Dalam rumah tangga, isterilah yang menjadi tonggak utama, dialah yang banyak berkorban untuk memastikan keluarganya dalam keadaan baik, makan minum dan rumah sentiasa kemas untuk keselesaan semua.

Bila terlalu banyak berkorban dan tiada masa untuk berehat, mulalah rasa ‘lain macam’, nak-nak bila suami tidak membantu dan anak pula dengan macam-macam karenah.

Lebih-lebih lagi usia perkahwinan bertambah dan sudah tahu peel masing-masing. Apatah lagi, bab-bab romantik tolak ke tepi sebab sekarang ini lebih fikirkan tentang tanggungjawab dan kelangsungan hidup yang mendatang.

Bila masa gaduh atau bermasam muka dengan pasngan, mulalah fikirkan tentang keburukan, terus hilang segala kebaikan sebelum ini. Mulalah rasa dirinya yang banyak berkorban untuk keluarga berbanding suami. Lebih teruk, ada suara-suara ‘mengungkit’ apa yang dia telah lakukan untuk keluarga.

Jangan begitu dan ingat suami tidak fikir semua itu. Sebenarnya, suami sedar pengorbanan isteri tetapi biasanya lelaki lebih suka diam.

Perkongsian daripada Adlil Rajiah boleh membuka mata buat isteri agar tidak terus merasakan diri kita banyak berkorban dan langsung lupa kebaiakan suami. Belajarlah untuk saling memahami dan paling penting jangan tunggu pasangan meminta maaf terlebih dahulu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rumahtangga GAGAL Bila Perkara Yang Simple Diperbesarkan, Suami Isteri Wajib Ambil Tahu

Suami Isteri Marah Atau Gaduh, Jangan Bertempik Dan Panggil AKU KAU, Carilah Penyelesaian

Info Lebih Menarik DI SINI

Banyak Berkorban – Jangan Sampai Mengungkit

Setiap suami isteri ada pasang surutnya, masa baik dan bila berselisihan faham, mulalah berlaku ‘perang mulut’.

So recently, we had a fight. A typical husband-wife fight, cuma kali ini lebih intense.

IKLAN

Bila keadaan kembali tenang, suami ajak duduk berdua untuk re-audit and re-align tentang perhubungan kami.
.
Maklum sahaja, sudah menjangkau 10 tahun perkahwinan, banyak benda yang berubah. Mungkin cinta dah tak semekar dulu.

Malah, boleh dikatakan semua yang dirasakan best masa awal-awal kahwin dulu, semakin hambar.

Sebelum duduk dan berbincang, kami tuluiskan semua benda yang kamitak puas hati antara satu sama lain dengan harapan pasangan dapat improve lepas ni.

Aku ni dah la pantang dibagi assignment tulis-tulis ni, tangan jadi machine gun terus.
Nak-nak pulak bila disuruh senaraikan kesalahan dan kekurangan suami. Mana cukup satu kertas. Astaghfirullahalazim begitulah perempuan.

Senaraikan Kesalahan

Siap semua senarai semuanya. Tibalah masa untuk duduk berbincang hati ke hati.

Dia duduk di sebelah saya dengna penuh tenang dan meminta saya baca apa yang telah di tulis. Saya baca point by point dan page by page.

Dia berikan perhatian 100% dan tidak berkata apa-apa.
Selesai sahaja aku baca semua. Suami terus menjawab

IKLAN

“Papa minta maaf. Insya Allah papa akan cuba perbaiki semuanya.”

Dan dia diam semula.

“Cepat lah, giliran papa pulak untuk luahkan apa yang papa tak puas hati dengan mama selama ni. Apa yang papa nak mama perbaiki?”

I urged him to read his list.

Dia senyum je, sambil geleng, dia cakap,

“Takde apa yang papa tak puas hati dengan mama. Semua ok je.”

“10 tahun papa hidup dengan mama. Sudah tentu, papa tahu semua kekurangan dan keburukan mama. Dah tentu, papa boleh sebut satu-satu kalau papa nak. Tapi papa tak nak.”

IKLAN

“Kenapa taknak?”

“Sebab papa masih ingat setiap kebaikan mama. Mama lahirkan anak kita, susukan dia, jaga dia dengan baik, mama uruskan rumah, utamakan keluarga, tolong papa cari rezeki. Kalau pun papa tahu 1000 keburukan mama, papa tak sanggup nak senaraikan. Sebab papa masih ingat semua kebaikan mama.”

Saya menangis…

Ada 5 perkara yang boleh kita belajar:

1. Sebagai isteri,, kita selalu fikir kita lah yang PALING banyak berkorban dalam perkahwinan. Mungkin betul. Tapi itu tak melayakkan kita untuk HANYA mengungkit kebaikan dan pengorbanan diri sendiri dan melupakan kebaikan suami.

2. Makin lama berkahwin makin banyak lah kekurangan masin-masing terbongkar dan makin banyaklah tak puas hati dalam perhubungan. Kita mula lupa, pasangan adalah cerminan kita. Aib dan keburukan kita yang terbuka di mata pasangan, sama je banyaknya.

3. Dikurniakan pasangan yang bukan sahaja sayangkan kita, malah sanggup tutup aib kita walaupun di hadapan mata kita sendiri, adalah nikmat Allah yang jarang sekali kita syukuri.

4. Kadang-kadang kita sibuk fikir salah pasangan dan tunggu pasangan minta maaf, sedangkan yang perlu minta maaf dan memaafkan adalah dengan diri kita sendiri.

5. Ada banyak benda yang we can never develop alone. Even our own growth needs someone to respond– someone very intimate yang nampak hodoh kita, tapi masih mahukan kita.

Marriage is not just love, it’s a friendship.

Semoga perkongsian malam ni bermanfaat.

MW: Sebab itu, kalau isteri rasa nak marah, fikirkan kembali pengorbanan isteri, terus hilang rasa marah. Percayalah.

Sumber: Adlil Rajiah

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI