Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting bagi setiap individu. Realitinya, menyimpan dan menggandakan sumber kewangan yang ada, penting untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik dan melestarikan ekonomi. Sekaligus sebagai persediaan serta kesenangan pada masa hadapan. Namun demikian, masih ramai yang mempunyai pengurusan kewangan yang lemah.
Oleh yang demikian, terdapat 4 perkara yang wanita perlu mengambil tahu tentang kewangan.
Kesedaran Pelaburan Di Kalangan Wanita Semakin Meningkat
Kini semakin ramai golongan wanita yang peka dan mempunyai kesedaran mengenai kepentingan membuat pelaburan. Ramai wanita melabur untuk ‘mengembangkan’ lagi duit simpanan yang ada untuk mendapat pulangan pendapatan yang lebih baik pada masa hadapan. Berbanding hanya menyimpan wang yang ada semata-mata di institusi kewangan.
Terdapat pelbagai pelaburan yang boleh dilakukan seperti menerusi pelaburan emas, pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan unit amanah, dan sebagainya. Malah, wanita juga semakin bijak merancang simpanan dengan membuat tabungan dan pelaburan secara konsisten bagi meningkatkan simpanan mereka.
Penting Ambil Tahu Pengurusan Kewangan Sendiri & Pasangan
Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting dalam kehidupan tidak mengambil kira wanita yang masih bujang mahupun telah berkahwin. Sangat penting bagi wanita untuk mempunyai pendapatan dan simpanan sendiri serta mengambil tahu tentang cara menguruskan kewangan dengan baik. Ia dapat membantu untuk membezakan di antara kepentingan keperluan dan kehendak dalam kehidupan. Sekaligus ia dapat mengelakkan kebocoran wang simpanan dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak diri.
Ads
Apabila membuat keputusan untuk berkahwin pula, wanita disarankan untuk mengambil tahu keadaan kewangan pasangan terlebih dahulu seperti sumber pendapatannya, hutangnya, jenis pelaburan yang diambil, apa yang dibelanjakan setiap bulan dan sebagainya.
Bukan apa, secara realitinya kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan yang berkahwin tidak hanya bergantung sumber kewangan pada sebelah pihak / suami sahaja. Sebaliknya, suami isteri perlu saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mengukuhkan dan menambah lagi sumber kewangan keluarga. Bahkan, ia dapat mengukuhkan lagi institusi perkahwinan, apabila mempunyai pengurusan kewangan yang stabil.
Ads
Kos & Kesan Kewangan Memiliki Anak
Tidak dinafikan setiap anak yang dilahirkan adalah merupakan suatu rezeki. Namun demikian, daripada saat mengandung hinggalah membesarkan anak-anak ia perlu disertakan dengan perancangan kewangan yang teliti. Anak-anak merupakan satu amanah dan perlu dibesarkan dalam persekitaran yang selesa, disamping mengambil kira kos yang perlu dibelanjakan.
Ibu bapa yang bertanggungjawab perlu memikirkan keperluan dan perbelanjaan asas anak-anak seperti makan minum, pakaian, yuran pengasuh, kos pendidikan, perubatan dalam membesarkan mereka. Ia tidak termasuk dengan keperluan tambahan seperti insuran perubatan, kelas tambahan seperti tuisyen, disamping aktiviti riadah seperti bercuti dan sebagainya.
Ads
Maksimumkan Sumber Pendapatan
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara untuk memaksimumkan punca pendapatan yang ada. Golongan wanita umumnya lebih kreatif dalam menjana pendapatan tambahan. Di samping pendapatan tetap yang diperolehi, ada yang menjadikan minat dan hobi sebagai bisnes yang mampu menambah sumber kewangan mereka. Disamping itu, pendapatan dari sumber pelaburan juga merupakan salah satu cara untuk memaksimumkan punca pendapatan.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian: Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik, memupuk kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran, juga melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab dan liabiliti untuk ketetapan, kesempurnaan mahupun kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa yang suka lipat baju. Rasa-rasanya tak semua yang suka lipat baju, tambah-tambah baju anak yang kecil. Kadang-kadang baju siap lipat, seluar pula entah ke mana. Jawabnya, lepas nie anak pakai seluar lain, baju lain.
Ini perkongsian daripada hanisah Zulkifli tentang cara nak lipat baju anak dengan mudah dan kemas. Antara perkongsiannya:
“Korang buat apa tu? Ada yang tengah melipat baju ke? hehe..sama la kita. Hari ni cuaca panah dering, baju yang basuh pagi tadi pun kering Alhamdulillah..
Ni, UmmiCha nak kongsikan cara-cara nak lipat baju anak-anak. Senang nanti tak perlu nak cari pasangan-pasangan dia. Selalunya kalau bagi abi pakaikan baju Shaza & Sara ni dia main pakai hentam je seluar lain, baju lain..kita ni ketap bibir je la kan.. “Sama jeee..”, katanya (tapi, ni dulu laaa..)
Sekarang, tiada lagi masalah baju tak matching! Cara lipat kain ni ummi terjumpa dulu kat fb jugak, tapi lupa dah siapa yang share (lama sangat dah). Thank you kepada yang share ilmu. Memang senang sangat cara-caranya. Abi pun dah terer lipat woo..hehehe.
Nak travel pun senang je nak susun baju-baju ni dalam luggage dan jimat space. Yang penting kalau Sara selongkar pun tak bersepah and tak perlu nak kena lipat balik!
.
.
.
.
. MW: mak-mak boleh cuba cara lipat baju anak nie. Senang la lepas nie, dah siap matching dah.
Setiap kali tibanya musim raya korban, perut lembu antara bahagian kegemaran ramai. Sedap dibuat kerabu, masak lemak cili padi dan sebagainya. Namun proses untuk membersihkannya agak renyah.Jika tidak dibersihkan dengan betul masih meninggalkan kotoran dan sangat berbau.
Menerusi perkongsian di TikTok Mieyra Gani, ada kongsikan cara pantas untuk bersihkan perut lembut ni. Hanya menggunakan waterjet dan kapur. Hasilnya, memang puas hati, bersih, licin dan putih bersih.
Bahan Diperlukan:
Waterjet
Kapur
Cara Membuat:
1. Rendam perut lembu dalam air kapur selama 30 minit. Biarkan seketika.
2. Kemudian, letak perut lembu di belakang kuali. Ia bagi memudahkan proses membersihkan perut lembu dan mengelakkan ia bergerak.
3. Gunakan ‘waterjet’ dan halakan ke arah perut lembu tadi.
4. Buat sehingga bersih.
Sambutan hari raya yang meriah sering dikaitkan dengan aneka jenis kuih raya untuk dijamu sepanjang Syawal. Biasanya sebelum Ramadan lagi kita sudah berkira-kira menempah biskut raya. Inilah masanya nak merasa sampel-sampel biskut supaya kena dengan cita rasa.
Memudahkan orang ramai mencari dan menempah awal biskut raya, Mingguan Wanita dan Gula CSR akan menganjurkan Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya pada 12 Mac 2023, jam 10 pagi hingga 10 malam di Centre Court, Lower Ground Setia City Mall (SCM).
Di sini akak-akak baker berhimpun mempromosi, menjual dan menerima tempahan biskut raya. Lebih menarik lagi, pengunjung boleh merasa hampir 10,000 sampel biskut raya yang disediakan oleh para baker secara PERCUMA! Untuk mendapatkan Kupon Biskut Raya, anda hanya perlu daftar menerusi pautan ini . Untuk mendapatkan kupon tersebut, sila klik pautan ini :https://docs.google.com/forms/
Kupon boleh ditebus di kaunter urusetia dengan menunjukkan bukti pendaftaran secara online. Bagaimanapun pengunjung walk in masih boleh mendapatkan kupon di kaunter urusetia juga. Ada lebih 10,000 kupon untuk diberikan. Rugi sangat kalau terlepas peluang ini kerana ada 1001 jenis biskut raya yang akan disediakan.
Fiesta turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti pentas menarik seperti Demo Biskut Raya Tanpa Oven, Showcase Biskut Raya Gergasi oleh pelajar kulinari, Pertandingan Tekan-Tekan Semperit Raya, Pop Kuiz, Happy Hour, Demo Biskut Raya Kurang Manis Dan Pertandingan Susun-Susun Biskut Raya selain bertemu mesra dengan selebriti terkenal, Marsha Milan Londoh dan pengasas Gula Cakery.
Manakala bagi para baker yang ingin menyertai fiesta sebagai vendor, sila klik pautan ini untuk pendaftaran vendor:https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/ . Yuran pendaftaran hanyalah RM100. Apa yang menarik, selain berpeluang menjual dan menerima tempahan biskut raya oleh pengunjung, vendor juga akan mendapat pelbagai manfaat lain antaranya membina networking baharu antara vendor dan juga pengunjung.
Dalam masa sama, pautan akaun sosial media vendor juga akan disenaraikan dalam artikel di portal Mingguan Wanita sebagai usaha mempromosi perniagaan. Portal dikunjungi lebih 2 juta pengunjung dengan jumlah Page views mencecah lebih 3 juta.
Selain itu, vendor juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik daripada pihak penganjur, dan penaja berupa goodie bag bernilai RM100. Mudah sahaja untuk memenangi hadiah-hadiah menarik ini antaranya ialah menjadi vendor yang paling aktif mempromosikan penyertaan mereka di fiesta, vendor yang paling kreatif menghias booth serta paling pantas menghabiskan 200 pek sampel biskut raya. Syarat utama sebagai vendor ialah perniagaan membuat biskut diusahakan sendiri dan bukan menjual biskut dari pihak lain.
Dalam keriangan menikmati biskut raya, pihak penganjur dan penaja utama iaitu Gula CSR menyeru pengguna agar mengambil gula secara bersederhana dan mengamalkan budaya hidup sihat.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.