Covid-19 masih mengancam nyawa sesiapa sahaja apatah di kalangan orang berisiko terutamanya kanak-kanak, warga emas dan pesakit yang imunnya rendah.
Oleh sebab itu, mak ayah perlu sentiasa memastikan kehidupan harian sentiasa mengikuti norma baharu dan mematuhi arahan pihak berkuasa kerana virus jahat ini tidak mengenal siapa pun.
Begitulah yang terjadi pada allahyarham Ahmad Mohamad Talib yang meninggal dunia setelah dijangkiti Covid-19. Tentu sedih dia “pergi’ seorang diri di hospital kerana terikat dengan SOP.
Namun menurut anaknya, “Abah sempat minta maaf, minta semua jaga diri. Sebagai anak tentu sedih baca pesanan terakhir sebelum ayahnya pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Al-Fatihah.
Abah Sempat Minta Maaf, Minta Semua Jaga Diri
“Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua”
Itu kata-kata terakhir Ahmad Mohamad Talib, 58 kepada isteri dan anak-anaknya sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, pada Rabu lalu.
Gambar pesanan bapanya yang ditulis di atas dua helai kertas viral di media sosial selepas dikongsi anaknya Syafiqa Humairak, 32, di laman Facebook miliknya.
Syafiqa Humairak berkata, mereka sekeluarga tidak dibenarkan menyimpan kertas yang mengandungi pesanan bapa kerana dikhuatiri mengandungi virus Covid-19.
Menurutnya, bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang disahkan positif Covid-19 Khamis minggu lalu, sebelum dihantar ke HRPB untuk dikuarantin dan mendapat rawatan lanjut.
“Abah tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif (selepas dimasukkan ke hospital). Keadaannya juga bertambah teruk dan doktor memutuskan supaya abah dikomakan, Isnin lalu.
“Abah menulis nota itu sebelum dikomakan. Dia juga tidak mampu bercakap. Namun, kami sempat berhubung dengan panggilan video sebelum abah dikomakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ads
Ahli Keluarga Tidak Berpeluang Hadiri Pengebumian
Syafiqa Humairak berkata, semua ahli keluarga termasuk anak saudaranya yang berusia sebulan turut disahkan positif Covid-19, dan tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian bapanya.
Bagaimanapun, Syafiqa Humairak tidak dijangkiti virus berkenaan kerana dia tinggal di Pulau Pinang.
“Hanya saya yang dibenarkan hadir ke majlis pengebumian. Saya sangat sedih kerana tidak dapat mencium abah buat kali terakhir.
“Saya juga hanya dapat melihat jenazah arwah abah dari jauh. Covid-19 sangat bahaya, hanya dalam tempoh beberapa minggu ia ‘membunuh’ abah,” katanya. Sehubungan itu, katanya, masyarakat diminta sentiasa mengambil berat mengenai langkah keselamatan yang sudah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya, arwah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara di sini.
MW: Sedih sungguh bila ahli keluarga terdekat meninggal dunia di musim Covid-19 kerana kita tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian dan terikat dengan beberapa SOP. Oleh itu jagalah diri, jagalah keluarga agar kita semua dalam keadaan selamat dan terhindar daripada Covid-19.
Jiwa mak-mak memang mudah koyak kalau tengok anak-anak mula kelaparan. Merengek, menangis.. lagi buat hati mak-mak rabak. Lagi-lagi bila dah duduk dalam kedai makan dan pesanan yang diorder tak sampai-sampai. Kalau pergi kedai makan lain mahu ambil masa juga.
Bila mana dekat sejam lebih menanti makanan yang dipesan di kedai tomyam, isteri ustaz ini, Norsyahira Binti Samin mula ‘singsing lengan’ masuk dapur kedai tomyam itu dan masakkan makanan untuk anak-anak dan suaminya. Lebih hebat lagi, dia siap masakkan untuk pelanggan-pelanggan kedai yang masih belum dapat pesanan mereka.
Kisah ini dikongsikan oleh suaminya, Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin pada awal Syawal yang lalu.
“Berhenti makan di kedao tomyam di Manjung Perak. Dah sejam lebih tak dapat-dapat makan lagi. Ramai customer menunggu. Lagi-lagi time raya ni. Banyak kedai tak buka lagi. Rupanya tukang masak dia sorang.
“Anak-anak dah nangis-nangis sebab lapar. Sekali isteri saya terus masuk dapur tolong masak.” Maklum suaminya yang turut sama membantu mengambil pesanan pelanggan.”
Apa Pun Tauke ‘Sporting’
Menurut pasangan ini lagi, sebelum mereka masuk ke dapur itu mereka dah minta izin dengan tuan punya kedai. Mujurlah tauke kedai ‘sporting’ dan benarkan isteri ustaz masuk ke dapur membantu.
“Sebenarnya kami tak pernah singgah langsung kedai itu. Biasa kalau balik Bagan Serai, kami lalu highway. Konon nak elak jem ikut jalan dalam. Tapi sangkut jem kat Bota. Biasalah budak budak. Dah lapar, menangis, merengek. Kita yang tua ni pun tak keruan.
“Nak angkat kaki takut tak jumpa kedai lain dah. Apa pun tokey sporting. Rupanya pekerja asal semua tak naik kerja lagi. Yang masuk kerja pun dia main tangkap muat. Jadi kelam kabut la.”
“Ramai gak yang balik, sebab lambat, laki den tolong ambil order. Den tolong masak. Nasib mak dan ayah mentua serta adik ipar, Intan Farah ada.. tolong tengokkan anak-anak. So dapat lah makan.”
Isteri Ustaz Berpengalaman 14 Tahun Jadi Tukang Masak
Menurut Ustaz lagi, orang rumahnya dulu tukang masak di kedai makan. Berpengalaman membantu ayahnya memasak di kedai makan dekat 14 tahun lamanya. Masakan panas dan sebagainya semua dia mahir.
Kebaikan isteri ustaz ini dalam bab menghidangkan makanan untuk orang lain bukan saja ditunjukkan di kedai makan ini. Rupanya, ada pesakitnya berkongsi ketika mereka membuat rawatan di rumah ustaz ini pun, isteri ustaz menjamu mereka dengan mi goreng dan air sirap selasih.
“Tauke belanja tapi kami tetap bayar juga. Kasihan diaorang nak berniaga.” Ujar Ustaz Mujahidin yang turut berkongsi video isterinya ‘bersilat’ di dapur kedai tomyam yang disinggahi mereka.
Memiliki sepasang anak kembar memang seronok dan menjadi impian kebanyakan pasangan suami isteri. Apatah lagi bayi kembar tersebut jenis seiras, memang comel walaupun pada permulaannya agak payah nak membezakan mereka. Sebenarnya macam-macam cara digunakan bagi mencari kelainan agar tidak tersilap dalam mengenali anak-anak kembar ini.
Demi Bezakan Kembar
Demi membezakan bayi kembarnya, seorang wanita di United Kingdom membuat keputusan untuk mencacah tatu pada kulit salah seorang daripada anaknya itu.
Wanita berusia 31 tahun terbabit berkongsi kisahnya dalam Reddit untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya itu.
Menurut wanita itu, ibu mentuanya sukar menerima keputusan itu dan masih marah dengan tindakannya.Namun, ibu kepada kembar bernama Adam dan Jack itu mempunyai alasan tersendiri.
Mudah Tersilap Membezakan Kembar
Katanya, Jack dilahirkan dengan keadaan yang memerlukannya diberi suntikan setiap seminggu, namun pernah suatu ketika, ibu mentuanya tersalah dengan menyuntik Adam.
“Jujurnya, saya dan suami kadangkala pun mudah tersilap membezakan kembar kami kerana keduanya nampak sama.
“Jadi tidak mustahil orang lain pun boleh membuat kesilapan sama.
“Ketika diasuh ibu mentua, dia tersalah suntik Adam menyebabkan Adam dimasukkan ke hospital kerana ubat itu bertindak balas membuatkannya cirit-birit selama beberapa hari,” katanya kepada Daily Mirror.
Diberi Ubat Pelali
Menurutnya, seorang doktor mengesyorkan mereka membuat tatu perubatan bersaiz kecil pada kulit salah seorang kembarnya dengan ubat pelalian diberikan ketika prosedur itu dijalankan.
Namun, wanita itu berkata, hubungannya dengan ibu mentua semakin dingin selepas dia melakukan tindakan itu.
“Apabila saya menjelaskan tindakan saya kepada orang lain, mereka masih boleh memahami dan menganggap saya mencacah tatu bukan untuk mengubah tubuh anak saya.
“Tetapi, apabila saya cuba jelaskan kepada ibu mentua, dia masih tidak dapat menerimanya dan marah,” katanya.
Selebriti Emelda Rosemila menerusi perkongsian di laman sosial berasa sangat bersyukur apabila makanan yang dijual Pulut Nenek Kebayan mendapat sambutan hangat.
Perniagaan makanan antara bisnes online terlaris musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Golongan selebriti turut mengambil kesempatan menunjukkan skil memasak mereka. Begitu juga dengan pelakon cantik ini yang juga isteri kepada pelakon, pengarah Adlin Aman Ramli.
Jual Pulut Nenek Kebayan, Emelda Rosemila Isi Masa Luang PKP
Akui sudah lama berniat mahu menjalankan perniagaan masakan, Emelda memulakan langkah apabila mendapat sokongan dari ahli keluarga.
“Chewaaah. Mel tak pernah bayangkan pun nak buat perniagaan makanan sebab mesti memenatkan. Tapi bila dah rehat dari penggambaran sejak dua bulan lalu dengan PKP lagi, badan rasa lemah bila lama-lama duduk rumah.
“Kawan-kawan suruh Mel buat sesuatu, masa orang duduk rumah ni, perniagaan makanan punya permintaan yang tinggi. Nak kena masak ke? lama fikir. Nak jual apa?
“Memandangkan Mel suka makan pulut dengan rendang Perak, kemudian pulut dan rendang Mel memang special sikit, buat pulut je lah. Jadi Mel masak dulu few times buat food testing, bagi Masterchef mama dengan family Mel rasa.
“Mereka komen sedap dan bagi green lite, memang pun niat dalam hati sambil masak bisnes, sambil sama-sama share rezeki dengan kawan-kawan lain, Why Not?
Nenek Kebayan Sosok Yang Penuh Dengan Petua Tradisional
“Maka terhasil la PULUT NENEK KEBAYAN, jangan lihat Nenek Kebayan tu as benda yang negatif, pandang dan lihat nenek kebayan sebagai satu sosok yang penuh dengan petua-petua tradisi. Nama tu memang Mel dah park untuk food bisnes Mel dah lama, cuma belum start sebab bila shooting, dah busy semua on hold.
“Alhamdulillah, walaupun mmg sangat-sangat memenatkan, sebab tak pandai masak banyak, tapi bila orang order banyak, puji makanan sedap, penat pun hilang. Tak perfect, tapi dapatla rasa air tangan Mel yang tak seberapa ini.
Emelda Masak Dengan Penuh Kasih Sayang
“Masakan Mel nie dibuat dengan penuh kasih sayang, ramuan berqualiti dan bersih InshaaAllah. Mel pun dah upgrade peralatan hebat, semua dah besar-besar sebab order berterusan, kena cari formula memudahkan kerja.
“Thank you yang order & support. Penat lagi banyak dari untung tapi tak apalaah, sebab Mel buat atas niat-niat yang lain juga. So thank you. PULUT PANDAN WANGI & PULUT SERAI WANGI, RM15,” tulis Emelda.
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.