Jangan disangkal, isteri bila dia buat kerja rumah bukan hanya fokus pada satu perkara. Tapi dalam masa sama macam-macam boleh dilakukan. Sambil menggoreng ikan, masih sempat menyapu sampah, kutip mainan anak dan sebagainya.

Itulah hebatnya ciptaan Allah buat isteri di luar sana. Walaupun hanya buat satu kerja tapi fikirannya menerawang pelbagai perkara untuk disiapkan. Jangan disangkal kehebatannya.

Beruntunglah suami punyai isteri yang cekap dalam membuat kerja rumah dan mampu menguruskan rumah tangga dengan baik. Walaupun kerja cepat, tak kurang juga mulut pun ‘cekap’ dalam menutur kata. Kadang-kadang, bebelan mak-mak inilah anak-anak dan mungkin suami pun tak ‘menahan’, tapi ada betulnya.

Jangan disangkal, inilah yang dikatakan salah satu keajaiban dunia, seperti yang diperkatakan oleh Mohd Fadli Salleh tentang hebatnya seorang wanita yang bergelar isteri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sebenarnya Isteri KISAH Bila Suami Lupa Tarikh Istimewa, Hadiah Tak Penting, Cukuplah Dihargai

Jangan Harapkan Suami Saja AMBIL HATI Isteri, Dia Pun Ada Perasaan, Jagalah Hatinya

Info Lebih Menarik DI SINI

Jangan Disangkal – Keajaiban seorang WANITA

MATA

Matanya mampu mengesan segala benda dalam rumah. Apa yang kau cari tak jumpa kau tanyalah dia. Pasti dia nampak walau benda itu tersorok bawah karpet sekalipun.
Kalau kedut kat tudung tu lagi la. Mata kita (lelaki) nampak dah sempurna, dia masih tak puas hati. Gosok sampai 4-5 kali kerana kedut sebesar tahi mata.

TELINGA

Ajaib telinga orang perempuan ni. Dia kat dapur tengah memasak nun di hujung rumah boleh dengar suara anak dia yang merengek tersedar dari lena dalam bilik.

Suami yang duduk ruang tamu depan bilik pun tak dengar.

“Abang! Anak dah sedar tu. Pergi tengok cepat. Boleh pula duduk rilek tengok tv.”

“Mana ada. Anak tengah tidur elok lah.”

“Waaaaaaa!”

Bergegar rumah dengan raung tangis anak baru suami tersentak. Betul rupanya kata isteri.
Bunyi motor/kereta suami pun dia cam. Motor suami kat simpang, dia dah buatkan air. Suami sampai, air elok panas tengah berasap lagi.
Hebat kan?

Kau tengah dukung anak, dia tengah lipat kain. Boleh dia cakap,

“Bang, pergi basuh kencing anak tu. Dah banyak dah tu.”

Aik, kita yang pegang baby pun tak bau hancing, hidung dia dulu dapat kesan.

Lagi hebat, dia dapat bau duit dalam wallet suami. Ini seram.

“Bang, beras dah habis. Cikgu Along tu minta duit bayarkan buku. Kasut saya pun dah longgar tapaknya tu.”

Aduh, tahu-tahu saja suami baru cucuk duit. Kuat betul deria bau orang perempuan kan?
Itu tahan lagi, jangan sampai dia tanya,

“Bau perfume siapa melekat kat baju abang ni?”

Masa ni kau ready je lah. Pakai helmet siap-siap la wei. Boleh tengok ‘ufo’ berterbangan dalam rumah la nanti.

MULUT

Biasanya, mulut orang perempuan ni, walau sentiasa nampak menarik dan manis dengan gincu jenama mahal-mahal, kau hati-hati.

Lembut je keluar dari mulut dia, tapi 3 hari kau tak lalu makan tahu tak.

Itu belum lagi bila dia start berleter, seminggu tanpa henti pun dia mampu. Padahal kes tertukar beli lengkuas dengan halia je kot.

OTAK

Ingatan orang perempuan kau jangan buat main. Lebih

Hebat dari komputer tahu tak?

Segala tarikh tak penting pun dia ingat. Inikan pula tarikh kahwin, tunang dan segala bagai.

Kau lelaki yang pelupa, set dalam reminder setiap tarikh penting.

Sekali kau lupa, rasakan sindiran lembutnya sampai kau tak lena nak tidur berhari-hari. Silap-silap seminggu tidur kat ruang tamu.

Aduh, baru tulis pasal mata, hidung, telinga dan otak pun dah panjang berjela. Cukuplah dulu, lain kali kalau aku rajin aku sambung lagi.

Lengkapkan Hidup Lelaki

Ajaib sungguh mereka ini kan? Namun, keajaiban inilah melengkapkan hidup seorang lelaki.

Maka, hargailah mereka selayaknya.

Sebenarnya, ada 8 benda ajaib di dunia. Bukan 7 sahaja seperti yang digembar-gemburkan.

Keajaiban ke 8 dunia ialah WANITA. Yang ini paling ajaib sebenarnya. Lebih ajaib dari piramid ye.. Sungguh!

#MFS
– Bukan makhluk bumi –

MW: Betul tu, itulah keajaiban yang Allah beri pada wanita. Hargailah diri isteri selayaknya.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI