“Rehatlah, biasa abang jaga anak sekejap’. Kata-kata yang keluar daripada mulut seorang suami ini sudah cukup membuatkan segala penat isteri terus hilang. Masakan tidak, seharian dengan membuat kerja rumah yang tak pernah habis, belum lagi melayan karenah anak-anak yang bermacam peel.

Ada sesetengah suami yang kurang memahami apa yang dialami oleh isteri. Baginya, itu semua adalah tugas dan tanggungjawab seorang isteri. Bila dibiarkan dan hanya mengharapkan isteri sahaja memikul kerja rumah, lama-kelamaan emosi isteri mula tidak stabil.

Dari sinilah boleh berlaku perselisihan faham, puncanya suami tidak langsung ambil kisah penat isteri yang tidak habis-habis dengan kerja rumah seharian. Jangan terkejut, kalau isteri mula jadi pendiam dan tidak banyak cakap. Hilang keseronokan dalam rumah tangga.

Suami yang bertanggungjawab bukan sahaja memberi nafkah zahir dan batin pada isteri tetapi turut bertanggungjawab dalam menjaga emosi isteri. Kadang-kadang isteri perlukan masa ‘me time’ untuk dirinya.

Malah, apa yang membuatkan isteri rasa cukup dihargai bukanlah dengan memberi hadiah yang mahal, cukuplah dengan ayat keramat ‘abang tolong awak’, ‘saya jagakan anak’ ‘awak ok tak hari ini’ dan sebagainya. Percayalah terus hilang segala masalah atau emosi yang tidak stabil dalam diri isteri.

Perkongsian daripada Sarah Saifuddin ini boleh cukup memberi erti buat isteri di luar sana. Cukup bertanyakan ‘awak makan apa hari ini’ semasa suami di pehabat pun buat hati berbunga-bunga dan terus hilang penat isteri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri GARANG, Cekap Buat Kerja Rumah Tapi Suami Kenalah Tahu LAYAN Sikapnya

Isteri Merungut PENAT Buat Kerja Rumah Bukan TIDAK IKHLAS, Suami Kenalah Toleransi

Info Lebih Menarik DI SINI

Penat Isteri Hilang Dengan Ayat Ini

Pagi ini, bila buka media sosial dan membaca komen daripada mak-mak yang punya cerita hampir sama dengan saya telah membuatkan saya termenung seketika.

Semalam, pulang dari kerja suami menghulurkan air. Air yang saya minta jam 2 pagi sebelumnya kerana craving.

Tetiba terjaga tengah malam dan minta suami carikan. Dia tahu semua kedai tuut pada waktu itu. Tapi, dia tetap singgah satu persatu kedai dan ambil gambar kedai tutup demi puaskan hati saya, bimbang kecewa air diminta tiada. Pelik sedangkan dia tahu kedai tutup. Tapi dia faham, keinginan saya ibu mengandung.

Emosi Tidak Stabil

Apabila suami pulang dari pejabat, dia cari saya di bilik yangg terkurung. Tolong kupaskan mangga dan bawa ke bilik. Dia tahu emosi saya sedang parah.

IKLAN

Selesai maghrib berjemaah, suami meminta anak-anak mohon maaf kepada saya sekali lagi. Saya tak join jemaah kerana masih berdiam diri di bilik.

Saya dengar sayup sayup pesanannya pada anak-anak.

“Janji semua jangan buat lagi. Umi ayah marah sebab sayang.
“Tak pernah tak sayang. Kesian umi penat.”

Masuk bilik, baru dia mula tanya saya.

“Sarah ok tak…”

Ya Allah!

Macam empangan melimpah.
Emosi tewas. Aku menangis bagai si kecil ygan dicubit cubit kesakitan.

Hanya satu soalan…

Speechless. Hanya menangis.

“Abang minta maaf ye. Hari ini, abang sibuk. Mesti Sarah penat.
“Tidurlah dulu. Abang jaga anak kejap.”

Hanya Pesanan

Cukuplah. Hanya itu pesanannya.

IKLAN

Segala yang terbuku di dada bagai lepas selepas lepasnya.Hilang sekelip mata!

Ajaibnya ayat dari seorang suami.Tak perlu panjang, tak perlu lebar.

Dan kita, bukan nak bercerita pun. Cuma mengharap si dia memahami.

Mental yang burn, emosi yang parah. Terus terubat tanpa sengaja.
Ada sesuatu kesilapan yang saya belajar dari sini.

Dulu, saya jarang bertanya, tunggu si dia bercerita kisah di pejabat.
Apa masalah, apa yang tak kena. Sebab dia tak pernah tanya saya macam mana anak seharian.
Sampailah suatu hari saya minta pada dia, tolong tanya saya setiap hari sepatah.

Biarpun terpaksa tanya kerana saya isteri yang akan hilang penatnya hanya dengan secebis ayat, “apa khabar anak hari ini..”

Sungguh!
Saya terkesan bila ada ibu bercerita perihal yang sama.

Ayat Paling Menusuk

Bagaimana mereka juga mental burn seperti saya. Ada yang lebih lagi. Tapi ayat paling menusuk bila mereka kata.

IKLAN

Pasangan tak semua ambil kisah. Tak bertanya walau sepatah sehingga semua di bahu isteri.

Wahai suami, saat ini emosi isteri semuanya sedang parah.
Pdpr, pkp, semua menyebabkan stres.

Saya mohon sangat, tepuk bahu isteri. Tanya sepatah apa khabar anak hari ini.

Hanya anda kunci penyelamat segala penat mereka yang tak terbayar. Tolonglah, selamatkan jiwa mereka.

Dan isteri..
Suami juga sedang berdepan bebanan kerja. Bersyukurlah andai suamimu masih bangun pagi untuk pergi bekerja. Sedang orang lain ramai yang tidak ada kerja lagi.

Tanyalah sepatah apa khabar hari ini.
Dia juga sedang parah dalam diam..
Pandemik ini sedang mengikis keharmonian kita.

Tapi dia tidak akan boleh mengikis kebahagiaan kita.

Saya percaya..
Anda di luar sana adalah ibu dan ayah yang hebat.

#sarahsaifuddin
#pesanbuatdirisaya

MW: Tak perlu nak berbunga-bunga sangatlah. Cukuplah kata-kata inilah bukan saja hilang penat isteri tetapi terus dibuai rindu suami..kan!

Sumber: Sarah Saifuddin

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI