Mudah sebenarnya nak ucap ‘Terima Kasih’. Tapi ia boleh juga jadi tak mudah bagi sesetengah orang. Hinggakan, sebagai pemberi kadang berasa kecil hati bila orang yang dibantu tu tak reti nak ucapkan terima kasih.
Sebenarnya tak perlu ada perasaan semacam itu. Noor Izam Mohd Fadzil berkongsi kisah bersama suami yang dialami ketika berada di tanah suci Makkah.
Ajar Anak Kecil Ucap Terima Kasih Pada Pemberi
Biasa tak bila kita bagi barang, tak kisahlah apa pun, pada anak kecil lepas tu kalau dia diam je, kita akan cakap pada dia,
“Cakap apa kat Makcik?”
atau
“Dah dapat barang kena cakap apa?”
Kita suruh si kecil tu ucap terima kasih. Pada kita.
Biasa tak?
Memang bagus gini. Kita ajar anak kecil tu berterima kasih. Menghargai pemberian. Belajar berbudi bahasa.
Kita sendiri kena sentiasa berterima kasih pada orang yang memberi. Terutama pada Dia yang dah macam-macam nikmat kita dapat dariNya.
Tak tahu adab pada perkiraan saya.
Selalu juga saya akan adu pada Suami.
Susahnya dia nak cakap terima kasih lepas kita bagi laluan.
Berat sangat ke mulut dia nak cakap terima kasih lepas kita bukakan pintu.
Lepas bagi makanan tadi, menonong je pergi tak cakap apa-apa.
Tak cakap terima kasih pun lepas kita tolong angkatkan buku dia.
Dan selalu juga Suami diam je. Malas layan.
Besar sangat pemberian atau perkhidmatan saya sampai penerima wajib berterima kasih. Kalau tak ada saya, susah dia.
Ini cara saya fikir dulu.
Sehingga peristiwa ni berlaku.
Ads
Terkejut Lelaki Tua Itu Tolak Pemberian Makanan..
Perkarangan Masjid Haram. Lepas subuh.
Seperti biasa, ribuan manusia bersesak keluar masjid selepas subuh. Ada yang terus balik ke hotel, ada yang berbaris membeli makanan dan ramai juga yang lepak-lepak di dataran.
Pagi tu kami bercadang nak makan di dataran je. Suami pergi membeli kibdah, sejenis roti berinti hati lembu. Ni favorite dia. Saya biasa je, roti berinti daging hancur.
Tengah makan, saya perasan ada pakcik tua uzur, berbadan besar dengan jubah lusuh di belakang kami. Tak pasti orang mana, mungkin belah-belah Arab juga.
Rasanya hanya ada sebotol air mineral di depannya.
Saya cakap kesian pakcik tu agaknya tak ada duit nak beli makanan.
Suami bangun dan berbaris sekali lagi belikan kibdah dan teh o panas.
Saya kemudian hulurkan roti dan air pada dia. Terkejut saya dia menolak dan macam marah-marah tak nak terima roti, terus beredar.
Ads
Kata Suami, dia membebel cakap dia bukan minta sedeqah dan boleh cari makan sendiri. Gitulah lebih kurang.
Geram juga saya. Rugi pakcik tu tak terima roti kita. Kalau tak dia dah jimat duit tak payah beli makanan dah.
Sambil mengunyah kibdah, perlahan je Suami cakap sebenarnya kita yang rugi.
Apsal pula? Pelik saya.
Kita yang rugi sebab dia tak terima roti kita. Kan dah tak dapat pahala. Kalau dia terima, tak tahu banyak mana pahala kita dapat bersedeqah depan Masjid Haram ni.
Saya tersentak. Tak terfikir saya sejauh itu kerugian kami pagi hari ni.
Suami sambung lagi.
Sebab itu bila kita memberi, jangan harap orang tu ucap terima kasih tapi kita yang patut ucap terima kasih kerana sudi terima barang kita, sudi terima pertolongan kita.
Orang tu dah bagi peluang untuk kita dapat pahala. Bila dia tak terima, tak ada dah pahala untuk kita.
Dah berpuluh tahun saya berharap orang ucap terima kasih bila saya memberi dan geram bila dia buat tak tahu saja, hari itu saya dapat satu pelajaran baru. Bukan kecil-kecil anak pelajaran ni. Kat Mekah pula tu.
Kenapalah Suami tak beritahu awal-awal bab ni. Kalau tidak tentu dah lama saya betul kan hati ni.
Sejak tu saya cuba untuk tak kisah ada atau tidak ‘terima kasih Kak’ atau ‘terima kasih Puan’ bila saya memberi. Malah saya pula cuba berterima kasih bila dia ambik pemberian saya.
Senang je rupanya nak cari pahala. Saya je yang susah payah cari jalan jauh dan panjang.
Jom kita ucap terima kasih bila pemberian kita diterima. Dan jangan lupa balas ‘sama-sama’ bila terima ucapan ‘terima kasih’.
Mingguan Wanita :Bila dah faham ni, tak perlulah berkecil hati lagi ya..
Kakak ipar ini, Siti Suryani Yaakop berkongsi kebaikan adik ipar lakukan. Seorang wanita yang tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan.
Ketika diuji sukar hidupnya, adik iparnya tidak pernah kedengaran merungut. Malah, dia mengharungi setiap ujian hidupnya dengan kecekalan.
Walaupun pernah terpaksa menutup perniagaan tadika dek penangan PKP, dia tidak mengalah. Terus melangkah sehingga dapat membuka perniagaan PKP. Dalam pada mensyukuri murahnya rezeki adik ipar, kakak ini melihat ada tiga kebaikan yang ada dalam diri adik iparnyanya itu.
Diuji Terpaksa Tutup Bisnes Tadika
Adik ipar saya. Dengan laki dia. Laki dia adik lelaki saya lah.
Masa PKP ni dia struggle teruk sebab bisnes tadika dia tak boleh jalan. Mana nak bayar pengasuh. Mana nak bayar sewa. Mana nak bayar bil semua.
Tapi tak pernah satu hari saya dengar dia merungut susah.
Dia mulakan langkah cari duit nak cover segala benda tu dengan buat live jual beg. Beg tangan. MasyaAllah. Banyak orang order. Saya ingat dulu kalau pergi rumah dia, nak tidur kena duduk. Penuh beg dalam rumah.
Oleh sebab banyak sangat post di JNT, dapat la jadi customer VIP. Dapat beg, plastik, resit, mesin. Dah asyik muka dia je post kat JNT tu, rezeki lain pulak datang. Owner JNT tu ajak dia share. Bila nampak benda tu jadi, sekarang dia nak bukak dah JNT sendiri.
Saya belajar satu benda dari dia. Berani. Dan tak tunggu. Nak buat, buat je. Tapi sungguh. Apa yang dia buat sentiasa menjadi.
Nak kata pergi kursus motivasi jerit-jerit ‘Saya berjaya!’, Saya cemerlang!’. Takda.
Nak kata pergi kursus kesedaran nangis-nangis dan tepuk bahu orang sebelah yang entah siapa kita pun tak kenal. Takda.
Nak kata pergi bayar 3-4 ribu panggil coach latih dia berniaga. Takda.
Nak kata berkawan dengan circle-circle bisnes belaka. Takda. Kawan dia adik saya tu je lah ke mana-mana. Hari minggu tak saya ke sana, dia ke sini. Begitu je.
Tiga Kebaikan Adik Ipar Lakukan
Tapi tiga benda saya lihat pada dia.
Pertama. Dia taat pada adik saya. Tak pernah tinggi suara. Tak pernah kata apa. Tak pernah minta apa. A adik saya kata, A lah kata dia. Sibuk buka JNT ni sorang-sorang sebab adik saya kena operasi, pun takda membebel apa.
Kedua. Dia sangat taat pada mak ayah. Mak ayah dia. Dan mak ayah saya. Mak saya sekarang tinggal di rumah dia. Mak nak makan apa. Sedia. Mak order apa. Ada. Tak banyak gaduh. Diam tak bunyi apa.
Ketiga. Dia suka belanja adik beradik. Belanja anak sedara. Kalau datang takda lauk udang, tak sah.”Ni Maya suka ni,” dia ingat. Sikit tak kedekut. Hari jadi siapa pun semua dia akan sibuk nak rai.
Saya kira begitulah hidup ni. Kadang bukan benda teknikal sangat yang buat kita berjaya. Buat ni jadi ni. Buat tu jadi tu. Tapi benda paling penting dalam hidup ialah…keberkatan.
Suami. Mak ayah. Adik beradik.
Buat baik dan menyenangkan hati orang terutama kaum keluarga sendiri, sungguh Tuhan janji. DIA akan balas kembali. Lepas tu jangan merungut. Jangan salahkan apa-apa. Dan sesiapa. Jalan terus. Dia mengajar saya jadi kuat. Dan ikhlas.
Esok JNT dia dah nak launch. Saya doakan JNT dia boleh buka banyak cawangan. Dan diberikan dia seterusnya kejayaan. Dunia akhirat.
#kaknis
Mingguan Wanita : Keberkatan itulah yang membuatkan segala urusan jadi mudah. Semoga perniagaan adik ipar wanita ini terus berkembang dan sukses.
Rumah tangga bahagia itulah jadi idaman setiap pasangan suami isteri. Suami sejuk je pandang wajah isteri, isteri pula tenang setiap kali pandang wajah suami.
Bahagianya rumah tangga itulah juga buatkan rezeki masuk macam air. Rezeki itu bukan semata wang ringgit iya.. hati tenang lagi damai itu pun namanya rezeki kedamaian hati.
2 Ayat Ini Digalakkan Dibaca Sebaik Selesai Solat Subuh
1. Bacalah surah Yusuf, ayat 4 :
“idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra Aituhum Lii Sajidin”
Maksudnya:
“Ingatlah ketika yusuf berkata kepada ayahnya.W ahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..”
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yg datang dariku,dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Thaahaa : 39)
Kunci Rumah Tangga Bahagia, Bagus Juga Diamalkan Ketika..
1. Baca setiap kali selepas solat subuh 3 kali baca atau lebih.
2. Setiap kali bersua atau semasa suami isteri tidur, bacalah kedua ayat di atas. Amalkan setiap hari tidak perlu membaca dengan kuat memadailah dengan hanya membaca dalam hati.
3. Boleh juga diberi dalam minuman pada suami atau isteri. Baca ayat di atas sebanyak 7 kali dan selawat 7 kali. In shaa Allah hubungan suami isteri tambah intim.
4. Amalkan membaca ayat di atas semasa hendak temuduga kerja, in shaa Allah akan dipermudahkan.
5. Jika dibaca setiap kali selepas solat sebanyak 3 kali, in shaa Allah akan dikasihi semua orang.
6. Doa ini juga baik diamalkan pada yang sukar dapat jodoh. Baca doa di atas sapu di muka 3 kali sebelum keluar rumah.
In shaa Allah izin Allah akan bertemu jodoh yang anda cari.
Semoga kebahagiaan yang kita cari akan ditemui, in shaa Allah Aaamiin Ya Allah..
Jasmin Hamid bersyukur “Allah… pinjamkan mertua sangat baik, terima kekurangan, menumpang kasih” sememangnya cukup terharu apabila dikurniakan ibu dan ayah mentua yang sangat baik.
Begitu jugalah perasaan pengantin baru yang juga pelakon Jasmin Hamid yang berasa sangat terharu dan bersyukur Allah SWT mengurniakan ibu dan ayah mentua yang sangat baik buat dirinya.
Pada 19 November yang lalu Jasmin Hamid, 47, yang juga ibu tunggal selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, juga pembantu peribadinya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Jasmin Hamid Bersyukur
Seperti mana perkongsian di akaun Instagramnya, Jasmin akui dirinya kini berasa sangat bersyukur dan bahagia.
“Masyaallah…
“Syukur alhamdulillah kepada ALLAH SWT..
“Saya di kurniakan keluarga En Suami untuk kami menjalinkan silaturrahim antara dua keluarga..
“Pinjamkan saya Ibu bapa Mertua yang sangat baik dan terima kekurangan saya, untuk saya menumpang kasih..
“Walaupun hanya majlis kecil untuk bersua kenal antara dua keluarga,kami amat bersyukur dan bahagia. Terima Kasih kepada keluarga En Suami di atas penat lelah dan layanan istimewa untuk meraikan kami. Terima Kasih ALLAH kerana permudahkan urusan kami untuk mendapat pahala dan redhaNya,” tulis Jasmin.
12 Tahun Jarak Umur
Walaupun Jasmin dan suami jarak usia mereka 12 tahun namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh bahagia. Perkongsian terbaru, Jasmin juga bersyukur kerana dia dan suami saling melengkapi.
“Dah seminggu kami menjadi suami isteri..begitu cepat masa berlalu.
“Walaupun 12 tahun jarak umur antara kami tapi ini tak bermakna,kami tidak berhak untuk bahagia.. mendapat pahala dan redhaNya.
“Kami terima kekurangan masing-masing untuk saling melengkapi.
“Jangan takut dengan REZEKI ALLAH kerana tidak akan putus rezeki selagi bernyawa. Yang penting, doa, ikhtiar dan tawakal dan terus meminta hanya padaNya,” luah Jasmin.
“Terima Kasih Suami Menerima Anak-Anak & Cucu”
Rezeki yang Allah berikan kepada dirinya cukup bermakna. Malah dia juga berasa bersyukur kerana suami sanggaup menerima anak-anak dan cucunya.
“Terima Kasih En Suami kerana terima anak-anak dan cucuku seadanya. Terima Kasih juga buat anak-anak dan cucuku kerana terima En Suami seadanya.
“Ini juga adalah salah satu bentuk REZEKI ALLAH kerana di kurniakan seorang KHALIFA untuk membimbing seorang Ibu tunggal dan anak cucunya.
“Semoga kita menjadi sebuah keluarga Sakinah Madaddah Warahmah. Terima kekurangan masing-masing untuk saling melengkapi,” coret Jasmin yang membuatkan ramai peminat terharu dan tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh Jasmin.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...