Kadang-kadang bila anak buat peel, buat mak ayah geram saja. Belum lagi yang anak berkepit 24 jam. Mak nak buat kerja pun tak senang hati.
Biasanya bila anak berkepit 24 jam, mulalah mak rasa hilang sabar. Habis semua kerja terbengkalai. Bayangkan kalau anak demam, lagi hura hara dibuatnya.
Tanpa kita sedar, masa inilah anak nak berkepit 24 jam. Suatu hari nanti, bila dia dah besar dan dewasa, kita sebagai mak ayah pula yang rasa seperti keanak-anakan, seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Kita hidup ada tiga hari saja. SEMALAM, HARI INI & ESOK. Fokus yang terbaik pada hari ini. Tiada hari semalam dan esok yang kita kesali lagi.
Ads
Dalam perkongsian tiktok Mohd Fhais Salim turut memperkatakan hal ini. Suatu hari nanti anak tak lagi dok berkepit dengan mak ayah tapi mak ayah pula yang akan jadi keanak-anakan.
Memang penat jaga anak tapi suatu hari nanti anak dah tak lagi asyik memanggil-manggil nama kita.
Ingatlah , suatu hari nanti anak-anak dah tak lagi suka kita pimpin tangan dia. Anak-anak dah tak lagi mahu duduk di pangku kita.
Mak Ayah Pula Akan Lebih Manja
Suatu hari nanti, anak tak lagi mahu tunjuk kehebatan diri dia depan kita dan tak mahu didukung atau dimanja-manja.
Ads
Malah, suatu hari nanti kita pula akan jauh lebih matang dan lebih dewasa dari kita.
Pasti ketika itu kita pula yang akan jadi lebih keanak-anakan sebab mahu perhatian dari anak-anak
“Kakak…nanti cuti balik kampung makan dengan ibu ye!
“Abang, ibu akan masak lauk kegemaran kamu ni, mai la datang makan.
Ads
Mingguan Wanita : Jadi, layanlah anak sebaiknya sebab apa yang berlaku hari ini tidak akan berulang kemudian hari. Yang ada hanyalah kenangan.
Peritnya bila mak ayah berpisah, yang terkesan bukan setakat suami isteri tapi termpiasnya pada anak-anak juga. Mungkin, pada fikiran mak ayah, anak masih kecil dan tak tahu apa-apa lagi.
Jangan mudah beranggapan begitu, walaupun anak kecil tapi kita tak tahu hati seorang anak bila melihat mak ayah berpisah dan tidak lagi tinggal bersama. Masing-masing bawa haluan sendiri dan apa yang ada hanyalah tanggungjawab untuk anak-anak.
Tak kiralah mak ayah berpisah cara baik, tapi yang menjadi mangsa keadaan adalah anak-anak. Kita tak tahu mental anak-anak ini dan pastinya menjadi parut dan boleh jadi trauma untuk anak ini nanti.
Dalam perkongsian Nornafishah Zamry – Omma yang mengulas tentang video seorang selebriti tanahair yang datang dari ‘broken family’.
Bila tengok video temuramah janna nick tu, yang dari broken family memang akan faham dan tahu apa yang dirasai.
Dia ibarat menyampaikan tentang ‘hati’ dari sudut seorang anak. Dalam masa sama dia tak benci atau salahkan orang tua dia.
Bila bercerai tak perlu la yakin sangat kata everything is ok 100% , anak-anak semua ok je, mereka ok boleh faham dan boleh terima.
Tapi percayalah mesti akan ada bila sampai “waktunya” hati mereka tu akan mula berkata, persoal dan sedikit iri dengan apa yang mereka dah mula rasa.
Tapi tak terluah bicara.
Walau mulut mereka menidakkan apa yang mereka rasa bila disoal. Tapi dalam diri tu, ada titik pilu yang sebenarnya dia tak suka dengan apa yang jadi dalam hidup dia.
Mungkin ada yang kata ala cerai masa anak kecik tak apa anak tak paham.
Jadi kalau cerai masa anak dah besar pasti anak akan 100% terima tanpa ada rasa negatif, tanpa sedih atau tanpa persoal ?
Jangan terlalu yakin tentang perasaan yang anak tu “everything is ok” jdengan keputusan.
Ye betul lebih baik cerai kalau itu yang terbaik untuk hubungan yang tak boleh nak ada rasa berkasih sayang lagi. Dari asyik gaduh depan anak tak sudah baik cerai jela dari anak tengok perangai buruk mak ayah.
Sebagusnya bila bercerai sila la baik-baik je perangai & sikap walau dah jadi “bekas”.
Bukan dengan cara bermusuh, letak anak-anak dekat rumah datuk nenk mereka, abaikan nafkah, abaikan tanggungjawab, mengaibkan pasangan dekat semua orang.
Yang tau saja tahu macam mana kesan buruk dekat mental bila dari broken family.
Anak-anak yang dibesarkan dengan sikap mak bapak yang buruk, bergaduh sentiasa, bukan dibesarkan dengan kasih sayang, tak tunjuk sisi agama yang baik, tapi lebih dengan kekasaran disebabkan benci pada pasangan masing-masing?
Teruk kesannya.
Sebab tu kena jaga tingkah laku bila ada masalah dengan pasangan. Jaga mulut, percakapan dan jaga tindakan.
Bukan ditunjuk semua depan anak-anak.
Jangan ingat anak-anak yang kecil bila mereka dah besar nanti mereka lupa dengan segala perkara pahit sedih mereka lalui.
Akan jadi parut dalam diri dan dibawa hingga mereka dewasa. Percayalah. Ada kesannya.
Dan yang tau saja macam mana rasa sakit, sedih, irinya tengok keluarga orang lain boleh gembira sama-sama, raya sama-sama , makan di kedai sama-sama, ambil gambar lengkap sama-sama tersenyum gembira
Tapi “kita” cuma tengok je & syaitan pun bisik
“Kesian kau kan, kau tak macam diaaa… ”
“Kesian kau kan, family kau tak macam tuu ”
Sejuta kali lah anak-anak ini pujuk diri sendiri
“Dugaan hebat untuk orang yang hebat”
“Sabar … Sabar… ”
“Jangan sedih… ”
Pengalaman Dari ‘Broken Family’
Aku juga dari broken family. Tidak membenci mak atau ayah. Tapi sejujurnya beri kesan pada mental aku.
Dulu aku takut nak kahwin, takut gagal macam mak ayah aku.
Aku tak suka dengar anak nangis. Sebab dulu aku dah biasa kena pukul teruk, kena pijak belakang badan, tak rasa disayang bila dididik cara macam tu.
Tapi aku tau, sebab “masalah” mereka , aku cuma jadi tempat luah emosi.
Mental abuse.
Allah baik, dia bagi aku anak tak kuat menangis. Sebab bila anak menangis sesekali pun aku dah mula trigger “something”. Tak pernah Nayla menangis lebih 1 minit sepanjang aku jaga dia. Syukur.
Allah pun tau, kalau aku dapat anak kuat menangis mesti aku boleh jadi “gila”.
Mak ayah bergaduh tapi yang anak sulung ni jadi mangsa. Mental aku banyak corrupt.
Aku jadi introvert teruk. Tak suka nak bergaul dengan orang. Circle aku kecil.
Mlah, aku jadi pendiam. Tak reti berbual rancak walau dengan parent sendiri. Sebab bila pandang mereka aku akan terimbas-imbas nampak perkara yang lama.
Mak ayah dah berpisah , aku lega.
Tapi tak sepenuhnya lega sebab ada “something” tak boleh move on dari dalam ni.
Susah.. sangat susah..
Sebolehnya taknak anak rasa apa aku rasa.
Biarlah anak dibesar dengan kasih sayang & lebih sempurna dari ku. Diberi didikan yang baik dari kami suami isteri.
Orang lain tak lalui , mungkin takkan FAHAM.
Walau mereka buat buat FAHAM.
Mingguan Wanita : Perpisahan adalah jalan terakhir bila sudah tidak ada sebarang penyelesaian yang baik. Moga yang baik-baik untuk keluarga kita semua.
Penjaga cuai akan didenda. “Sesaat hilang dari pandangan ibu, anak meninggal terjerut tali bidai.’ Kes sebegini kerap terjadi kerana malang tak berbau.
Kadang-kadang dalam berjaga-jaga sekalipun, berlaku juga kemalangan di kalangan kanak-kanak. Parahnya hingga meragut nyawa seperti yang dilalui oleh bayi berusia setahun ini.
Sesaat hilang dari pandangan ibu, anak berusia setahun menemui ajal ketika sedang leka bermain di dalam bilik.
Itu kejadian berlaku baru-baru ini di Oldham, Greater Manchester.
Menurut laporan Mirror, anak kecil itu dikatakan sedang leka bermain bersama abang yang berusia tiga tahun di dalam bilik tidur di rumah keluarga mereka.
Menerusi perbicaraan di Mahkamah Koroner Rochdale, dilaporkan ketika kejadian tragis itu berlaku, ibu mangsa meninggalkan bilik terbabit hanya seketika.
Namun apabila kembali semula ke bilik tersebut, si ibu mendapati mangsa sudah tiada dalam bilik berkenaan.
Dengan tangkas si ibu mencari, namun alangkah terkejutnya dia apabila menjumpai anak lelakinya itu sedang terjerut pada bidai di bilik hadapan.
Berhadapan dengan situasi cemas itu, wanita berkenaan terus memanggil suaminya dan bergegas mendapatkan jiran mereka yang merupakan seorang jururawat.
Difahamkan, jirannya itu sempat memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sehingga pasukan kecemasan tiba sebelum dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Manchester.
Pun begitu, kanak-kanak terbabit disahkan mengalami kerosakan otak dan atas nasihat doktor rawatan diberhentikan, mangsa meninggal dunia.
Selepas inkues tersebut, ibu mangsa memberi pernghormatan terakhir kepada anaknya dan menasihatkan ibu bapa agar menyedari risiko tali bidai terhadap kanak-kanak.
Wanita itu juga berharap agar orang ramai sedar bahawa bidai adalah sangat bahaya. Dia tidak mahu keluarga lain turut melalui insiden tragis pada Februari lalu seperti keluarganya.
Sementara itu, kepada ibu bapa, tolonglah lebih berwaspada ya, perhatikan anak-anak kecil.
Di negara kita, ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, kemalangan atau kehilangan nyawa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Kesalahan itu termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611). Jika disabit kesalahan, ibu bapa atau penjaga yang cuai boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Mingguan Wanita : Jadikan kisah ini sebagai pengajaran terutama mak ayah yang memiliki anak yang masih kecil kerana bahaya ada di mana-mana.
Bersyukurlah mak ayah jika anak lelaki anda gemar berkongsi perasaan dan keinginan hati mereka. Namun, tak semua anak lelaki dapat melakukannya. Anak lelaki sembunyikan 7 perkara ini dari pengetahuan ibu ayahnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Taufiz Razif yang banyak menulis tentang ilmu keibubapaan.
Biarpun, tak semua anak lelaki meluahkan apa yang mereka mahukan. Tetapi tidak bermakna mak ayah perlu berputus asa.
Kerana, dalam diam anak lelaki sebenarnya menyanjungi ibu dan ayahnya sendiri.
Semoga dengan perkongsian Dr Taufiq ini dapat meninggalkan kesan kepada ibu ayah. Sekaligus jelas dengan apa yang anak lelaki masing-masing sembunyikan.
Anak lelaki kita sembunyikan 7 perkara ni:
1. Dia nak sangat jadi macam ayahnya lagi lagi jika dia nampak kredibiliti ayahnya jika si ayah tu jenis bertanggungjawab dan ada prinsip hidup yang tegas.
2. Dia nak sangat ada pasangan seperti ibunya lagi lagi jika ibunya jenis yang penyayang dan pandai buatkan jiwa dia rasa terpenuhi.
3. Dia nak sangat jadi pemberani sebab secara fitrahnya anak lelaki adalah ‘Qawwam’ iaitu pelindung dan penaung. Lebih lebih lagi pada adik beradik perempuannya sendiri.
4. Dia nak sangat ada mentor yang dia boleh ikuti kerana suatu hari nanti dia tahu dia akan berjuang untuk hidupnya sendiri dan mentor tersebut boleh menjadi tempat rujuk dan sebagai sumber inspirasi.
5. Dia nak sangat ada keyakinan diri yang tinggi kerana suatu hari nanti dia perlu galas tanggungjawab yang besar sebagai kepala keluarga dan rumahtangga.
6. Dia nak sangat banggakan ibubapa terutama ayahnya dan antara perkataan yang dia paling inginkan keluar daripada mulut ayahnya sendiri adalah “Ayah bangga dengan kamu nak”.
7. Dia nak sangat tidak dibanding bandingkan dirinya dengan anak yang lain kerana ia boleh menjejaskan harga diri dan membuatkannya menjadi inferior di hadapan adik beradiknya yang lain.
I might not perfect but when i look at my son i know that i got something in my life that perfectly right.
Opah Strawberi tampil memohon maaf selepas tular isu membalas komen netizen dengan perkataan kasar. Usahawan terkenal itu mengakui kesilapan dan berjanji lebih berhati-hati dalam komunikasi selepas ini.