Dalam rumahtangga adalah penting suami isteri untuk saling menghargai, perlu ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Tak kiralah apa juga keadaan, walaupun sekecil-kecil perkara. Mungkin nampak mudah dan perkara ringan, sekadar ucapan terima kasih, namun ia cukup bermakna buat pasangan sebagai tanda menghargai dan diri dihargai.
Nak faham lebih lanjut, baca perkongsian Dr Taufiq Razif ini.
Tadi bidadari saya minta bajet daripada saya untuk beli Ipad. Katanya senang nak buat Live dan buat projek projek kerja dia.
Saya dengan muka tanpa emosi terus iyakan je lah. ” Yelah. Belilah sayang ”
Sebelum beredar keluar daripada bilik pejabat saya, isteri saya jengah kepalanya ke pintu bilik sambil mengucapkan sesuatu yang membuatkan saya sangat terharu.
“Terima kasih abang. Semoga Allah murahkan rezeki abang. Semoga Allah mudahkan segala urusan abang “.
Perasaan Sebak
Saya buat muka tanpa emosi je sehinggalah isteri saya hilang daripada pandangan. Ketika itulah suatu perasaan sebak tiba tiba hadir dalam diri saya.
Saya tahu duit dan rezeki yang hadir ni dalam hidup saya ni bukan saya yang punya, semuanya Allah punya tapi bila pasangan sendiri berterima kasih dan menghargai pemberian saya, ada perasaan indah yang mengalir di dalam dada.
IKLAN
Patutlah saya pernah terbaca satu Hadis Nabi ini :
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya”
IKLAN
Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)
Sekarang baru faham kenapa perlu ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Memang kita tak nafikan kita kena ikhlas dalam berbuat kebaikan tetapi memang lumrah dan fitrah manusia untuk merasai dihargai kerana penghargaan membenihkan dan menumbuhkan ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan.
MW: Dalam rumahtangga memang penting suami isteri untuk saling menghargai, ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Ia bagi membentuk rasa harmoni dan kebahagiaan dalam rumahtangga.
Wahai suami, bersyukurlah jika dianugerahkan atau dapat isteri yang pandai serba-serbi, tapi jangan sampai diri sendiri tak berfungsi. Jangan pula mengambil kesempatan atas pengorbanan isteri hingga membuatkan suami lupa tanggungjawab.
Sebaiknya, hargailah isteri yang tidak hanya bergantung harap pada suami semata-mata untuk lakukan itu dan ini. Kadang-kadang isteri sengaja tidak mahu tunjuk pandai, takut lama-lama suami buat sambil lewa dalam menguruskan rumah tangga yang sememangnya menjadi tanggungjawab bersama.
“Kalau semua saya buat sendiri, apa guna saya ada suami?”
Isteri saya beritahu, bawah sinki bocor, air keluar… Saya cakap nanti saya balik, saya buat… Tengok-tengok saaya balik, sampai saja di rumah, sudah tidak bocor… Saya tanya dia, bocor ke tidak tadi… Dia kata dia sudah repair…
Aik, boleh pula dia repair…
Isteri whatapps, gas habis, tapi dia sudah siap masak semua… Saya order gas, saya pesan dekat orang hantar itu untuk letak dekat pintu, pastu cakap dekat wife lagi sejam saya balik, saya angkat letak dekat dapur…
Sampai saja rumah, gas sudah tidak ada depan pintu…
Isteri Boleh Lakukan Sendiri, Tapi Ingin Suami Tahu
Saya tanya wife, orang itu tidak hantar gas ke? Dia kata, dia sudah angkat gas itu, tukar dan pasang… Siap sudah guna untuk goreng cucur lagi… Mak aii, bukannya ringan tong gas… Dari depan pintu sampai ke dapur dia angkat, jauh tu…
Pressure cooker dia naik error, blender dia tak boleh pusing, oven dia tak boleh on, almari anak pintu tercabut, semua benda dia beritahu bermasalah…
Bila balik saja hendak betulkan, dia dah pun buatkan… Orang perempuan ini pandai sebenarnya… Dia boleh usahakan untuk cari jalan macam mana hendak buat, tapi dia beritahu dulu suami dia sebabnya,
Dia ada suami…
Tapi Jangan Sampai Diri Sendiri Tak Berfungsi
Kalau serba serbi dia buat sendiri tanpa suami dia tahu, maka suami tak nampak beban atau apa yang isteri buat untuk memudahkan urusan suami, suami jadi selesa… Terlalu selesa sehingga beranggapan isteri itu tak buat apa-apa dekat rumah…
Kita saja penat sebab keluar kerja, isteri duduk rumah tak penat… Walhal macam-macam isteri buat untuk suami supaya suami balik boleh rehat, tak serabut-serabut…
Bersyukurlah dapat isteri yang boleh serba serbi… Tapi jangan sampai diri sendiri itu tak berfungsi sebab semua benda isteri buat sendiri…
Mingguan Wanita : Sebaiknya bersyukur miliki isteri yang tidak berkira dan berusaha memudahkan tugas suami. Hargailah isteri sebaiknya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ibu ini berkongsi pengalaman menjaga anak kecilnya yang bernama Dhani, di hospital. Selepas mengalami sakit perut yang berlarutan. Sebaik diwadkan tahulah ibu yang anak kecilnya itu alami usus bengkak dan terbelit.
Memang ‘seriau’ baca kisah ibu ini. Dari pengalaman itu, ibu Abidah Museri nasihatkan mak-mak yang lain agar pantaulah makanan harian anak-anak kecil. Jangan sampai diberi sembarangan jenis makanan terutama yang tidak berkhasiat.
Cuma Hirup Sesudu Dua Kuah Tom Yam Dan Ini Yang Jadi..
Kisah 10 Julai 2018
Tragedi ni memang takkan dapat aku lupakan sampai bila-bila.
“Dhani cuma hirup sesudu dua kuah tomyam je malam tu sebelum dia sakit perut teruk. Tomyam tu asbab semata-mata.”
“Padahal Dhani dah tak buang air besar dekat seminggu. Doa memang ada masalah sembelit sebelum-sebelum ini.”
“Lepas dia hirup kuah tom yam tu, terus dia sakit perut 10 minit sekali. Dah macam orang ‘contraction’ nak bersalin tu.”
Ibunya ingatkan sakit perut biasa. “Aku ‘just’ letak minyak angin je kalau dia mengadu sakit perut.”
Sakit perut anaknya berlarutan sampai 2 hari. Bila tak nampak berkurangan, ibunya ambil keputusan bawa ke klinik.
Pemeriksaan di klinik doktor maklumkan tiada apa-apa yang serius. “Aku tak cakap Dhani tak berak dah 4 hari. Doktor kata tak apa, kita bagi dia ubat cair najis dulu.”
Balik dari klinik terus berperang dengan Dhani sebab dia susah nak makan ubat. Sampai 2 ke 3 orang kena pegang dia. Sampailah ke malam dia masih sakit lagi.
Dekat Seminggu Dhani Sakit Perut
Esoknya bawa ke hospital PD pulak. Kat sana doktor suru X-ray perut dan bila tengok kat X-ray tu memang banyak sangat najis dalam perutnya.
Doktor bagi ubat cair najis juga. Masa ini masih sakit perut tertonggeng-tonggeng, bergolek-golek (10 minit sekali).
Ikhtiar juga bagi makan ubat tu tapi tak juga berak. Esoknya pun sama juga masih sakit perut.. sakit perut dan sakit perut.
Dekat seminggu dah berlarutan macam ini. Aku pun jadi orang yang tak keruan. Tertanya-tanya kenapa. Menangis sendiri kadang-kadang ayah Dhani kerja luar.
Benda ini jadi masa bulan puasa 2 minggu lagi nak raya. Mood raya memang tak ada langsung. Tak kisah dah pasal raya ke apa.
“Esok petangnya aku ‘decide’ lagi sekali pergi hospital. Punyalah ramai manusia kat situ. Dhani asyik menangis je sebab sakit perut tu kejap datang kejap pergi.”
Tak peduli dah orang tengok ke apa. Time dia sakit memang dia berguling-guling kat lantai hospital tu. Sekali lagi doktor suruh X-ray dan resultnya masih sama.
So doktor ‘decide’ hantar kes Dhani terus ke Hospital Tuanku Jaafar. Sampai HTJ terus masuk ‘red zone’. Kat sana memang ramai pakar. Sampai je terus buat ‘detail scan’ kat perut dia.
Time inilah semuanya terjawab!
Rupanya Usus Dhani Dah Bengkak Dan Terbelit
Tanpa aku sedar jam dah pukul 9 malam tapi aku still tak buka puasa. Air kosong pun tak minum. Orang lain dah tersandar kekenyangan agaknya. Tapi aku puasa lebih masa.
Lepas Dhani buat detail scan terus ‘warded’. Esok kena puas asbeb nak buat proses ‘tembak’ usus. ‘Tembak usus’ ini tembak dengan air guna tiup yang dimasukkan ke lubang najis.
Masa buat proses ini pun sedih sangat. Kena bagi dia ubat tidur baru boleh buat. Proses pertama berjaya buatkan usus Dhani yang terbelit terbuka balik. Tapi tak boleh happy lagi takut benda ini akan jadi balik.
“Memang betul! Esoknya scan lagi usus tu terbelit balik. Doktor suruh puasakan Dhani lagi 2 hari. Berturut-turut Dhani kena puasa.”
“Masa itu Allah je tahu macam mana keadaan aku dengan Dhani. Tulis ini pun rasa nak nangis bila ingat-ingat. Dhani asyik nangis meraung-raung sebab lapar. Tambah pula dia sakit perut.”
“Baring tak nak, tidur tak nak. Aku bengkak mata je dok hospital tu. Tapi ramai adik-beradik, kawan-kawan semua whatsapp bagi kata semangat. Tak lupa juga yang datang melawat kami dua beranak. terharu sangat sangat.”
Esoknya doktor buat lagi proses yang sama ‘tembak’ usus.
“Alhamdulillah terbuka balik usus yang terbelit tu. Esoknya doktor scan semula dan usus tu terbelit balik. Kali ini usus dah semakin banyak bengkak. Allahu.. tak dapat tahan air mata.”
“Dah menangis berjurai-jurai depan doktor terus.”
Petang Itu Juga Doktor Putuskan Untuk Pembedahan
Esok pagi kat wad doktor pakar datang terangkan keadaan Dhani yang sebenar macam mana. Doktor decide tak boleh buat ‘tembak’ usus lagi. Limit 3 kali je proses tu. Dan last Dhani terpaksa di operate sebab usus dah banyak bengkak dan makin terbelit.
Petang itu juga kena operate. Perasaan jangan cakaplah. Masih yak percaya benda ini jadi kat Dhani.
“Menangis jelah kerja aku. Sahur tak ke mana, tapi niat puasa macam biasa. Empat hari dok wad aku tidur duduk. Naik ‘cramp’ tulang belakang.”
Doktor dah terangkan semua risiko kalau Dhani operate. Masa scan doktor cakap usus Dhani dah rosak kemungkinan besar terpaksa pakai beg menggantikan usus dua.
“Aku dah redha. Buat jelah apa-apa doktor asalkan dia tak sakit perut lagi macam dia sakit perut seminggu ini.”
Masuk je dewan bedah, semua dah standby. Dhani macam biasalah nak dukung peluk kuat-kuat, tak nak letak kat katil.
“Doktor suruh cium anak sebelum aku keluar. Masa itu tak ada lagi dah nak cover-cover nangis. Bersungguh sungguh aku menangis.”
2 Jam Penuh Debaran..
Hampir 2 jam Dhani dalam bilik bedah. Bila dah selesai doktor beritahu, “Alhamdulillah.. usus Dhani langsung tak terjejas. Cuma ditarik ke tempat asal dan buang kelenjar-kelenjar kat usus je.”
Doktor pesan kena jaga dia. Sebab benda ini tak mustahil akan jadi balik. Aku pun cepat-cepat masuk bilik bedah nak tengok dia.
Masa itu dia belum sedar lagi. “Ya Allah.. anak aku ini yang berwayar-wayar. Perut yang dipotong dah siap balut dah semua. Cuma tinggal nak tunggu dia sedar je.”
Bila dia sedar terus dia menangis panggil aku.
“Alhamdulillah semua selamat.”
Dhani Susah Makan Sayur, Air Masak Pun Kena Paksa
Kesimpulannya kat sini, “Anak kecil inilah susah nak pantau pemakanan diaorang. Yang tak sihat itulah yang dia nak makan selalu. Ini semua pengajaran.
“Bila anak dah sembelit, macam-macam boleh jadi. Nasib usus dia tak pecah. Doktor cakap sebab najis dah penuh satu perut sampai tak ada ruang dah. Pastu usus terbelit menyebabkan najis tu tak de jalan keluar.”
“Lepas operate tak de dah dia sakit perut lagi. Tapi makanan dia memang kena jaga betul.betul. Aku memang tak bagi orang nak bagi dia makanan sembarangan.”
Kalau nak baca Al Quran pun malas, tak payah nak pelik sangat kenapa hubungan laki bini selalu bermasalah.
Ada yang setiap bulan rezeki tak cukup, kadang ada benda hilang. Akhirnya sampai bertikam lidah dengan pasangan. Puncanya apa?
Haa… Cuba renungkan perkongsian Ustaz Farid Rashidikejap, mungkin kita pun dah jauh dengan Allah. Malah langsung tak mengaji Al Quran walau cuma sepuluh ayat. Betapa ‘miskinnya’ kita.
Langsung Tak Baca Al Quran
Rumah yang sunyi sepi, tak pernah dibacakan dan didengarkan ayat-ayat al-Quran ia digelar seperti perkuburan.
Nauzubillahhi minzalik.
Bahkan Jin Syaitan suka ganggu rumah tangga yang melupai Allah SWT tau. Itu yang suami isteri selalu bergaduh, anak-anak bermasalah, tak tenteram, asal balik rumah jadi serabut.
Di dalam kitab Fiqhu Qiraatil Quranil Kareem, yang dikarang oleh Syeikh Said Yusof menyebutkan agar selalulah mengingati Allah SWT dengan membaca surah Al-Baqarah agar terhindar gangguan Syaitan.
DaripadaAbu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”.
[Hadis Riwayat Muslim, no. 780]
Jadi, kalau tak mahu hantu Jin kacau di rumah bacalah surah Al-Baqarah selalu ya. Paling utama niat kerana Allah SWT. Pastinya akan jadi ibadah yang ada ganjaran istimewa.
Jangan Bagi Alasan, Semuanya Makin Mudah
Tak pandai baca al-Quran, belajarlah. Tak perlu malu walaupun usia dah lanjut. Gigi ada ke tak ada, itu bukan alasan. Janji usaha ada.
Yang muda, jangan tunggu tua. Game boleh install di Handphone, apatah lagi nak install software al-Quran kan?
Yang dah pandai, apalagi dah hafaz. Alhamdulillah, kalian hebat dan insan terpilih. Jangan sia-siakan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...