksa diwadkan.
Memang tak semua suami yang akan memandang rendah pada isteri yang alami morning sickness. Lagi-lagi sekarang dah banyak kesedaran di online di dedahkan tentang apa yang suami perlu buat bila isteri alahan.
Semua itu memang membantu. Tapi, ada juga segelintir suami-suami mudah belum nak memahami sepenuhnya. Yang perubahan hormon isteri itu bukanlah dibuat-buat. Itu tindak balas semulajadi tubuh badan seorang isteri yang bekal bergelar ibu.
Bila mana, janin itu sendiri sedang bertindak balas untuk menerima suasana baru dalam rahim ibunya. Wahai bakal ayah, sesungguhnya bukan mudah nak bagi roh itu masuk ke alam rahim ibu. Sebab itulah, Allah beri pahala yang banyak pada ibu yang sedang hamil. Asalkan, ibu tahu bagaimana mahu mengutip pahala itu satu persatu.
Jadi bakal ayah, sebaik saja isteri disahkan mengandung, baik alahan ataupun tidak lakukanlah 5 hal ini. Maka, pahala akan terus berpanjangan. Rahmat Allah juga mengiringi keluarga kalian yang bakal berkembang.
Pertama : Doakanlah Kebaikan Untuk Isteri Mengandung Dan Bayi Dalam Kandungan.
Setiap kali lepas solat, doakan kesejahteraan isteri dan bayi anda. Sebaik selesai berdoa usapkanlah perutnya. Agar menyejukkan lagi perasaan isteri yang tak tentu arah akibat alahan. Bacakan juga doa untuk keselamatan isteri.
Bukan saja isteri, suami juga kena banyakkan membaca Al-Quran. Bacalah juga terjemahannya, agar lebih memahami maksud kalam Allah itu. Banyak membaca Al-Quran juga buatkan hati suami lebih tenang.
Jika berdepan kerenah ibu hamil pun, suami akan jadi lebih sabar dan tak marah-marah. Nanti rumah kita pun jadi lebih sejuk dan damai.
Ketiga : Berpuasalah Sunat Isnin Khamis
Kata Ustazah Norhafizah Musa, kalau mahu menjauhkan bisikan syaitan dalam diri maka perbanyakkanlah berpuasa sunat. Itulah satu-satunya cara untuk melemahkan makhluk jahat itu. Tak salahkan suami lakukan hal sedemikian, demi melahirkan zuriat yang baik.
Keempat : Berzikir Dan Berselawatlah
Sambil duduk-duduk baca surat khabar atau tengok TV tu, berzikirlah dalam hati. Makin basah lidah seseorang dengan zikir, makin lembutlah hati seseorang itu. Bila hati dah lembut, suami akan berlapang dada terima perubahan isterinya.
Isteri hamil ini sensitif dan lain macam perangainya. Kadang itu tak boleh tercuit sedikit. Merajuknya berpanjangan. Jadi, bila suami berlapang dada, dia akan sabar terima seadanya perubahan sikap isteri.
Kelima : Bersedekah Agar Rezeki Lebih Melimpah Ruah
Jangan takut tak cukup ya. Sebab kira-kira sedekah ini lain macam. Satu kau beri, 10 tuhan balas balik. Tak kisahlah dalam bentuk wang ringgit ke, barang ke, perkhidmatan sosial ke. Apa saja yang mendatangkan manfaat kepada orang lain itu sebenarnya boleh dianggap sedekah.
Makin banyak sedekah, makin bergandalah kebaikan yang sedang anda lakukan. Pahala pun berpanjangan.
Jadi suami, ini sekadar catatan ringkas yang mudah untuk suami praktikkan semasa isterinya hamil. Dan lima saranan ini sebenarnya untuk menjaga hati dan emosi agar kekal positif dan berganda-ganda sabar hadapi keadaan isteri yang mengandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...