Bakal jadi pengantin. Bayangkan berdekad dia menunggu untuk bergelar seorang isteri dan menyarungkan pakaian pengantin. Mungkin zaman sekarang, kenal seminggu terus ajak kahwin.
Walau bagaimanapun, tidak bagi pasangan ini. Bukan setahun dua untuk jadi pengantin tapi 35 tahun setia menanti pasangan mengajaknya untuk mendirikan rumahtangga.
Akhirnya pada usia 60 tahun barulah bergelar bakal pengantin dan menyarungkan pakaian pengantin yang diimpikan selama ini.
Seorang wanita berusia 60 tahun akhirnya bakal jadi pengantin perempuan selepas pasangannya selama 35 tahun memutuskan untuk berkahwin dengannya tanpa mengikat tali pertunangan.
Ads
Graham Martin, 56 tahun telah melamar Andrea Murray, 60 tahun dan berulangkali mengatakan hasrat untuk berkahwin dengannya. Hubungan mereka telah berlangsung pada tahun 1988 dan pada waktu itu langsung tidak berminat untuk berkahwin.
Malah, pasangan ini telah setuju untuk bersama sehidup semati kira-kira 28 tahun lalu. Pada masa itu, mereka berjanji untuk tidak berkahwin kerana merasakan perkahwinan itu satu komitmen buat mereka.
Walau bagaimanapun, pada tahun ini, Graham telah berubah fikiran dan memutuskan untuk membuat kejutan istimewa dengan melamar Andrea di pantai Lossiemouth di Moray, Scotland.
Andrea, seorang pesara chef mengatakan lamaran itu cukup indan dan tidak dijangka. Betap romantis dan istimewanya ketika Graham melamarnya.
Ads
Pasangan ini sedang menunggu hari istimewa ini yang berlansung pada September di sebuah hotel tempat Andrea bekerja. Perancangan pada majli perkahwinan nanti, bpa Andrea, Andrew, yang berusia 88 tahun akan mengiringi pengantin perempuan.
“Saya sangat terkejut apabila dia melamar. Saya telah membayangkan perkahwinan selama bertahun-tahun lamanya, Sangat teruja dan tidak sabar menanti hari istimewa itu. Inilah perkahwinan yang terbaik untuk saya,” kata Andrea.
Mingguan Wanita: Hebatnya cinta mereka. Moga terus bahagia dan selamat pengantin baru.
Pernah Berkahwin & Berpisah, Takdir Jodoh Cinta Berputik Kembali Selepas 44 Tahun! Sesungguhnya ajal, maut dan urusan jodoh adalah ketentuannya. Siapa sangka hubungan perkahwinan yang pernah terlerai dahulu, kini bertaut kembali pada usia emas.
Hubungan Mustafa Mohd Akhir dan Zainon Mohd Yusof pernah kecundang di pertengahan jalan 44 tahun lalu namun jodoh menyatukan semula mereka sebagai suami isteri walaupun usia kedua-duanya sudah mencecah lebih separuh abad.
Mustafa, 70, dan Zainon, 60, diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam satu majlis akad nikah di rumah mereka dekat Kampung Parit Lima di sini pada 29 April lalu.
Kisah penyatuan mereka mendapat perhatian selepas Suzana Sueb, 41, iaitu anak Zainon Mohd Yusof hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu memuat naik video di TikTok.
Bercerita lanjut, Mustafa berkata, dia kali pertama berkahwin dengan Zainon ketika berumur 23 tahun.
Manakala, Zainon ketika itu berumur 13 tahun namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun saja sebelum berpisah dan tidak dikurniakan cahaya mata.
“Kami tak bergaduh dan berpisah dulu pun secara baik, malah reda kerana jodoh setakat itu saja.
“Selepas berpisah, kami tak berhubung dan saya berkahwin lagi pada tahun 1980 kemudian dikurniakan 13 anak namun ditakdirkan isteri meninggal sembilan tahun lalu (2014).
“Jadi sejak itu, saya menduda manakala isteri sekarang pernah berkahwin pada 1978 dan dikurniakan enam anak sebelum suaminya meninggal dunia, Ogos tahun lalu.
“Ditakdirkan, kami berjumpa secara kebetulan pada Disember tahun lalu dekat kedai makan di Jitra, Kedah dan itu titik permulaannya kami berhubung semula,” katanya.
Menurut Mustafa, mereka pada awalnya sekadar berhubung menerusi telefon untuk bertanya khabar satu sama lain.Tanpa disangka, kemesraan dan cinta antara mereka berputik semula hingga sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
“Waktu jumpa, saya tak ambil nombor telefon isteri pun, tetapi cuba minta daripada ibu saudara yang ada bersama ketika pertemuan berkenaan.
“Oleh kerana kerap berhubung, timbul rasa sayang dan akhirnya saya luahkan perasaan kemudian beritahu hasrat untuk melamarnya.
“Kami tak berbincang sesama kami saja, tetapi tanya juga pandangan anak-anak dan Alhamdulillah, tiada halangan daripada kedua belah pihak malah mereka gembira.
“Jujurnya, saya tiada niat nak kahwin lagi kerana sedar umur sudah berapa, tetapi kita hanya merancang dan mungkin Allah sudah tentukan dia jodoh saya awal dan akhir,” katanya.
Sementara itu, Zainon juga tidak menyangka akan berkahwin semula kerana tidak fikirkan soal jodoh pada usia emas namun dia mengakui gembira dengan perkahwinan itu.
Petanda suami. Mungkin tanpa kita sedar, kelakuan pasangan itu seperti ‘buang tabiat’ sebab sebelum ini idak pernah berkelakuan demikian. Berubah sikap untuk lebih baik atau sebaliknya.
Begitulah bila orang yang kita sayang ingin pergi selamanya, Ada perkara yang kita rasa pelik, tak pernah berkelakuan begitu, sebelum ini tidak suka makan itu ini. Rupnya itulah petanda yang ditunjukkan bahawa dia akan akan pergi tinggalkan orang tersayang.
Kisah yang cukup merobek hati, tidak lagi tempat mengadu dan yang ada sekarang hanyalah kenangan yang terlipat rapi apabila dapat sambut raya selama dua minggu bersama adalah petanda suami akan pergi selamanya.
Rentetan kisah seorang isteri yang kehilangan suami tersayang. Tinggalkan 5 orang anak yang masih kecil.
22 April 2023 1 Syawal 1444 Sabtu Raya terakhir kita bersama Tahun ke 11 usia perkahwinan + 6 anak (1 di syurga)
Kronologi:
17 April 2023 @ 9pm dapat call dari arwah. Arwah bagitahu dia kemalangan di Gua Musang. Iaitu dalam perjalanan balik dari PD ke Kota Bharu. Arwah terbabas dan kereta berpusing & terbalik.
Hanya kereta Myvi yang masuk bengkel, arwah elok takde sebarang cedera.
Gigih usaha nak balik juga sebab tahu saya sedang menanti di rumah dengan hidangan yang direquest suami. (Terima kasih Black susah payah pergi ambil Mat dan bawak balik rumah dengan selamat).
Sampai kat rumah walaupun dah pukul 4 pagi (18 April) tetap sangat berselera makan bertambah-tambah rasa puas hati masak dan tunggu sampai.
2 minggu ambil cuti untuk bersama keluarga adalah pertama kali satu cuti panjang pernah arwah ambil selama kami berPJJ sejak mula kawin. (Alhamdulillah rezeki dapat berlama lama dengan suami)
Selama 2 minggu cuti raya, arwah sebenarnya dah ada perubahan/tanda nak tinggalkan kami.
Segala yang bukan kebiasaan dia, dia buat dan berusaha sehabis baik nak sempurnakan segala keinginan saya dan anak-anak. Nak bg saya dan anak-anak gembira dan bahagia (rupanya yang terakhir)
Selama ni dia dah baik tapi kali ni الله bagi dia lagi baik.
Baik menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga seorang ayah. Atau sebab lama tak balik jumpa kami kan jadi mesti rindu dan nak buat yang terbaik. Bagi tahun 2023 ni pertama kali dia ambil cuti untuk balik jumpa kami anak beranak. Dan rupanya kali terakhir juga..
Tak Mampu Habiskan Nasi
1 Mei – Arwah bertolak semula utk mula kerja setelah lama bercuti. Breakfast pagi sebelum bertolak arwah dh tak habis pun nasi 1 bungkus dia minta saya habiskan sisa nasi dia. Selalunya dia makan banyak..
Rupanya adalah kali terakhir saya dan anak 5 bersama arwah…Ya الله…
2 & 3 Mei – Arwah hanya buat 1x sahaja buat video call dan tak ada masing-masing macam biasa seperti sebelum ni.
4 Mei – Saya tak dapat berhubung dengan dia. Call tak jawab.
Mungkin sibuk kerja. Selalunya mcm mana sibuk pun dia mesti akan call balik. Tapi masa tu dia tak call balik.
5 Mei 2023 | 14 Syawal 1444H | Jumaat | 930am:
Pagi tu saya tengah ondafon dengan Shazwani Aika bff saya. Kami memangsembang setiap hari. Sbb sorang di KL sorang di Kelantan. Saling menemani satu sama lain.
Tiba-tiba dapat call di no hp 1 lagi yang tertera nama Inspector Azmin. Saya pelik kenapa polis call saya. Hati saya dah tak keruan tapi saya angkat juga telefon.
Dialog polis tu sebijik macam drama.
Mati-mati ingat kena prank.
Polis: Hello, boleh saya tahu saya cakap dengan siapa? Ini isteri encik Mohd Selamat ke? Saya dapat no hp Puan dari emergency contact pada hp En Mohd Selamat. Saya: Ya saya. Kenapa ye? Ada hal apa ye? Polis: Macam ni puan. Puan sabar dengar dengan tenang apa yang saya nak sampaikan. Suami puan kemalangan jalan raya di Lebuhraya plus di Melaka. Saya: Allah…habis tu suami saya macam mana ye encik? Polis: Puan kat mana? Kat rumah ke? Puan tengah berdiri ke? Puan duduk dlu. Tarik nafas. (Saya dah gelabah) Saya: الله kenapa ni encik suami saya macam mana? Dia ok ke Encik ? Polis: Maaf puan..suami puan meninggal dunia. Saya: Betul ke ni encik?!!! Kalau betul suami saya naik kereta apa? Polis: Estima Saya: Bukan kereta dia tu encik! Polis: Maaf2 Mitsubishi Lancer kemalangan dengan Estima. Saya nak minta puan datang ke Hospital Alor Gajah untuk pengecaman mayat..
Saya dah meraung raung dekat Wanie..Wanie dah menangis sekali sebab masih tak percaya lagi semua ni tengah berlaku..
Saya dah tak tahu nak buat apa time ni. Wanie la yang call adik saya, adik suami yang tinggal di KB ni untuk teman saya ke Melaka.
Terus Adik ipar saya datang kami ke airport tanpa fikir apa2 selain nak sampai cepat ke Hosp Alor Gajah.
Tinggal 5 anak parents jagakan macam tu je sebab kepala dah blank tak boleh berfikir apa2.
Peluang Sambut Raya Bersama
Allah bagi dia balik dengan selamat masa kemalangan nak balik sambut raya haritu sebab Allah nak bagi peluang arwah sambut raya & spend time dengan kami setelah lama berjauhan..
Allah bagi arwah kesempatan untuk layan kami baik-baik & tunaikan tanggungjawab bahagiakan kami anak beranak buat kali terakhir. Terima kasih الله..
Sampai airport KB 1130am terus beli tiket di kaunter dan check in. Flight 1.45pm. Tq byk2 Kak Nonie & Abe hantar kami ke airport. Semasa dalam flight fikiran saya melayang..saya teringat balik rupanya ini kemalangan kedua dalam selang masa 18 hari. Perjalanan 1 jam yang paling panjang saya rasa…sebab hati dah meronta ronta tak sabar nak jumpa dan pastikan mayat tu bukan suami saya..
Pukul 3pm tiba di Klia2 Wanie dan suami dah bersedia pickup di sana. Suami dia amek half day nk bawak kami berdua ke Hospital Alor Gajah Melaka.
Tiba di Forensik saya dimaklumkan mayat masih tengah proses postmortem.
Ramai saudara mara dan kawan-kawan kerja arwah dah menunggu di situ.
5pm postmortem siap dan kena tunggu IO datang bawak saya ke balai polis untuk buat report.
Dr Asyraf forensik disitu mengambarkan keadaan fizikal suami akibat kemalangan. Bg hint dan clue supaya bersedia bila masuk utk pengecaman.
Wajah Tenang
Masuk bilik cam mayat dgn Kak Nor kakak arwah tanpa rasa apa dlm hati. Mungkin sbb terkejut dan tetap rasa mcm mimpi tak percaya walaupun dh tengok depan mata atau Allah betul2 bagi tenang je waktu tu.
Dan bila tengok muka suami masa tu belum mandikan lagi sebab baru selesai postmortem tapi wajah arwah cantik, elok macam tidur je.
Muka arwah tak de terusik kecuali sedikit calar sahaja di pipi & dahi. الله jaga wajah yang selalu senyum ni..
Di kepala ada kesan jahitan rupanya akibat kejadian IO tersebut ke unit forensik bawak otak suami dlm plastik.
Ye otak dikutip atas jalan raya dan diletakkan dalam plastik ke unit forensik. Tapi bila saya buat pengecaman mayat, kuasa Allah elok cantik je bentuk muka dan kepala arwah takde beza langsung! Tak nampak mcm exciden yg dikatakan.
Selesai pengecaman saya kena ke balai polis utk buat report dan ambil brg2 dlm kereta yg suami guna semasa kejadian.
Kereta kedua kami iaitu kereta milik suami sendiri yg dia beli dan beri saya guna sepenuhnya selama ini dan itu kali pertama dia guna selama umur sudah 7 tahun kereta tersebut sebab kereta Myvi masuk bengkel. Kereta mmg total lost.
Hanya Mayat Suami Seorang
Yg agak hairan ialah hanya mayat arwah sahaja di unit forensik sepanjang hari tersebut.
Dan Allahu, rupanya pakar forensik bukan available sokmo tp ada yg kadang sebenarnya nak postmortem mayat kena simpan 24 jam baru dpt lakukan prosedur tersebut.
Tapi utk kes arwah ni boleh terus dapat ondaspot Dr. pakar forensik tersbut. Dari awal mudahkan urusan arwah ni..Alhamdulillah
Selesai semua pukul 830pm.
Gerak balik ke Kelantan naik van jenazah dgn Siti ipar saya yg tadi kami bersama. 3.30am tiba di kediaman kami Pasir Tumboh.
Penuh adik bradik saya dari Pahang Fazlyn Ain, Izza Ra dan dari Johor Faten Azreen, sudah sedia berkumpul menyambut jenazah. Thanks family!
Allah bagi arwah berehat sekejap di rumah kami untuk jumpa anak-anak. Bagi peluang kepada anak-anak, ahli keluarga dan saya sendiri untuk melihat wajah arwah untuk kali terakhir..
Solat jenazah penuh rumah padat. Alhamdulillah rezeki abg ramai orang solatkan jenazah abg…
Dan arwah selamat disemadikan pada pukul 930 am.
Semua berjalan lancar. Dan mudah. Terima kasih juga buat jiran2 byk tolong saya dan family semua. Smoga Allah beri ganjaran baik utk smuanya
Sudah Bermaafan Pada Hari Raya
Ralat? Tak. Mungkin dah redha. Sebab kami dh heart to heart minta maaf time raya. Saya sygkan arwah dgn sepenuh hati kerana Allah.
Saya juga telah sehabis baik usahakan tanggungjwb saya. Begitu juga arwah.
Cuma terkilan. Sebab tak dapat tangkap begitu byk sign dia beri tanda dia nak pergi selamanya..
Damailah Di Sana
Buat suamiku Mohd Selamat Besar.. 12.10.2012-5.5.2023 kita cipta memori dan kenangan hidup bersama dari berdua hingga bertujuh dan akhirnya abg yg pergi dulu tinggalkan syg besarkan anak5 sendiri..
Selalu kita berteka teki siapa yg pergi dulu antara kita. Dan dalam tempoh abg balik kali ni pun ada kte sembang pasal ni. Syg ckp biarlah syg yg pergi dlu sbb syg tak snggup lalu kehilangan abg..Tapi aturan Allah sebaliknya. Abg yg pergi dulu..Siapa sangka
Jenazah arwah mcm tidur sahaja dan dia senyum. Allah..apa kebaikan abg yg hanya Allah je tahu.
Meninggal dunia di hari Jumaat di bulan Syawal dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dan asbab kemalangan jalan raya
Semoga syurga buatmu syg..amin
Takde lagi senda gurau, gaduh perang syg..Syg pasti rindukan abg..
Mungkin asbab abg sehabis baik buat tanggungjawab abg & ini pengakhiran abg. Berakhir sebuah ikatan perkahwinan dengan kembalinya kpd Sang Pencipta.
Sejak kawin saya tak pernah keje, sekarang ketua keluarga kami dh tak ada. Anak5, kita lalu je tengok apa aturan Allah seterusnya.
Rezeki pasti datang dari banyak cabang lain utk kami teruskan kehidupan 6 beranak. Syg akan jaga 5 anak kita sampai berjaya.
Abg berehatlah.. Terima Kasih utk 11 tahun ini Abg. Minggu depan birthday Syg..tak sempat abg wish sygg..
Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara. Tak sangka umur Aishwarya Rai sudah 48 tahun ya, tetapi melihat penampilannya anggun, cantik dan langsing ternyata langsung tak makan dek umur.
Seperti yang diketahui peminat, sebelum ini pelakon jelita Bolyywod ini pernah dikritik kerana tubuh badannya yang agak berisi.
Namun kini Aishwarya tampil lebih langsing. Seperti mana perkongsian portal Times of India, Aishwarya memberitahu, dirinya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan. Selain itu dia juga mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.
Bekas ratu cantik dunia dan juga isteri kepada Abhishek Bachchan itu juga kelihatan semakin menawan.
Mendedahkan antara rahsia kecantikan diri Aishwarya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan.
Dia juga mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi. Walau tidak mampu meninggalkan menu kegemarannya iaitu masakan kari ikan dan ayam ala Mangalore dirinya terpaksa buat begitu untuk kekalkan kelangsingan badan.
Pada masa sama, Aishwarya juga rajin mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.
Amalan tersebut dikatakan banyak membantu beliau menurunkan berat badan selain aktif mengamalkan yoga.
Kini hidup bahagia disamping keluarga tercinta suami dan anaknya Aaradhya Aishwarya akui sukar menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.
Malah dirinya juga sebelum ini sering menerima kritikan namun dia tidak mudah melatah.
“Mungkin mereka yang berbuat demikian berasa bahagia dan punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain.
“Justeru, tidak perlu peduli tentang itu. Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri,” ujarnya.
Baru-baru ini Neelofa kongsi menu tahan lapar, ramai yang cuba kata berkesan. Jadi boleh lah mak-mak yang sedang mencari menu sahur cuba resepi ini nanti.